SAYA MENULIS DAN MENCATAT
APA YANG TERLINTAS
DAN TERBUKU DI HATI DAN FIKIRAN...
KERANA PERKARA SEPERTI INI
MAMPU MENENANGKAN HATI SAYA...
SESUNGGUHNYA KETENANGAN ITULAH
YANG MENGUATKAN SAYA UNTUK MENERUSKAN KEHIDUPAN...

Showing posts with label PBMP diHAtIkU. Show all posts
Showing posts with label PBMP diHAtIkU. Show all posts

Friday, June 22, 2012

Mendidik

Assalamualaikum w.b.t

          Mengajar bukanlah satu kerja yang mudah. Apatah lagi mendidik. Setelah merasai dan menggalas sendiri tugasan ini, saya mula merasa tempiasnya. Hanya manikam yang mengenal jauhari. Tidak sekali menganggap perkara ini sebagai bebanan, tetapi sebagai cabaran. Ini bidang yang saya minati, yang terlalu ingin diceburi. Jika dulu saya berada di sekolah untuk belajar, sekarang pula saya di sekolah untuk mengajar. Berbagai ragam dan telatah manusia dapat dikaji dan diperhati. Ada yang patut dicontohi dan ada juga yang perlu dijauhi. Sekarang saya hanya berpijak di bumi yang nyata. Jika pekerjaan ini telah ditentukan olehNya untuk saya, syukur Alhamdulillah. 


Monday, June 18, 2012

Kritikal

Assalamualaikum w.b.t

          Bukan orang yang kritikal tapi minggu ini dirasakan agak kritikal. Walaupun begitu, hati ini masih tetap mengucapkan rasa syukur kepada tuhan. Dalam kekalutan diberikan ketenangan dan kegembiraan sementara. Satu pertemuan yang tidak dirancang juga tidak disangka..




Thursday, May 17, 2012

GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRANFORMASI PENDIDIKAN NEGARA

Assalamualaikum w.b.t

         Saya memang menggemari lagu ini. Lagu terima kasih cikgu. Dan paling terkesan dihati apabila ada persembahan daripada pelajar-pelajar sekolah yang menyanyikan lagu ini untuk guru-guru. Setelah saya berada dalam dunia pendidikan ini sendiri, barulah saya faham hati dan perasaan seorang pendidik. Mendengar lagu ini mampu membuatkan hati saya sebak dan air mata bergenang. Semoga saya dapat berbakti dan membuat sehabis baik untuk mendidik khalifah Allah di muka bumi ini. =)





Wednesday, April 25, 2012

Hikmah

Assalamualaikum w.b.t


          Berbagai perasaan ada dalam diri saya ketika ini. Gembira, sedih, tertekan, keliru, terkilan, menyesal semuanya bercampur- baur. Ya Allah hanya padaMu aku memohon segala kekuatan. Kau teguhkan keimananku, tinggikan kesabaranku dan tambahkanlah keyakinan diriku. Aku terima segala takdir yang telah Kau tetapkan untukku. 

          Saat ini saya menyedari satu perkara yang berkaitan dengan diri saya sendiri. Jika hanya inilah caranya mungkin saya akan lebih banyak menulis. Sukarnya untuk saya berkongsi rasa dengan orang lain. Tapi dengan menulis seperti ini perasaan saya menjadi tenang. Air mata saya lebih mudah untuk mengalir dalam situasi seperti ini daripada saya meluahkan perasaan saya pada insan yang bergelar manusia. Mungkin ada sesetengah orang melihat saya seorang yang kuat, tidak mudah goyah dan sukar untuk menangis. Hakikatnya saya terlalu ingin menangis dengan harapan segala keperitan dan kepedihan yang bersarang di dalam hati ini sama berlalu pergi seperti air mata yang mengalir menuruni pipi. Sangat- sangat berharap masalah itu akan hilang dengan mudah seperti mudahnya saya menghilangkan air mata dengan hanya menyapunya dengan telapak tangan. Tapi hakikatnya semua perkara dan masalah itu takkan gugur semudah yang kita harapkan.

          Saya tidak mahu untuk menjadi seorang insan yang terlalu kuat sehinggakan ada ketikanya saya seolah- olah lupa kepada insan yang lemah. Saya juga tidak mampu untuk menjadi seorang manusia yang sempurna sehinggakan saya tidak boleh melihat kepada kekurangan yang orang lain ada. Saya hanya mahu menjadi seseorang yang sederhana dalam semua perkara, tidak perlu disanjung tetapi cukuplah jika saya dihormati sebagai salah seorang khalifah Allah di muka bumi ini.

