SAYA MENULIS DAN MENCATAT
APA YANG TERLINTAS
DAN TERBUKU DI HATI DAN FIKIRAN...
KERANA PERKARA SEPERTI INI
MAMPU MENENANGKAN HATI SAYA...
SESUNGGUHNYA KETENANGAN ITULAH
YANG MENGUATKAN SAYA UNTUK MENERUSKAN KEHIDUPAN...

Showing posts with label MembEBeL. Show all posts
Showing posts with label MembEBeL. Show all posts

Sunday, July 1, 2012

Renungan

Assalamualaikum w.b.t

          Ini kata-kata daripada seorang jiran saya. Sangat tabah orangnya. Menjadi yatim tatkala mula meningkat remaja. Adik-adiknya masih kecil ketika itu. Diuji lagi dengan rumah peninggalan arwah ayahnya yang terbakar. 

Belajarlah utk jadi 'bukan yang kurang ajar'
hormatilah...agar terhormat...
muliakanlah...agar dimuliakan...
sesuatu yg sejuk dan lembut..boleh mendamaikan..
mengapa pilih yg panas dan kasar...???
kasar kata2 boleh menghiris perasaan...
hati yang panas boleh bertindak yang bukan2.....
moga terdorong ke arah kebaikan..
peringatan utk diriku dan kalian...
kita masih diberi peluang utk memperbaiki diri...
=)


rileks betul ko comel. meh tolong buat refleksi saya. sob3

Saturday, June 23, 2012

Kedekut atau berkira???

Assalamualaikum w.b.t

          Ini topik yang saya selau bincangkan dengan Encik M. Saya selalu usik Encik M cakap dia ni kedekut untuk diri sendiri. Encik M rela pakai baju buruk ada kesan luntur =p daripada beli baju baru. Alasan dia, baju tu elok lagi. he3. Bagi saya kedekut atau berkira ni agak subjektif. Saya bagi contoh seperti di bawah ni.

Ahmad: Aku nak beli ABCD la. Nanti nak guna senang. Tak perlu pinjam orang punya. Tak menyusahkan  
             orang lain sebab aku yang nak guna benda tu.
             (Berfikir dan terdetik dalam hati)

             Ahmad pun beli ABCD dengan harapan tak nak menyusahkan orang.

Bob     : Aku nak guna ABCD la. Tapi aku tak ada lagi ABCD. Ahmad ada, aku pinjam ABCD Ahmad 
             punya la dulu. 

            Bob pinjam ABCD Ahmad, dan Ahmad pun bagi keizinan untuk guna. Bila sampai Ahmad nak guna 
            ABCDnya, tak ada. Bila minta pada Bob, katanya dah habis dan akan ganti yang baru. Tapi tak 
            ganti-ganti sampai sekarang.

  • Bila kita lihat situasi kat atas ni, siapa yang bersalah? Ahmad beli ABCD untuk kemudahannya dan tak mahu menyusahkan (meminjam) orang lain, tapi bila nak guna barangnya sendiri, tak boleh atau rosak sebab orang yang guna tak pulangkan atau rosakkan.
  • Kalau Ahmad tak bagi Bob pinjam, Ahmad akan dianggap kedekut atau berkira sebab dia ada barang tu, tapi tak nak bagi Bob pinjam.
  • Ahmad juga dianggap tidak mahu berkongsi sebab tak nak bagi Bob pakai sekejap. Tapi kalau difikir, "berkongsi" itu mestilah adil. Jadi bayar sama banyak dan guna sama banyak. Kalau terlebih guna sikit boleh dihalalkan, tapi kalau sampai habis atau barang tu rosak digunakan oleh satu pihak sahaja, bagi saya itu tidak boleh dikatakan berkongsi.
  • Bila difikir-fikir balik, mungkin Bob yang dikatakan kedekut atau berkira tu. Sebab dah tahu nak guna barang tu atau selalu guna barang tu, belilah sendiri. Ini mengharapkan ihsan orang yang dah ada. Pinjam pun buat la cara meminjam. Jaga sebaik mungkin. Nak beli sendiri, dia yang berkira or kedekut.
  • Last sekali, Ahmad boleh anggap dia bersedekah sahaja untuk Bob dengan harapan jangan ulangi kesilapan yang sama lagi.=)

Thursday, June 21, 2012

Marah

Baguslah bila amanah kita suruh orang jaga disebar-sebarkan di fb. Siap ada nama lagi. Terima kasihlah awak!!! Memang tengah marahpun. =p. Eh, terima kasihlah sebab tolong bagi tahu kat orang-orang yang baca komen tu. Orang tak bagi sebar tu ada la sebabnya. Biarpun benda tu benda baik. Sampai masanya pandai la tuan punya diri bagi tahu orang lain.



pst: Orang yang kuat ialah seseorang yang berjaya menahan dirinya ketika marah. Tak cukup penyabar lagi la ni kiranya. Tapi ada sabar sikit sebab tak maki-maki orang lagi ni.

