SAYA MENULIS DAN MENCATAT
APA YANG TERLINTAS
DAN TERBUKU DI HATI DAN FIKIRAN...
KERANA PERKARA SEPERTI INI
MAMPU MENENANGKAN HATI SAYA...
SESUNGGUHNYA KETENANGAN ITULAH
YANG MENGUATKAN SAYA UNTUK MENERUSKAN KEHIDUPAN...
APA YANG TERLINTAS
DAN TERBUKU DI HATI DAN FIKIRAN...
KERANA PERKARA SEPERTI INI
MAMPU MENENANGKAN HATI SAYA...
SESUNGGUHNYA KETENANGAN ITULAH
YANG MENGUATKAN SAYA UNTUK MENERUSKAN KEHIDUPAN...
Showing posts with label kOleJ Dan UPM. Show all posts
Showing posts with label kOleJ Dan UPM. Show all posts
Sunday, November 11, 2012
Tuesday, March 20, 2012
Saturday, January 7, 2012
Selamat Tahun Baru 2012
"MENCINTAI AKHIRAT TIDAK BERERTI KITA MEMINGGIRKAN DUNIA"
Assalamualaikum w.b.t.
![]() |
| tq pakcik google.. =) |
Selamat tahun baru 2012 kawan-kawan.. =). Cukup masuk seminggu tahun baru 2012 saye post entri ni. He3. Maklumlah tengah final exam sekarang ni. Alasan je sebenarnya, padahal bukan study pn. =p... Semoga tahun 2012 ni membawa banyak perubahan, kebahagiaan dan keberkatan kepada kita semua.
dan tak lupa juga untuk kawan-kawan final year BP (PBMP),
tahniah sebab dah berjaya siapkan FYP
![]() |
| tq pakcik google.. =) |
dan semoga berjaya untuk final exam kita yang ada lagi 2 paper..
![]() |
| sumber pakcik google jgk. he3 |
Monday, December 19, 2011
Alhamdulillah..
DUNIA DICIPTAKAN UNTUK MANUSIA,
MANUSIA DICIPTAKAN UNTUK AKHIRAT
Assalamualaikum w.b.t
Perasaan tak ada caption ayat kat atas entri ni?. Sebenarnya dah lama saya berazam untuk memulakan setiap entri saya dengan kata- kata yang memberi kesan di hati saya. Dan hari ini saya mula menunaikan azam saya. =).
Alhamdulillah pada hari sabtu yang lepas bersamaan 17 DISEMBER 2011, saya telah berjaya melalui satu lagi pengalaman yang bermakna dalam hidup. Tarikh yang amat saya dan kawan- kawan seperjuangan tunggu iaitu tarikh perbentangan viva penulisan ilmiah tahun akhir kami. Setelah berbagai- bagai dugaan, cabaran, halangan, pahit, manis dan segala rasa lagi, akhirnya kami berjaya menyelesaikan tugasan kami. Hanya tuhan saja yang tahu bagaimana perasaan saya waktu itu. Orang yang menilai saya ketika pembentangan ialah Tuan Haji Shamsudin Bin Othman. Alhamdulillah tuan haji menerima hasil pembentangan saya dengan baik. Bersyukur sangat pada Allah kerana sentiasa memberikan yang terbaik dalam hidup saya.
Masih lagi saya teringat bila berakhirnya pembentangan saya, tuan haji meminta kawan - kawan memberikan tepukan. Berbaloi rasaya penat lelah selama ini. Tiada soalan yang diberikan kepada saya kerana katanya tiada soalan yang mahu diberikan kepada saya kerana setiap objektif dan persoalan kajian saya telah dijawab. Namun tuan haji meminta saya untuk memperbaiki sorotan literatur yang agak lama. Buang yang lama dan gantikan dengan sorotan tahun yang terkini.. =).
Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada kawan- kawan PBMP sesi 2008/2012 yang telah berjaya menyelesaikan 'viva' ini. Tidak lupa juga kepada penyelia yang amat saya sayangi, Tuan Haji Naffi Bin Mat dan Dr. Fadzillah Abd Rahman atas segala tunjuk ajar selama ini. Susungguhnya jasa kalian amat memberi erti bagi saya. Terima kasih juga kepada mak, bapak dan adik -beradik yang sentiasa berdiri di belakang saya, menyokong segala usaha dan tindakan saya. Hanya Allah yang dapat membalas jasa baik anda semua. =). Berakhirnya viva, bermakna semakin hampir berkhirnya semester ini. Sebak untuk diingat semula. Segala- galanya memberikan ertinya tersendiri....
Thursday, December 15, 2011
FYP dah hantar, kepala berdenyut- denyut...
Salam...
Rasa terlepas beban yang besar hari ini. FYP dah hantar. Pembentangan authorware dah lepas. Tapi kepala pulak berdenyut- denyut. Dah tau apa punyanya. Tapi tak dapat nk elak. hu3. Punca yang pertama, makan sarapan merangkap lunch dan dinner pukul 6 petang. So, perut yang kosong dah berjaya dikuasai oleh angin sampai naik kat kepala. Kedua, mengadap screen laptop tak berenti selagi FYP tak hantar dan authorware tak bentang. Sampai mata naik pijar dan pinar- pinar nak fokus pada tulisan dan gambar. Paling benci nak edit- edit. Edit atas, bawah lari. Edit bawah, atas pulak merajuk. Tension ok!!!. Sebab yang ketiga, berkhalwat kat dalam lab yang sejuk tu sangat- sangat lama. Mula la pundi kencing aktif masa tu. Dengan tekanan sejuk tu buat kepala boleh rasa macam nak pecah. Sebab kepala tak berenti berdenyut yang last sekali, mandi hujan petang tadi. Punya la lama tunggu bas nak gi food court petang tadi, bila ada bas datang dah penuh. Memang la pak cik bas tak berenti ambik kami. Nak tau lama ke tak kami tunggu tadi siap tak hujan, pastu hujan sekejap, berenti hujan, hujan semula. Boleh???. Balik dari food court, tengah- tengah jalan hujan lebat tiba- tiba. Cik I, Asilah n Fazi kongsi payung bertiga. Tapi kami macam tak berpayung sebab sibuk nak selamatkan makanan masing- masing. Petang tadi makanan aset paling penting sebab kami dah ala- ala macam pelarian yang kebuluran. =p. Tapi sangat comel n sweet. He3. Sampai kolej, kepala dah lain macam. Solat pastu makan. Landing baik punye atas katil, sedar- sedar Asilah kejut dah nak pukul 8 sebab tak solat maghrib lagi. Sungguh memalukan. T_____T. Thanks silah tolong kejut. Nasib baik tak terus hanyut. =)
Pst: Insyaallah tarikh 14 Disember 2011 ni akan diingati sampai bila- bila. Kod FCE4999 juga macam dah tak boleh lupa. Sebab FYP la semua orang jadi 'panas'. he3
Sunday, October 16, 2011
Orked untuk emak.. =)
Assalamualaikum w.b.t
Akhir sekali, terima kasih kirin teman saya jalan-jalan. Petang esok kita jalan-jalan lagi tengok orked putih, merah dengan ungu pulak. He3..
Sekian dari saya yang tak sedar diri. (^_^)
Harap-harap mak seronok dapat bunga orked ni.
