Assalamualaikum w.b.t.
Hari ini emosi agak terganggu. Air mata menitis di hadapan beberapa orang teman. Sungguh saya takut dengan situasi yang berlaku sekarang. Berfikir-fikir kemungkinan yang mungkin berlaku. Nasib agak jarang menyebelahi saya. Kesimpulan yang saya dapat mudah sahaja. Bukan semua yang kita harapkan, akan jadi milik kita.Tapi saya tetap berpegang kepada kepercayaan bahawa rezeki itu tuhan yang beri. Sekurang-kurangnya kami tidak pernah lupa untuk berusaha. Pertama kali tidur di surau fakulti untuk menunggu respon yang tidak kunjung tiba memang menjadikan satu pengalaman yang berharga untuk saya. Semoga hari isnin minggu hadapan semuanya baik-baik saja. Semoga Allah tenangkan hati si dia. Saya dan Murni akan cuba untuk buat sehabis baik. Terima kasih Murni kerana sudi melayan saya yang cengeng ini...

y zati?
ReplyDeletetn hj ke?
takutnyee;(
yup..
ReplyDeleteesok mmg tawakal je la.
sbb rph tuan haji x tgk lagi.
esok nk ngajar dh.
patutnya kitorg nak tunjuk kt die ari khamis lps hbs kls 2..
tp dh jd mcm 2 kitorg takut nk so cadang nk jmpe ari jumaat.
tp die x de kt fakulti..=(