Saturday, June 2, 2012

Janji

Assalamualaikum w.b.t

          Janji memang dibuat untuk dimungkiri atau ditepati? Ni soalan kurang cerdik namanya. Ha3. Sabar je la. Dah memang perangai macam tu, berjanji macam manapun susahnyalah nak percaya. Harap- harap boleh berubah. Masing-masing makin membesar dan lebih pandai berfikir... =)


Sumber pak cik google..


pst: Rindu nak sampai kat tempat atas ni lagi.. 

Monday, May 7, 2012

Tiada Tajuk...

BERKATA JUJUR DAN MEMBUAT SESEORANG ITU MENANGIS LEBIH BAIK DARIPADA BERBOHONG YANG MEMBUATKAN DIA TERSENYUM...

Sunday, May 6, 2012

Assalamualaikum w.b.t


Malam ni sepupu saya yang bakal bergelar puan bulan enam ini menaikkan status di FBnya. Status yang membuatkan saya kagum dengan pendiriannya. Status yang bisa membuatkan 
semua orang bahagia. Statusnya berbunyi...

Guna lah bahasa yang baik,sopan & hormat orang lain semasa anda "online " ♥

Perkara ini sangat mudah untuk difahami tetapi agak sukar untuk diikuti. Walaupun saya agak jarang untuk menaikkan status di FB tetapi saya mengaku kadang-kadang status yang saya naikkan di FB dikuasai oleh emosi. Pernah beberapa kali apabila saya sudah menaip status di FB, kemudian status itu dipadam semula. Terfikir pesan abang Apa-apa perkara yang nak kita lakukan ingatlah tuhan. Ingat juga emak dan bapak di kampung. Fikirkan adik-beradik yang lain. Kita hidup di dunia ini bukan untuk diri sendiri sahaja. Semoga kita semua ditetapkan iman dan mampu berfikir sebelum bertindak. 


Pst: Teringin nak kongsi cerita tentang kerenah anak-anak saya di sekolah.. =)..

Hati.. =)

Assalamualaikum w.b.t..


Hari ni nak kongsi cerita. Cerita ni saya baca dari group FB kolej. Adik ni suka berkongsi nasihat dan saya suka membacanya. Walaupun muda daripada saya, tapi dia bijak memanfaat FB untuk menyebarkan dakwah. Tak salah bila menerima nasihat daripada si muda. Lagi- lagi jika ilmu tersebut memberi seribu manfaat kepada kita semua. Terima kasih adik Zafirah di KC.. =)




Cerita 1


Cikgu : Murid2.. Sape yg tahu apakah 7 bende ajaib dalam dunia?
Boon Kok Keong : Piramid cikgu..
Cikgu : Bagus...lagi siapa yg tau..sila bangun..!!!
Gopal : Taj Mahal..cikgu..
cikgu : Bagus...lagi....!!!
Husin : HATI..cikgu..!!!
Cikgu : Aik..kenapa pulak hati???boleh kamu terangkan pada kelas..???
Husin : Sbb hati manusia ni.. Orang x nampak. Tapi boleh rasa.. Kalau hati menangis.. Xde sape buleh dengar. Dalam hati ada macam2 rasa..marah,geram,kecewa,gembira dan macam2 lagi. Tuhan ciptakan hati manusia ni sama tp tak serupa. Bende2 yg manusia cipta tu bukannya ajaib cikgu.. Itu cuma tinggalan sejarah lama. Sbb manusia hari ni.. Boleh buat bende2 yg serupa dengan bende2 tu semua.tapi xd sape yg buleh cipta hati manusia..cikgu...!!!
Cikgu : (tersenyum)





Cerita 2


The fan said "Be cool"

The ceiling said "Aim High"

The window said "See the World"

The clock said "Every minutes is precious"

The Mirror said "Reflect before you act"

The calender said "Be Uptodate"

The Door said "push hard for your goals"

The Floor said "kneel down and Pray"

Wednesday, April 4, 2012

Mengadu... =(

Makin ramai yang suka mengadu pada muka buku daripada DIA yang sepatutnya tempat kita meminta dan mengadu sesuatu.. =(

Friday, January 20, 2012

SPAM!!!