Baca tajuk entri pun dah tahukan saya nak cerita tentang ape? He3. Punya bosan tahap tak sedar diri next week ada 3 test , 1 pembentangan dan 1 microteaching boleh pulak saya jalan-jalan berpoya-poya kat pesta konvo petang tadi. (T_T). Owh nangis la ko sorang-sorang.. Hajat hati nak teman Syakirin jogging, tapi dia ajak berjalan-jalan kat luar kolej. Kami keluar agak lewat sikit sebab tak rancang pun nak berjalan ni. Jom tengok ape yang saya dapat masa jalan-jalan tadi. =p
![]() |
| Owh cantik sangat.. Syida suka yang ni eh??? |
![]() |
| Ehhh kenapa cantik sangat ni!!!! |
| Alololo comelnye BUDAK GEMUK.. ok tak kelakar. Ni bukti saya sampai kat sana jadi orang tak sedar diri macam tak da keje lain nak buat. =p |
Harap-harap mak seronok dapat bunga orked ni.
Sunday, October 9, 2011
Muhasabah diri...
Assalamualaikum...
Sebenarnya, jika dilihat dari sudut positif..satu-persatu cabaran yang ditentukan oleh Allah dalam kehidupan seharian kita ini benar-benar mengandungi hikmah yang tidak ternilai harganya.
Di situ, Allah menguji tahap keimanan dalam jiwa hamba-Nya.
Di situ, Allah menguji tahap kesabaran dalam jiwa hamba-Nya.
Di situ, Allah menguji sejauh mana usaha dan tawakkal hamba-Nya.
Lebih jauh daripada itu, Allah Yang Maha Bijaksana secara halus mengajak hamba-Nya mendekatkan lagi diri kepada-Nya.
Yakinlah dengan maksud firman Allah S.W.T:
“Maka, sesungguhnya bersama kesulitan, ada kemudahan. Sesungguhnya, bersama kesulitan ada kemudahan.” (al-Insyirah: 4-5).
“Katakanlah, Dialah Allah Yang Maha Esa. Allah tempat meminta segala sesuatu.” (al-Ikhlas: 1-2).
Thanks Kak Khom.... =)
Sebenarnya, jika dilihat dari sudut positif..satu-persatu cabaran yang ditentukan oleh Allah dalam kehidupan seharian kita ini benar-benar mengandungi hikmah yang tidak ternilai harganya.
Di situ, Allah menguji tahap keimanan dalam jiwa hamba-Nya.
Di situ, Allah menguji tahap kesabaran dalam jiwa hamba-Nya.
Di situ, Allah menguji sejauh mana usaha dan tawakkal hamba-Nya.
Lebih jauh daripada itu, Allah Yang Maha Bijaksana secara halus mengajak hamba-Nya mendekatkan lagi diri kepada-Nya.
Yakinlah dengan maksud firman Allah S.W.T:
“Maka, sesungguhnya bersama kesulitan, ada kemudahan. Sesungguhnya, bersama kesulitan ada kemudahan.” (al-Insyirah: 4-5).
“Katakanlah, Dialah Allah Yang Maha Esa. Allah tempat meminta segala sesuatu.” (al-Ikhlas: 1-2).
Thanks Kak Khom.... =)
Saturday, October 8, 2011
Terima kasih 'sahabat'
Assalamualaikum..
Saya perasan entri saya sejak akhir-akhir ni sedih je. Bukan tak ada cerita yang menggembirakan, cuma saya tak rasa semuanya patut dikongsikan. Hari ni mungkin antara hari sedih saya di UPM. Sedih apabila kepercayaan saya kepada 'sahabat' di khianati. Pengajaran untuk kesekian kalinya untuk saya. Jangan terlalu percayakan orang. Jangan pinjamkan barang penting kepada orang (KAD MATRIK). Setiap orang tak punya hati dan perasaan yang sama. Mungkin sesetengah orang akan rasa gelisah selagi tidak memulangkan barang yang digunakan atau dipinjamkan daripada orang lain. Mungkin sesetengah orang tak rasa apa. Ingatlah, tak semua akan ada perasan yang baik pada kita. Minta maaf kepada sahabat yang ingin membantu kerana tidak memberi respon yang tidak sepatutnya. Apabila anda berasa dalam situasi yang sama, bagai mana pula perasaan anda??? Diasak soalan bertalu-talu ketika hati anda sedang sedih, tertekan dan runsing. Kesal kerana kerana terpaksa memberi tindak balas yang sebegitu.
