SAYA MENULIS DAN MENCATAT
APA YANG TERLINTAS
DAN TERBUKU DI HATI DAN FIKIRAN...
KERANA PERKARA SEPERTI INI
MAMPU MENENANGKAN HATI SAYA...
SESUNGGUHNYA KETENANGAN ITULAH
YANG MENGUATKAN SAYA UNTUK MENERUSKAN KEHIDUPAN...

Showing posts with label FrieNDShip. Show all posts
Showing posts with label FrieNDShip. Show all posts

Saturday, June 23, 2012

Masih tersenyum

Assalamualaikum w.b.t

          Macam tajuk enri saya ini, saya masih lagi mampu tersenyum ketika ini. Saya seorang yang suka bercakap dan juga berbual-bual. Tapi bergantung juga dengan siapa orang yang diajak bercakap. Selalunya saya gemar berbual dengan teman-teman di fb. Teman sewaktu zaman persekolahan sering menjadi pilihan. Baru-baru ini, saya dan seorang teman berkongsi cerita dan pengalaman masing-masing. Saya dengan kisah praktikal dan si B pula kisahnya sebagai seorang jurutera di Shah Alam dan bila hujung minggu menjadi guru tuisyen mata pelajaran Fizik. B merupakan teman sekampung dan sekelas saya sewaktu sekolah rendah. Untungnya apabila saya meluahkan sesuatu pada si B, dia tidak akan menyokong saya sepenuhnya sebaliknya dia akan cuba untuk menyedarkan saya tentang sesuatu perkara.

          Selalunya B akan kata pada saya, 

"ko jangan salah faham. Nampak macam aku tak sokong ko. Bukan apa, aku tak nak nampak diri ko tu betul. Itu gunanya kawan. Bukan maknanya aku tak setuju. Tapi kalau 100% setuju tak guna ko luah kat aku. Tak dapat benefit apa-apa."

          Alhamdulillah itulah teman yang saya inginkan dalam hidup ini. Sentiasa membetulkan kesilapan saya. Saya memang tak mahu dia 100% bersetuju dengan apa yang saya luahkan. Kerana saya pasti kadang-kadang luahan saya dipengaruhi emosi dan bukanlah dari hati sendiri. Kata B lagi,

"Habuk dalam mata sendiri kena minta tolong orang keluarkan. Nak kawan dunia sampai syurga, tampung mana yang koyak.. =)"

          Kalah cikgu BM kalau B yang bercakap. Selalunya kalau perkara yang berkaitan dengan kita ditegur kita akan terpukul atau bak kata anak muda sekarang sentap. He3. Tapi kalau teguran itu untuk kebaikan kita, rugilah kalau kita nak sentap tak habis-habis. =p. Terima kasih B.. =)

Comel kartun sahabat muslimah ni. Semoga saya dan teman-teman ini mampu menjaga ukhuwah kami sebaik mungkin. Insyaallah. Sumber pak cik google.. =)


Saturday, June 2, 2012

Menghitung hari

Assalamualaikum w.b.t

Menghitung hari
lapan.puluh hari untuk dilalui
hari mengikat janji
antara dua hati
juga famili
hari untuk dirai
bersama yang sudi
juga memahami
segala isi hati ini
=)
ros kesukaan dari p.cik google..
pst: Rindukan Cik Una kawan form 6. Teman yang selalu bercerita tentang kisah sukanya. Yang selalu menjadikan saya antara orang pertama untuk berkongsi apa-apa. Rindukan suasana bersamanya. Sentiasa ceria diselang seli dengan ketawa. Yang pasti hari bahagia kami tidak banyak jaraknya. Bahagia yang berlainan definisi. Semoga sentiasa bahagia Una...

Sunday, May 20, 2012

Entah...

          Beberapa minggu yang lepas, seorang teman menghubungiku. Dia meluahkan satu cerita yang sudah aku jangkakan. Ucapan sabar tidak putus-putus keluar dari mulutnya. Paling terkesan dihatiku, temanku itu mengungkapkan bahawa tiada sesiapa yang dapat mengubah kepercayaan kami satu sama lain selain Allah. Terima kasih teman kerana selalu mempercayaiku. Tidak mudah terburu-buru. Tidak mudah dipengaruhi nafsu. Bisa membezakan yang benar dan palsu. Aku masih ingat dengan sebaris ayat yang telah diucapkannya. "Dia siapa nak pecah belahkan kita?". Ternyata ayat itu cukup menyebakkan hatiku. Aku sangat bersyukur mempunyai teman sepertimu sahabat. Yang boleh melindungi dan menegakkan kebenaran untukku...


#bersambung...