Assalamualaikum w.b.t

BANYAK BICARA CINTA MANUSIA, MELEMAH DAN MELEMASKAN IMAN DI DALAM JIWA


Aduhai patutlah rasa hairan je dua tiga bulan ni. Minta maaf kawan- kawan yang komen blog ni sebab tak ade respon yang sepatutnya. Komen korang semua masuk dalam spam. Malam ni tergerak nak buat spot chek, sekali betul ape yang saya sangka ni. =). Patutlah lain macam je. Bukan saje x respon komen korang tau. Pernah terbaca, selalunya blog kita akan ada masalah bila blog yang kita follow ade bawak virus. Owh, minta- minta blog kesayangan a.k.a diari yang tak berapa rupa diari ni still selamat.

Saturday, January 7, 2012

Selamat Tahun Baru 2012

"MENCINTAI AKHIRAT TIDAK BERERTI KITA MEMINGGIRKAN DUNIA"

Assalamualaikum w.b.t.


tq pakcik google.. =)

          Selamat tahun baru 2012 kawan-kawan.. =). Cukup masuk seminggu tahun baru 2012 saye post entri ni. He3. Maklumlah tengah final exam sekarang ni. Alasan je sebenarnya, padahal bukan study pn. =p...  Semoga tahun 2012 ni membawa banyak perubahan, kebahagiaan dan keberkatan kepada kita semua.

dan tak lupa juga untuk kawan-kawan final year BP (PBMP),
tahniah sebab dah berjaya siapkan FYP
tq pakcik google.. =)

 dan semoga berjaya untuk final exam kita yang ada lagi 2 paper..
sumber pakcik google jgk. he3


Saturday, July 30, 2011

Masalah!!!

Kenapa saya ada masalah bila nak komen blog kawan-kawan saya. Sengal betul.. Banyak kali cuba tak boleh. Ape pun tak boleh.. =p

Ehem...

Assalamualaikum w.b.t

          Rasanya sudah lama saya tidak bersiaran. Jadual harian tidaklah sesibuk mana. Macam biasa penyakit malas yang susah dihakis.. =).. Banyak cerita yang hendak dikongsi. Edisi pulang ke kampung di Kuala Selangor. Melawat Bukit Melawati yang penuh sejarahnya tersendiri. Kisah ke Kuantan bersama En. M menonton Transformer, filem yang mampu membuatkan saya terpaku. Lawatan ke pulau kelahiran Mahsuri, Pulau Langkawi. Belum lagi kisah menghabiskan duit di Padang Besar Perlis.. Cerita tentang durian yang tak berkesudahan begitu juga si comel anak-anak ayam kampung  pemberian En. M. Sudut penjuru laman yang sedang dihias dengan taman mini bersama kolam kecil.. Ah, rindunya untuk berceloteh panjang. Semoga masa yang lapang akan datang tidak akan disia-siakan.. =)

Saturday, April 23, 2011

Adoyaiii...

Dah lewat malam...
tak boleh nak tidur...
Nak study dah penat malas.
roomate dah tido
selalu saya dah tido, dia belum tido lagi
dua tiga hari ni kesihatan roomate tak mengizinkan
kesian tengok dia
nak bantu pun tak tau macam mana
semoga cik anis cepat sembuh
boleh jawab exam isnin ni..
Exammmmmmm.....
Stress lagi..
T________T


Tuesday, March 15, 2011

Tak terurus

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera...

Minta maaf sebab blog saya sekarang dalam keadaan yang tak terurus. Kononnya nak tukar background blog. Bila dah tukar macam tak berkenan pula. Sekarang tukar yang baru lagi tapi malas nak betul-betulkan lagi untuk jadi kemas. Tunggu minggu depan atau minggu lagi satu untuk saya uruskan apa yang tak terurus ni. he3..

Tuesday, March 1, 2011

GELI..