![]() |
| terima kasih pakcik google... |
*tolonglah pulangkan buku tu pada saya. Ringankan la beban saya nak bayar denda tu.
*kalau tak de sape yang mengaku anggap je la duit yang digunakan tu untuk membersihkan diri dan harta yang ada.
*Allah maha adil dan berkuasa. Alhamdulillah kerana datangkan saya dengan ujian ini. Kerana saya tahu DIA sayangkan saya. =)
Thursday, May 12, 2011
Ribut yang tak dijangka
Ya Allah Ya Tuhanku,
Kau permudahkanlah segala urusanku,
kerana aku tahu kau faham segala isi hatiku
ribut yang saban ari datang tak kira waktu ini cukup memeritkan
sungguh aku pasrah
namun aku perlukan naungan dan hidayahmu
untuk mendapatkan keyakinan dan petunjuk darimu
TESIS!!!!!!!!!!
Kau permudahkanlah segala urusanku,
kerana aku tahu kau faham segala isi hatiku
ribut yang saban ari datang tak kira waktu ini cukup memeritkan
sungguh aku pasrah
namun aku perlukan naungan dan hidayahmu
untuk mendapatkan keyakinan dan petunjuk darimu
TESIS!!!!!!!!!!
Monday, April 25, 2011
Di sana..
Assalamualaikum w.b.t
Di sana...
Di sana aku berguru
Semata-mata untuk menuntut ilmu
Tekadang aku juga mudah jemu
Namun semangatku kembali bertamu
Tatkala mengenang ayah ibu
Di sana aku diseru
Supaya tidak berjiwa kaku
Dididik supaya berganding bahu
Diasuh menjadi insan yang serba tahu
Tanpa mengenal erti jemu
Di sana tercipta kenanganku
Bertemu sahabat dan juga seteru
Setelah kulalui jauh beribu batu
Kini ianya berubah menjadi seperti isi dengan kuku
Kenangan ini pasti tersemat di kalbu
Di sana itulah
Fakultiku...
# Fakulti Pengajian Pendidikan
Di sana...
Di sana aku berguru
Semata-mata untuk menuntut ilmu
Tekadang aku juga mudah jemu
Namun semangatku kembali bertamu
Tatkala mengenang ayah ibu
Di sana aku diseru
Supaya tidak berjiwa kaku
Dididik supaya berganding bahu
Diasuh menjadi insan yang serba tahu
Tanpa mengenal erti jemu
Di sana tercipta kenanganku
Bertemu sahabat dan juga seteru
Setelah kulalui jauh beribu batu
Kini ianya berubah menjadi seperti isi dengan kuku
Kenangan ini pasti tersemat di kalbu
Di sana itulah
Fakultiku...
# Fakulti Pengajian Pendidikan
Saturday, April 23, 2011
Itulah sayang!!!
suka lagu ni..
pernah jumpe MIRA penyanyi kumpulan TILU ni...
student UPM
duduk kat KTP
jumpa masa nak jawab exam hubungan etnik...
terserempak dalam tandas
a humble person
tak sombong
simple je...
pergi jawab exam pakai seliper je.. he3
=)
Adoyaiii...
Dah lewat malam...
tak boleh nak tidur...
Nak study dah penat malas.
roomate dah tido
selalu saya dah tido, dia belum tido lagi
dua tiga hari ni kesihatan roomate tak mengizinkan
kesian tengok dia
nak bantu pun tak tau macam mana
semoga cik anis cepat sembuh
boleh jawab exam isnin ni..
Exammmmmmm.....
Stress lagi..
T________T
Friday, March 4, 2011
Damai Yang hilang
Assalamualaikum w.b.t.