Thursday, April 12, 2012

Rumah baru

Assalamualaikum w.b.t

          Malam ni malam kedua saya menginap di rumah baru merangkap rumah sewa a.k.a rumah sementara. Bermulanya kehidupan baru dalam kehidupan saya. Rasa tak percaya pun ada. Beberapa hari je lagi kami nak keluar berpraktikal. Hampir empat tahun saya hidup berkelana dan mengembara. Semua perkara ini rasanya sukar untuk digambarkan. Gembira, suka semuanya ada. Duka pun tidak pernah terlupa. Apa- apa yang terjadi hidup perlu diteruskan. Bertahan untuk beberapa bulan je lagi mengadap suasana, kerenah manusia dan sebagainya. Insyaallah kurang lima bulan lagi saya akan melangkah ke fasa baru lagi dalam kehidupan dan jika diizinkan Allah tiga bulan seterusnya fasa yang baru juga akan menanti. Semoga semuanya baik- baik sahaja dan sesungguhnya semuanya saya harap mendapat keizinan dan keredhaan Allah.. =)

Pst: Selamat berpraktikal untuk kawan- kawan PBMP sesi 2008/2012 dan salam perkenalan untuk warga SMK Tinggi Perempuan Melaka...

Saturday, January 7, 2012

Selamat Tahun Baru 2012

"MENCINTAI AKHIRAT TIDAK BERERTI KITA MEMINGGIRKAN DUNIA"

Assalamualaikum w.b.t.


tq pakcik google.. =)

          Selamat tahun baru 2012 kawan-kawan.. =). Cukup masuk seminggu tahun baru 2012 saye post entri ni. He3. Maklumlah tengah final exam sekarang ni. Alasan je sebenarnya, padahal bukan study pn. =p...  Semoga tahun 2012 ni membawa banyak perubahan, kebahagiaan dan keberkatan kepada kita semua.

dan tak lupa juga untuk kawan-kawan final year BP (PBMP),
tahniah sebab dah berjaya siapkan FYP
tq pakcik google.. =)

 dan semoga berjaya untuk final exam kita yang ada lagi 2 paper..
sumber pakcik google jgk. he3


Monday, December 19, 2011

Komunikasi


TUHAN MEMBERIKAN KITA DUA KAKI UNTUK BERJALAN
DUA TANGAN UNTUK MEMEGANG
DUA TELINGA UNTUK MENDENGAR
DAN DUA MATA UNTUK MELIHAT
TETAPI MENGAPA TUHAN MENGANUGERAHKAN SEKEPING HATI PADA KITA?
KERANA TUHAN TELAH MEBERIKAN SEKEPING LAGI HATI PADA SESEORANG UNTUK KITA MENCARINYA
SESUNGGUHNYA ITULAH YANG DINAMAKAN CINTA.





Segalanya perlukan kemahiran komunikasi=p
tapi akukah yang emosi?

Alhamdulillah..



DUNIA DICIPTAKAN UNTUK MANUSIA,
MANUSIA DICIPTAKAN UNTUK AKHIRAT

Assalamualaikum w.b.t

          Perasaan tak ada caption ayat kat atas entri ni?. Sebenarnya dah lama saya berazam untuk memulakan setiap entri saya dengan kata- kata yang memberi kesan di hati saya. Dan hari ini saya mula menunaikan azam saya. =).

          Alhamdulillah pada hari sabtu yang lepas bersamaan 17 DISEMBER 2011, saya telah berjaya melalui satu lagi pengalaman yang bermakna dalam hidup. Tarikh yang amat saya dan kawan- kawan seperjuangan tunggu iaitu tarikh perbentangan viva penulisan ilmiah tahun akhir kami. Setelah berbagai- bagai dugaan, cabaran, halangan, pahit, manis dan segala rasa lagi, akhirnya kami berjaya menyelesaikan tugasan kami. Hanya tuhan saja yang tahu bagaimana perasaan saya waktu itu. Orang yang menilai saya ketika pembentangan ialah Tuan Haji Shamsudin Bin Othman. Alhamdulillah tuan haji menerima hasil pembentangan saya dengan baik. Bersyukur sangat pada Allah kerana sentiasa memberikan yang terbaik dalam hidup saya.

          Masih lagi saya teringat bila berakhirnya pembentangan saya, tuan haji meminta kawan - kawan memberikan tepukan. Berbaloi rasaya penat lelah selama ini. Tiada soalan yang diberikan kepada saya kerana katanya tiada soalan yang mahu diberikan kepada saya kerana setiap objektif dan persoalan kajian saya telah dijawab. Namun tuan haji meminta saya untuk memperbaiki sorotan literatur yang agak lama. Buang yang lama dan gantikan dengan sorotan tahun yang terkini.. =).

          Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada kawan- kawan PBMP sesi 2008/2012 yang telah berjaya menyelesaikan 'viva' ini. Tidak lupa juga kepada penyelia yang amat saya sayangi, Tuan Haji Naffi Bin Mat dan Dr. Fadzillah Abd Rahman atas segala tunjuk ajar selama ini. Susungguhnya jasa kalian amat memberi erti bagi saya. Terima kasih juga kepada mak, bapak dan adik -beradik yang sentiasa berdiri di belakang saya, menyokong segala usaha dan tindakan saya. Hanya Allah yang dapat membalas jasa baik anda semua. =). Berakhirnya viva, bermakna semakin hampir berkhirnya semester ini. Sebak untuk diingat semula. Segala- galanya memberikan ertinya tersendiri....