Aku geli dengan statement ko..

xde la..zati pon on fb ko..ko ak xtau la on x fb zati..so xbpe nk tau kot spe sbnrnye yg ngah o9..huhu

hello!!!!!!!! aku on fb En.M dengan izin dia ok!!!.. Permintaan dia kalau dia tak sempat nak buka. Perlu ke ko nak bg tau aku buka fb En. M. Kalau aku buka pun, tak de maknanya aku nak komen-komen pakai nama En. M. Aku cuma bagi tau perkembangan fb dia. Kalau ada apa-apa dia yang akan komen atau balas. Sila faham. Tak de maknenye aku nak sibuk-sibuk.

Sekian, terima kasih. hu3

Sunday, February 20, 2011

Facebook

Assalamualaikum w.b.t.. =)

          Jam sudah melewati dua pagi. Tapi mata saya masih segar-bugar. Adakah angkara extreme milo sebentar tadi? Macam tak logik. Semalam mungkin ya kalau mata masih terbuntang tatkala jam sudah menunjukkan angka tiga pagi angkara extreme mocha. Maklumlah orang kampung.. =p. Minum iced blended jika teringin saja. Bukan minuman harian seperti air masak. he3

          Tajuk entri ini FACEBOOK atau orang kita panggil mukabuku. Sebut saja facebook rasanya semua orang tahu kecuali mak dan bapak kat kampung. Dari yang kecil sampailah yang berusia macam ada satu kemestian untuk memilili akaun facebook ni. Facebook ini pada pendapat saya, ada kelebihan dan kekurangannya. Kadang-kadang disebabkan facebooklah hubungan antara manusia dengan manusia boleh terputus. Saya akui, kadang-kadang saya tidak gemar membaca status segelintir pengguna facebook yang saya anggap melampau, sinis, dan sewaktu dengannnya. Namun, facebook juga dapat menemukan kita dengan sahabat-sahabat yang sudah lama terpisah, menyebarkan maklumat dan sebagainya.

          Saya pernah terbaca di dalam satu blog junior kolej saya yang bercerita tentang facebook ini. Dia mungkin orang yang boleh dilabel bermulut lepas dan lantang menyuarakan pendapatnya. Dia ada menyentuh isu segelintir pemilik akaun facebook yang gemar me'like' status sendiri yang pada pendapatnya seperti syok sendiri. Ada juga teguran untuk orang yang sedang bercinta yang terlalu menunjukkan perasaan cinta dan sayangnya kepada sang kekasih hati. Tidak kurang juga gambaran tentang orang yang suka melampiaskan kemarahan, kesinisan dan lain-lain lagi di dalam facebook dan akhirnya menunjukkan kedangkalan atau kebodohan orang yang menaip status tersebut. Isu facebook ini juga pernah saya terbaca dalam sebuag blog senior saya. Ada pendapat yang disuarakannya sama dengan junior saya tadi. =)

          Melalui pengalaman saya selama mempunyai akaun facebook ini, banyak juga suka duka yang telah saya lalui. Kisah duka mungkin berkaitan dengan entri yang pernah saya tulis sebelum ini. Disebabkan hal itu juga, En. M dan orang itu seperti ada jurang yang besar dan banyak kali ada adegan sindir-menyindir di facebook. Selain itu kisah saya dengan 'sahabat' lama yang seperti tiada kesudahan. Mungkin ianya berpunca daripada saya. Tapi sebagai manusia, saya cuba untuk tidak mencipta status di facebook untuk menyindir seseorang yang tidak 'sehati' dengan saya. Panjang ceritanya. Tapi entahlah. Bagaimana perasaannya ya, jika kita kononnya seperti ingin berbaik-baik dengan kawan yang pernah kita anggap 'kawan rapat' tapi dalam masa yang sama kita mengeluarkan status di facebook menceritakan kelemahan kawan kita itu. Dalam masa yang sama menjaja cerita seperti kita yang telah dianiaya. Nampak macam berhati plastik tak kita ni? Sabar je lah. he3. Untuk menghangatkan lagi, kita mengadu pada beberapa orang kawan yang lain untuk meraih simpati.=p

          Kalau  nak cerita tentang facebook ni, rasanya sampai bila-bila pun tak akan habis. Setiap hari pasti ada cerita baru yang tercipta daripada facebook. Terpulanglah kepada kita bagaimana untuk menhadapinya. Mungkin cara yang terbaik, kita jagalah adab kita dengan sahabat-sahabat facebook kita sebaik mungkin. Jika ada perkara yang kita rasa perlu dan mesti dikongsi, tidak salah untuk mewar-warkannya tetapi jika sesuatu perkara itu mampu membuka atau mencipta aib kepada diri sendiri atau orang lain rasanya lebih baik kita simpan sahaja. Yang penting kita sama-samalah belajar untuk mengawal emosi. Jika kita tidak suka dikritik secara melulu, maka kita sendiri janganlah membuat perkara yang sama kepada orang lain. =)