Hari ini emosi agak terganggu. Air mata menitis di hadapan beberapa orang teman. Sungguh saya takut dengan situasi yang berlaku sekarang. Berfikir-fikir kemungkinan yang mungkin berlaku. Nasib agak jarang menyebelahi saya. Kesimpulan yang saya dapat mudah sahaja. Bukan semua yang kita harapkan, akan jadi milik kita.Tapi saya tetap berpegang kepada kepercayaan bahawa rezeki itu tuhan yang beri. Sekurang-kurangnya kami tidak pernah lupa untuk berusaha. Pertama kali tidur di surau fakulti untuk menunggu respon yang tidak kunjung tiba memang menjadikan satu pengalaman yang berharga untuk saya. Semoga hari isnin minggu hadapan semuanya baik-baik saja. Semoga Allah tenangkan hati si dia. Saya dan Murni akan cuba untuk buat sehabis baik. Terima kasih Murni kerana sudi melayan saya yang cengeng ini...
Wednesday, February 23, 2011
Second Floor Mahsuri, 1 Family
Assalamualaikum w.b.t..
Tarikh : 22 Februari 2011
Tempat: Bilik Bacaan Aras 2, Blok Mahsuri, Kolej Canselor, UPM
Masa : 9 Malam
Tema : Hanya kami sahaja yang tahu... =)
Gambar penghuni floor second floor mahsuri sila jangan tanya ok!!! Kami mengikuti tema. Jadi gambar selebihnya adalah rahsia..=p
Tarikh : 22 Februari 2011
Tempat: Bilik Bacaan Aras 2, Blok Mahsuri, Kolej Canselor, UPM
Masa : 9 Malam
Tema : Hanya kami sahaja yang tahu... =)
| Air teh panas dan sirap ais. Tukang bancuh Cik Anis dan Cik Tiqah. |
| Bihun Goreng Singapore, Suzanne Cafe, Putra Food Court. Hasil penat lelah Cik roomate dan Cik Farha. |
| Makanan sebelum di bawa turun ke lantai.=) |
| Pelbagai jajan, keropok dan gula-gula |
| Kek Black Forest dari Fakulti Teknologi Makanan, UPM. Tukang order Cik Izzati dan Cik Fazillah. Tukang ambil Cik Liza, Cik Nana dan Cik Izzati. Tukang makan ramai.. =p |
Pilihan raya kampus
Assalamualaikum w.b.t
Sekarang ada isu hangat melanda di kc. Lagi-lagi baru lepas pilihan raya kampus. Kalau boleh tak nak ulas hal tu. Agak kecewa dengan situasi yang berlaku. Sepanjang hampir tiga tahun berkampus di ladang hijau ni dan tiga kali mengundi, seperti tiada perubahan yang berlaku. Terus terang saya katakan, tiada semangat pilihan raya pun pernah ada di kampus ini. Pengundi tidak mengenali calon yang bertanding dan tiada hebahan yang sepatutnya dibuat tentang pilihan raya ini antara sebab semangat itu tiada. Banyak lagi perkara yang berbangkit daripada teman yang merupakan calon yang bertanding dan teman-teman yang turun mengundi. Saya dapat rasakan suasana ini amat berlainan dengan situasi di kampus lain. Hati sangat bimbang jika perkara ini terus berlaku di kampus hijau ini. Mahasiswa jenis apa yang akan lahir dari kampus ini? Terus dibelenggu kebimbangan? Terus memilih orang yang tidak dikenali sebagai pemimpin???... Saya tersangat pasti peristiwa yang berlaku ini, akan memberi kesan yang hebat kepada masyarakat dan negara suatu masa nanti. Jangan salahkan generasi akan datang sekiranya mereka tidak mampu bertindak secara rasional dan tidak mampu mempertahankan tanah air sendiri, kerana ianya bermula dari kesilapan sekarang. Janganlah melahirkan mahasiswa yang tidak boleh berfikir dan hanya menerima sahaja apa yang diberi. Jangan salah sangka. Saya bersifat neutral. Tidak menyebelahi mana-mana pihak dengan ada sebab tertentu. Saya hanya mewakili warga kampus yang mahu hak kami dibela. Kami mahu diberi hak kami sebagai warga kampus ini. Hati ini berharap akan ada sinar yang baru pada pilihan raya kampus pada tahun hadapan kerana ia pilihan raya kampus terakhir saya di ladang ini. Semoga suara ini dapat didengari. =)
Wednesday, February 9, 2011
Semangat Yang Hilang
Assalamualaikum w.b.t
Tajuk entri ni macam lagu XPDC kan?. Tapi yang sejujurnya itulah yang sedang berlaku kepada saya sekarang ini. Semangat saya untuk melakukan sesuatu perkara seperti dibawa lari jauh dari saya.. T''''T Sedih sangat. Apa yang penting perasaan bersalah kerana tidak mampu untuk menyelesaikan amanah yang diberi semakin membuak-buak. Saya semakin hilang daya kreativiti dan daya berfikir. Sekarang untuk memikirkan sesuatu yang kreatif pun mengambil masa yang lama, kadangkala langsung tidak mendapat gambarannya.
