SAYA MENULIS DAN MENCATAT
APA YANG TERLINTAS
DAN TERBUKU DI HATI DAN FIKIRAN...
KERANA PERKARA SEPERTI INI
MAMPU MENENANGKAN HATI SAYA...
SESUNGGUHNYA KETENANGAN ITULAH
YANG MENGUATKAN SAYA UNTUK MENERUSKAN KEHIDUPAN...

Sunday, May 6, 2012

Assalamualaikum w.b.t


Malam ni sepupu saya yang bakal bergelar puan bulan enam ini menaikkan status di FBnya. Status yang membuatkan saya kagum dengan pendiriannya. Status yang bisa membuatkan 
semua orang bahagia. Statusnya berbunyi...

Guna lah bahasa yang baik,sopan & hormat orang lain semasa anda "online " ♥

Perkara ini sangat mudah untuk difahami tetapi agak sukar untuk diikuti. Walaupun saya agak jarang untuk menaikkan status di FB tetapi saya mengaku kadang-kadang status yang saya naikkan di FB dikuasai oleh emosi. Pernah beberapa kali apabila saya sudah menaip status di FB, kemudian status itu dipadam semula. Terfikir pesan abang Apa-apa perkara yang nak kita lakukan ingatlah tuhan. Ingat juga emak dan bapak di kampung. Fikirkan adik-beradik yang lain. Kita hidup di dunia ini bukan untuk diri sendiri sahaja. Semoga kita semua ditetapkan iman dan mampu berfikir sebelum bertindak. 


Pst: Teringin nak kongsi cerita tentang kerenah anak-anak saya di sekolah.. =)..

No comments:

Post a Comment

teguran anda menjadi panduan untuk saya. terima kasih...