Sunday, January 23, 2011

Panasssss

Assalamualaikum w.b.t

          Hari ini cuaca agak panas. Sama jugaklah dengan hati saya sekarang ni. Seboleh-bolehnya saya elakkan untuk menulis entri ketika perasaan marah sedang merajai hati. Tapi hari ini saya sengaja untuk menulis supaya tragedi hari ini akan mengingatkan perbuatan seseorang itu kepada saya dan En. M. Kisahnya bermula apabila Encik M menulis satu status di FBnya. Macam-macam respon yang ditulis oleh sahabat Encik M sama ada dalam nada mengusik, menyindir, menegur dan sebagainya. Saya akui status Encik M itu boleh menimbulkan salah faham dan akhirnya Encik M menjawab segala persoalan itu dengan mengatakan bahawa status yang ditulisnya itu suatu perasaannya untuk menyatakan kasih sayangnya kepada Sang Pencipta. Apa yang menaikkan darah saya adalah apabila seorang kenalan Encik M yang agak rapat dengannya cuba menunjuk pandai. Saya cuba membalas setiap komennya dengan izin Encik M. Ya mungkin dia pernah belajar bahasa Arab dan mendapat pendidikan sekolah agama sehingga di peringkat tinggi dan saya pula hanya belajar di sekolah menengah harian biasa. Namun saya juga merupakan salah seorang pelajar kelas aliran agama sehingga tingkatan 3 dan tetap berpuas hati walaupun bahasa Arab saya diperingkat PMR hanya mendapat B. Setelah berbalas-balas komen saya akhiri komen saya di status Encik M yang 'panas' itu dengan kata-kata "Sebab itulah Allah kurniakan manusia otak untuk berfikir. Bila mendapat sesuatu jangan hanya menerima sahaja. Selidik apa yang hendak disampaikan."

          'Kawan' Encik M itu sebenarnya seorang perempuan dan dia juga telah 'add' saya sebagai kawannya di FB. Menurut Encik M mungkin si perempuan yang kononnya 'permata' tu ada masalah dengan saya. Saya pun tidak tahu apa puncanya kerana saya memang tidak mengenali si 'permata' ini secara dekat. Apa yang saya tahu dia kenalan Encik M ketika di politeknik dan Encik M pernah 'menolong/menyelamatkannya' dari sesuatu yang tidak elok berlaku kepada budak itu. Akibat dari itu hubungan mereka menjadi rapat dan Encik M menjadi anak angkat kepada ibu dan bapa si 'permata'. Encik M pernah menyuarakan kepada keluarga angkatnya itu untuk membawa saya berjumpa dengan mereka tetapi kata Encik M, si 'permata' berkata sekiranya Encik M membawa saya ke rumahnya dia rela keluar bersiar-siar. Saya katakan kepada Encik M bahawa saya pun tidak pernah ada niat untuk berjumpa dengan si permpuan yang kononnya 'permata' tu.. =p.. Yang pasti saya dan kenalan Encik M itu memang tidak pernah berjumpa.

         Kepada cik 'Permata' saya tak tahu apa masalah awak dengan saya. Tak baik berburuk sangka dan cemburu dengan sesuatu perhubungan. Awak dah bertunangkan? Jaga tunang awak baik-baik tau. Semoga kekal bahagia. Kalau orang tak kacau hidup awak, boleh tak awak janganlah susah-susahkan diri awak nak ganggu hidup orang lain. Nanti buat penat dan sakit hati awak je. Saya cuma kesiankan awak. Bila tembelang dah pecah, tak ada orang nak percayakan awak dah. Banyak-banyakkan beramal dah la. he3

Sekian daripada Ustazah Nur Izzati.. =p


Saturday, November 27, 2010

MISI

Assalamualaikum..

          Hari-hari cuti ini saya banyak menghabiskan masa dengan melayari internet. Mengumpul pelbagai resepi masakan, membaca blog, bermukabuku.. =) Saya sentiasa cuba memperbaiki diri supaya selalu bersederhana dalam melakukan setiap perkara. Sangat bimbang jika tutur kata atau setiap langkah dan tingkah laku jelek dipandang umum. Yang penting bukan menjadi seorang yang berpura-pura @ hipokrit. Tidak salah untuk memperbaiki diri ke arah yang lebih baik.