Rindunya pada diri saya yang dulu. Zaman persekolahan yang banyak mengimbau kenangan manis dan berjaya mencungkil bakat saya tidak kira dalam bidang kepimpinan, penulisan dan sebagainya. Indahnya bila idea sentiasa mencurah-curah untuk menghasilkan nukilan-nukilan cerpen, sajak dan pantun. Seingat saya ketika itu, saya sampai tidak tahu untuk meluahkan ke dalam bentuk karya yang mana satukah idea yang mahu ditulis dahulu. Buku dan diari sentiasa bertambah dan bertukar sepanjang tahun seiring dengan perubahan masa dan ada sebahagian daripada karya saya diterbitkan dalam majalah HAYAT sekolah. Malah ada yang diulang cetak untuk tahun berikutnya. Ah, rindunya untuk menghasilkan karya lagi!!!. Melibatkan diri dengan pertandingan bercerita, berpuisi dalam bahasa Inggeris, melakonkan watak utama sebagai seorang ibu dalam pentomen yang bertajuk ANAK, melafazkan pantun, mencipta pantun, mewakili sekolah dalam pertandingan yang berbentuk kuiz dan sebagainya.
Sekarang situasi itu tidak lagi berlaku kepada saya. Mungkin kerana saya sendiri kurang usaha untuk menambahkan ilmu serta meningkatkan daya kreativiti saya. Kurang setahun lagi saya akan memulakan latihan mengajar. Hati semakin berkecamuk malah fikiran mula bingung. Niat di hati memang mahukan yang terbaik dalam kehidupan lebih-lebih lagi saya mahu melakukan sesuatu yang mampu memberikan manfaat kepada orang lain juga. Mampukah saya untuk mengembalikan semangat saya yang semakin menghilang ini. Langkah pertama yang perlu dilakukan mungkin lebih fokus dalam melakukan sesuatu perkara. Tingkatkan keyakinan diri yang semakin goyah juga sangat-sangat perlu ketika ini. Yang penting jangan malu bertanya...
T______T Nangis lagi. Sob3
Friday, January 7, 2011
Kembali berada di ladang!!!!
Assalamualaikum w.b.t
Selamat tahun baru 2011 untuk semua. Macam mana dengan permulaan tahun baru anda semua? Apa pula azam baru yang dah ada dalam fikiran anda?. Tahun baru saya kali ini dimulakan dengan menyambut ahli baru dalam keluarga besar kami. Tanggal 1 Januari 2010 anak saudara saya telah melangsungkan perkahwinan dengan jejaka pilihannya. Berkahwin dalam usia yang agak muda pada perkiraan saya, namun saya tetap mendoakan agar mereka kekal bahagia hingga ke akhir hayat.. =)
2 Januari 2011 saya kembali pulang ke ladang. Pulang di hantar oleh Encik M. Terima kasih sangat-sangat!.. Mengikut perancangan awal kami akan makan malam bersama teman baik tapi mesra Encik M semasa belajar dulu. Namun, disebabkan ada masalah yang tidak dapat dielakkan plan untuk makan steamboat di Restoran MAEPS terpaksa dilupakan. Minta maaf, Pa. Tapi saya janji akan selalu ingatkan Encik M untuk tebus balik janji beliau tu pada kita.. wink-wink. =p. Pulang ke kampus kali kedua yang dihantar oleh Encik M amat menyeronokkan. Makan tengahari di R&R Genting Sempah telah menyedarkan kami tentang suatu perkara. Setelah selesai makan baru kami perasaan bahawa gerai-gerai yang telah mendapat penilaian B lebih mendapat sambutan berbanding gerai yang mendapat penilaian kebersihan A.
