SAYA MENULIS DAN MENCATAT
APA YANG TERLINTAS
DAN TERBUKU DI HATI DAN FIKIRAN...
KERANA PERKARA SEPERTI INI
MAMPU MENENANGKAN HATI SAYA...
SESUNGGUHNYA KETENANGAN ITULAH
YANG MENGUATKAN SAYA UNTUK MENERUSKAN KEHIDUPAN...

Monday, December 19, 2011

Alhamdulillah..



DUNIA DICIPTAKAN UNTUK MANUSIA,
MANUSIA DICIPTAKAN UNTUK AKHIRAT

Assalamualaikum w.b.t

          Perasaan tak ada caption ayat kat atas entri ni?. Sebenarnya dah lama saya berazam untuk memulakan setiap entri saya dengan kata- kata yang memberi kesan di hati saya. Dan hari ini saya mula menunaikan azam saya. =).

          Alhamdulillah pada hari sabtu yang lepas bersamaan 17 DISEMBER 2011, saya telah berjaya melalui satu lagi pengalaman yang bermakna dalam hidup. Tarikh yang amat saya dan kawan- kawan seperjuangan tunggu iaitu tarikh perbentangan viva penulisan ilmiah tahun akhir kami. Setelah berbagai- bagai dugaan, cabaran, halangan, pahit, manis dan segala rasa lagi, akhirnya kami berjaya menyelesaikan tugasan kami. Hanya tuhan saja yang tahu bagaimana perasaan saya waktu itu. Orang yang menilai saya ketika pembentangan ialah Tuan Haji Shamsudin Bin Othman. Alhamdulillah tuan haji menerima hasil pembentangan saya dengan baik. Bersyukur sangat pada Allah kerana sentiasa memberikan yang terbaik dalam hidup saya.

          Masih lagi saya teringat bila berakhirnya pembentangan saya, tuan haji meminta kawan - kawan memberikan tepukan. Berbaloi rasaya penat lelah selama ini. Tiada soalan yang diberikan kepada saya kerana katanya tiada soalan yang mahu diberikan kepada saya kerana setiap objektif dan persoalan kajian saya telah dijawab. Namun tuan haji meminta saya untuk memperbaiki sorotan literatur yang agak lama. Buang yang lama dan gantikan dengan sorotan tahun yang terkini.. =).

          Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada kawan- kawan PBMP sesi 2008/2012 yang telah berjaya menyelesaikan 'viva' ini. Tidak lupa juga kepada penyelia yang amat saya sayangi, Tuan Haji Naffi Bin Mat dan Dr. Fadzillah Abd Rahman atas segala tunjuk ajar selama ini. Susungguhnya jasa kalian amat memberi erti bagi saya. Terima kasih juga kepada mak, bapak dan adik -beradik yang sentiasa berdiri di belakang saya, menyokong segala usaha dan tindakan saya. Hanya Allah yang dapat membalas jasa baik anda semua. =). Berakhirnya viva, bermakna semakin hampir berkhirnya semester ini. Sebak untuk diingat semula. Segala- galanya memberikan ertinya tersendiri....

         

1 comment:

  1. Salam, wah..hebat!
    Akak, nak baca tesis akhir akak :)

    Boleh tahu buat tajuk apa?

    *Saya budak baru nak belajar*

    ReplyDelete

teguran anda menjadi panduan untuk saya. terima kasih...