         

Thursday, December 15, 2011

FYP dah hantar, kepala berdenyut- denyut...

Salam...

Rasa terlepas beban yang besar hari ini. FYP dah hantar. Pembentangan authorware dah lepas. Tapi kepala pulak berdenyut- denyut. Dah tau apa punyanya. Tapi tak dapat nk elak. hu3. Punca yang pertama, makan sarapan merangkap lunch dan dinner pukul 6 petang. So, perut yang kosong dah berjaya dikuasai oleh angin sampai naik kat kepala. Kedua, mengadap screen laptop tak berenti selagi FYP tak hantar dan authorware tak bentang. Sampai mata naik pijar dan  pinar- pinar nak fokus pada tulisan dan gambar. Paling benci nak edit- edit. Edit atas, bawah lari. Edit bawah, atas pulak merajuk. Tension ok!!!. Sebab yang ketiga, berkhalwat kat dalam lab yang sejuk tu sangat- sangat lama. Mula la pundi kencing aktif masa tu. Dengan tekanan sejuk tu buat kepala boleh rasa macam nak pecah. Sebab kepala tak berenti berdenyut yang last sekali, mandi hujan petang tadi. Punya la lama tunggu bas nak gi food court petang tadi, bila ada bas datang dah penuh. Memang la pak cik bas tak berenti ambik kami. Nak tau lama ke tak kami tunggu tadi siap tak hujan, pastu hujan sekejap, berenti hujan, hujan semula. Boleh???. Balik dari food court, tengah- tengah jalan hujan lebat tiba- tiba. Cik I, Asilah n Fazi kongsi payung bertiga. Tapi kami macam tak berpayung sebab sibuk nak selamatkan makanan masing- masing. Petang tadi makanan aset paling penting sebab kami dah ala- ala macam pelarian yang kebuluran. =p. Tapi sangat comel n sweet. He3. Sampai kolej, kepala dah lain macam. Solat pastu makan. Landing baik punye atas katil, sedar- sedar Asilah kejut dah nak pukul 8 sebab tak solat maghrib lagi. Sungguh memalukan. T_____T. Thanks silah tolong kejut. Nasib baik tak terus hanyut. =)

Pst: Insyaallah tarikh 14 Disember 2011 ni akan diingati sampai bila- bila. Kod FCE4999 juga macam dah tak boleh lupa. Sebab FYP la semua orang jadi 'panas'. he3

Thursday, May 12, 2011

Ribut yang tak dijangka

Ya Allah Ya Tuhanku,
Kau permudahkanlah segala urusanku,
kerana aku tahu kau faham segala isi hatiku
ribut yang saban ari datang tak kira waktu ini cukup memeritkan
sungguh aku pasrah
namun aku perlukan naungan dan hidayahmu
untuk mendapatkan keyakinan dan petunjuk darimu

TESIS!!!!!!!!!!

Monday, April 25, 2011

Di sana..

Assalamualaikum w.b.t


Di sana...


 Di sana aku berguru
Semata-mata untuk menuntut ilmu
Tekadang aku juga mudah jemu
Namun semangatku kembali bertamu
Tatkala mengenang ayah ibu



Di sana aku diseru
Supaya tidak berjiwa kaku
Dididik supaya berganding bahu
Diasuh menjadi insan yang serba tahu
Tanpa mengenal erti jemu



Di sana tercipta kenanganku
Bertemu sahabat dan juga seteru
Setelah kulalui jauh beribu batu
Kini ianya berubah menjadi seperti isi dengan kuku
Kenangan ini pasti tersemat di kalbu


Di sana itulah
Fakultiku...



# Fakulti Pengajian Pendidikan




Saturday, April 23, 2011

Friday, March 4, 2011

Damai Yang hilang

Assalamualaikum w.b.t.

Hari ini emosi agak terganggu. Air mata menitis di hadapan beberapa orang teman. Sungguh saya takut dengan situasi yang berlaku sekarang. Berfikir-fikir kemungkinan yang mungkin berlaku. Nasib agak jarang menyebelahi saya. Kesimpulan yang saya dapat mudah sahaja. Bukan semua yang kita harapkan, akan jadi milik kita.Tapi saya tetap berpegang kepada kepercayaan bahawa rezeki itu tuhan yang beri. Sekurang-kurangnya kami tidak pernah lupa untuk berusaha. Pertama kali tidur di surau fakulti untuk menunggu respon yang tidak kunjung tiba memang menjadikan satu pengalaman yang berharga untuk saya. Semoga hari isnin minggu hadapan semuanya baik-baik saja. Semoga Allah tenangkan hati si dia. Saya dan Murni akan cuba untuk buat sehabis baik. Terima kasih Murni kerana sudi melayan saya yang cengeng ini...