Dialog gurauan orang yang kurang kesedaran ada kat bawah ni:
Encik M : Abang perasan something la....
Cik I : ?????? (Sambil makan ikan pari masak asam pedas tak tengok kiri kanan kalau mak mentua lalu komfem tak perasan)
Encik M : Cuba tengok kat kedai-kedai yang orang ramai tumpu tu. Semua yang dia tampal B. Kedai yang tampal A kosong je. Kedai yang kita ambik makanan tadi tu pun B la, sayang.
Cik I : Eh ye ke? Kat mana ada dia tampal-tampal A B 2.. (sambil kepala toleh belakang cari-cari) Owh kite dah nampak. he3. Apesal abang tak tengok awal-awl tadi? (Ko dah mula cari salah orang padahal diri sendiri gelojoh gi serang kedai tu sebab tak tahan lapar)
Encik M : Habis tu sayang yang dah berenti kat kedai tu. Abang pun tak perasan tadi.
Cik I : Kite rasa kedai-kedai yang dapat B tu sebab ramai sangat orang datang kedai diorang. Tak sempat nak bersihkan sangat. Kedai A tu memang la bersih sebab tak de orang sangat. Dari tuan dia termenung baik dia mop lantai dan lap apa-apa yang patut. Sebab tu berkilat je...
Encik M : (Mata dah jeling-jeling...)
Cik I : (Gelak-gelak kenyit mata)
Encik M : (Komfem tak jadi nak marah. kah3)
![]() |
| Agak-agak kat sini penilaian dia A ke B????? |
Thursday, December 30, 2010
Misi yang belum tercapai
Assalamualaikum... =)
Lama x update blog. He3. Sekarang buka sahaja mana-mana blog mesti cerita pasal bola. Piala Suzuki AFF yang dah selamat sampai kat Malaysia. Bangga jadi warganegara Malaysia. Semua orang cerita pasal Khairul Fahmi yang hensem tu termasuk saya. Tahniah untuk team Malaysia yang punyai semangat juang yang kental tu. Banyak isu sensitif yang timbul membabitkan perlawanan antara Malaysia dan Indonesia ni. Isu laser yang pastinya menjadi salah satu topik hangat. Harapnya selepas ni penonton-penonton yang secara tak sengaja ke? yang dah tersuluh kat pemain-pemain mana-mana negara tu rasa menyesal dan insaflah. Tak kira lah penonton Malaysia atau penonton dan peminat bola yang lain kita sama-samalah pupuk semangat kesukanan yang baik-baik je dalam diri kita ni.
Sebenarnya nak sampaikan cerita sedih ni. Misi saya yang dibantu Encik M yang pernah saya ceritakan pada entri sebelum ni gagal diselesaikan sebelum cuti semester saya berakhir. =( Sedih sangat. Banyak-banyak test yang pernah saya ambil, test ni la yang paling buat jiwa saya sangat tertekan. Dah cuba sehabis baik tapi masih tak ada rezeki lagi. Insyaallah sambung misi ni masa cuti pertengahan sem akan datang. Harap-harap rezeki akan berpihak pada saya kali ini. Saya bab-bab teori insyaallah boleh terjemahkan semula tapi bila sampai bab praktikal alahai saya la orang yang paling ###### nak dapat. Dush3 untuk diri sendiri.. =p Nasib baik Encik M yang setia meneman ni tak tension dengan saya. Kalau saya kat tempat Encik M mestilah dah gelak guling-guling. Jadi Cik Izzati bawa-bawalah insafkan diri anda sendiri ni ye...