          Membaca blog orang lain menambah ilmu yang pelbagai kepada saya. Maklumat, nasihat, informasi yang berguna banyak membantu saya dalam melengkapkan kehidupan seharian. Kadang-kadang cerita yang dikongsi oleh mereka menyedarkan kita. Mungkin hari yang gembira untuk kita menjadi hari yang paling duka untuk orang lain. Di kala kita seronok menyambut hari lahir, ada segelintir manusia yang lain sedang menanggung duka kehilangan orang yang tersayang. Hidup kita ini biarlah berpada-pada. =)

          Minggu depan saya dan Encik M akan mengubah jadual harian kami. Ada sesuatu yang kami ingin langsaikan sebelum cuti semester saya berakhir. Sebenarnya itu misi saya, tapi Encik M terpaksa berkorban.He3. Mudah-mudahan urusan itu selesai seperti yang dirancang. Doakan kejayaan saya tau.

Tuesday, October 26, 2010

S.M.S (Part 4- Persahabatan)

  1. Antara 2 cinta yang inginku miliki... Cinta insani dan cinta Illahi... Pasti yang utama cinta Illahi... Kerana cintanya yang hakiki... Antara 2 insan yang inginku miliki... Kekasih hati dan sahabat sejati... Pasti yang utama sahabat sejati... Kerana setianya sukar ditemui...
  2. If A is 1, B is 2, C is 3... Z is 26. Then L+O+V+E is 54. F+R+I+E+N+D+S+H+I+P is 108. Interesting? Friendship is twice stronger than love. So, friendship forever...
  3. Sometime I forget to say " Are you ok?, And sometime I even miss to say " hi ", But doesn't mean your 4geten... Coz you are one nice  person I will always remember...
  4. Life's like a novel... Many chapter have been read and forgotten... But there one I wont forget... It's the chapter when I meet you and we became friend...
  5. Meaoww... Saya bagi kucing yang comel sebagai pengganti diri... Untuk menemani awak... Dan gigit awak jika awak cuba lupakan saya...
  6. " Jangan tinggalkan orang yang kita sayang untuk orang yang kita suka, Kerana orang yang kita suka akan tinggalkan kita untuk orang yang mereka sayang, Jangan cuba dapatkan apa yang kita sayang, Tapi sayanglah dengan apa yang kita ada."
  7. A good friend is like a computer... She enters your life, Save you in in her heart, Formats your problem, And never deletes you from her memory...
  8. Jika dikata embun pagi itu suci, Suci lagi pengorbanan dan keikhlasan, Jika dilihat pulau itu indah, Indah lagi sebuah pertemuan, Jika dirasa mutiara itu bernilai, Bernilai lagi sebuah persahabatan...
  9. Sahabat sejati tidak akan membeku dikala musim sejuk, Tidak akan cair dikala musim panas, Tidak akan gugur dikala musim luruh, Tapi ia akan sentiasa mekarseperti tibanya musim bunga...
  10. Semalam ku petik bintang-bintang di langit, Ku berikan pada semua orang kesayanganku agar mereka tahu betapa istemewanya mereka padaku! Nah!!! Satu untkmu...
  11. When I miss a friend like you, I dont have to go too far, I just have to look inside my heart... Because I know I will find you there!!!
  12. Kawan? Rakan? Teman? Sahabat? Semuanya berbeza, Semuanya ada keistimewaannya, Tapi... Semuanya bermula daripada satu pertemuan... Walau berjauhan... Dirimu tetap dalam ingatan.

Friday, March 12, 2010

S.M.S (Part 3- Rindu)

  1. Awak akan rasa gembira bila awak tahu yang ada orang sayang awak, ada orang rindu awak, ada orang perlu awak, tapi rasa lebih gembira bila tahu ada orang tak pernah lupakan awak...
  2. Hai nama saya comel. Meoww. Umur saya dua tahun. Saya tersesat dan termasuk dalam henset awak sebab tuan saya RINDU sangat-sangat kat awak. Dia suruh cakap I miss u .
  3. Mata ini kadang-kadang salah melihat, Mulut kadang-kadang salah berucap... Tapi HATI tak pernah menipu bila rindukan seseorang.