Oh ya, Encik M belikan novel lagi untuk saya. Hiphiphooooooooooorrrrrrrrraaaaaaaayyyyyyyyyy!!!!!!
Tajuknya Masih Setia oleh Aisya Sofea. Saya yang pilih novel ni sebab saya peminat kipassusahmati Aisya Sofea. He3. Encik M nak belikan lebih dari satu tapi saya tak nak sebab cuti semester dah nak habis. Saya malas nak bawa novel-novel ni ke kolej sebab masalah akan timbul bila tiba hujung semester. Kotak untuk simpan barang mesti akan bertambah dan nak mengangkatnya lagi satu hal. Kalau duduk ground floor ,bawa semua novel kat rumah ni pun tak apa. Tapi saya sentiasa duduk di aras yang tinggi-tinggi sampai fobia saya pada ketianggian pun dah hilang.. =p
Akhir sekali nak kongsi sikit berita gembira ni. Eeerrr keputusan peperiksaan semester 5 dah keluar. Alhamdulillah pertama kali saya dapat jugaklah keputusan yang buatkan saya dapat DL. Kalau di UPM nak dapat Dekan, pointer kena 3.75 ke atas. Di universiti lain saya tak pasti. Apa-apa pun saya sangat bersyukur dengan apa yang saya perolehi sama ada sekarang ataupun masa lalu. Terima kasih tak terhingga kepada Allah, ibu bapa, pensyarah, sahabat-sahabat keluarga dan semua yang terlibat dalam membantu mewarnai kehidupan saya.. Sayang kamu banyak-banyak... =)
Tuesday, November 9, 2010
Final Exam kembali lagi!!!!!!!!!!
- Hari ini kertas kedua yang saya ambil untuk peperiksaan akhir semester 5 di UPM. Alhamdulillah masih boleh bernafas lagi semasa melihat soalan isu-isu tadi. =p..
- Peperiksaan pertama yang saya duduki tanpa mendengar suara mak. Saya cuba untuk menghubungi mak tetapi tidak mendapat maklum balas daripada mak di sana. Mungkin dia sedang sibuk... Hati merasa sebak ketika melangkah ke bilik peperiksaan.. Saya tahu mak tetap mendoakan kejayaan saya...
- Hati masih meronta-ronta agar dapat mendengar suara mak walaupun seketika sebelum peperiksaan akhir semester ini habis. Aaaaahhhh sedihhhhhhhh.... macam manalah kehidupan orang yang kehilangan ibu dan bapanya..=(
- Lepas ini mesti jadi anak yang paling taat dalam dunia... Kosong je dunia rasa bila tak nampak kelibat mereka kalau balik kampung.
- Minggu depan Hari Raya Qurban. Macam mana agaknya suasana di rumah tanpa mereka..=( .. Siapa yang akan bacakan tahlil? Siapa yang mampu mengimamkan doa sehinggakan anak-anaknya merasa sebak? Siapa orang pertama yang akan kami serbu untuk bersalaman dan cium pipi mereka?...Sabar Izzati. Ada hikmahnya semua yang berlaku ini...
- Cerita dah lari daripada tajuk..
SELAMAT BERJAYA UNTUK KAWAN-KAWAN YANG SEDANG MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR TERUTAMANYA PELAJAR SEMESTER 5 BACELOR PENDIDIKAN (PBMP), UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA.
SEMOGA KEJAYAAN SENTIASA MENGIRINGI KEHIDUPAN KITA DI DUNIA INI.=)
Subscribe to:
Posts (Atom)