Friday, May 4, 2012

Tak faham

Assalamualaikum w.b.t

          Sejak akhir-akhir ni, saya makin tak faham dengan orang sekeliling saya atau lebih tepat teman saya yang sudah saya kenal lama tetapi kami hanya boleh mengetahui perkembangan masing-masing hanya di FB kerana berjauhan. Sebelum ini ramai teman-teman ada mengadu pada saya tentang status di FB AK. Status yang kami semua rasa sangat tak masuk akal. Minta maaf si teman kalau saya katakan yang kami pernah menganggap status kamu itu agak merimaskan. Sejak dua menjak ini, semakin banyak status yang si AK naikkan di FBnya. Salah satu statusnya ada mengatakan yang dia ada membuang temannya dari dalam senarai FBnya kerana suka menaikkan status yang tidak menyenangkan. Bila perkara ini terjadi, saya mula terfikir seketika. Hati mula tertanya-tanya. Boleh pulak si AK menganggap status FB orang lain tidak elok dan tidak bagus. Sedangkan kami yang sudah sekian lama terpaksa mengadap statusnya yang lagi mengarut itu tidak pula sampai nak buang kawan dari FB. Sebab kami tahu si AK ni seorang yang mudah kecil hati. Nak ditegur lebih-lebih, akhirnya kesalahan akan diletakkan pada kami juga. Macam manalah agaknya nak sedarkan sikit orang yang susah nak terima pendapat orang lain ini?. 

          Inilah padahnya jika FB dijadikan tempat untuk meluahkan segala perasaan. Berkongsi pendapat tidak mengapa bagi saya tetapi berkongsi perasaan tu yang mendatangkan masalah. Mengadulah pada tuhan kerana bagi saya DIA yang lebih berhak daripada kita mengadu pada tempat yang tidak sepatutnya, akhirnya salah faham yang berlaku. Setiap orang ada pilihan dan pendapat masing-masing. Jadi, kalau tak suka pada pendapat atau pilihan orang lain, tak salah. Cuma janganlah menghentam orang yang kita tidak suka tu. Lahirkankan atau kongsikanlah pendapat atau idea kita pula. Hidup kat dunia saling hormat-menghormati boleh tak??? Pening kepala nak layan perangai sorang-sorang..=p




Sumber: Pakcik Google..

Pst: Ada terbaca bait sajak saya di satu blog. Saya tahu apa yang kamu buat.. =)

Friday, October 14, 2011

Bakal tunangan orang...

Assalamualaikum w.b.t..


     
         Antara kita semua, kau yang sampai jodoh dulu. Yang pasti aku sangat gembira dengan kebahagiaan kau. Semoga persahabatan kita kekal sampai bila-bila, walaupun kita semua dah berkeluarga. Rasa baru je kita habis sekolah. Perasaan aku tentang berita tentang pertunangan kau ni mestilah aku sangat terharu. Aku antara orang yang terawal yang kau bagi tahu. Aku juga kau jemput. Ini bermakna aku sentiasa ada dalam ingatan kau. Macam juga kau yang sentiasa dalam ingatan aku. Selamat berbahagia sahabatku tersayang, Nurul Husna Moktar. Sayang kamu sentiasa.. =)

Monday, September 26, 2011

Perasaan...

Assalamualaikum w.b.t

          Bersiaran dari 'ladang' lagi. Sungguh saya rindu untuk mencatat sesuatu pada 'diari' ini. Namun, mood untuk berkongsi rasa semakin hilang. Selesai menaip, entri-entri sebelum ini hanya disimpan di dalam draf. Berbagai-bagai rasa menjelma ketika ini. Malam ini, ketika tugasan hidup di kampus semakin sarat dan menyesakkan, hati saya mula dirundung sebak yang tak terhingga. Sapaan sahabat baik yang sudah lama tidak saya ketemui, membuatkan mata saya digenangi air mata. Suatu perasaan yang sudah lama simpan. Ya, perasaan RINDU. Rindu dengan kenangan-kenangan saya yang dulu.


Tuesday, March 16, 2010

Sungguh sahabat, saya tidak mahu air matamu mengalir lagi...

Entri yang sekian lama berada di dalam draft..

Salam...
         
            Masa semakin pantas berlalu. Namun mata saya masih tidak mampu untuk dipejamkan. Masih terbayang di mata melihat sahabat yang tulus hatinya itu menangis. Saat itu semangat dan badan ini turut seperti mahu jatuh. Berat derita yang ditanggung kamu. Sehinggakan derita yang dipikulnya itu terasa turut berada di bahu saya. Sungguh hebat takdir dan dugaan yang diterimanya. Mungkin saya pernah menghadapi situasi yang sama sepertinya suatu masa dahulu sehinggakan setiap kepedihan yang bersarang di hatinya seperti turut tersimpan di hati saya. Siapa mereka yang sanggup mengadili sahabat saya itu sedemikian rupa. Bersabar dan berdoa wahai sahabatku. Saya setia menyokong dan mempercayai kamu.

Coretan ini untukmu sahabat,

          Mungkin kita tidak serapat mana. Namun bekerja dan menghabis masa bersama kamu sejak akhir-akhir ini telah mendekatkan kita. Tidak sedekat mana tapi saya percaya dan terasa diri ini sangat mengenali kamu. Kamu mungkin mudah 'panas' tetapi hati kamu tidak seperti zahir yang kelihatan itu. Dalaman kamu sangat lembut sehingga saya dapat merasai ketulusan hati kamu itu. Tidak mengapa wahai sahabat 'dia' bertindak sebegitu kepada kamu. Kerana suatu masa nanti si 'dia' pasti akan mendapat balasan yang setimpal dengan apa yang telah 'dia' lakukan terhadap kamu. Saya tahu hati bonda kamu pasti sayu dan tidak mustahil akan terguris. Saya sangat pasti si 'dia' tidak akan pernah bahagia suatu masa nanti kerana telah membuatkan kamu sebegitu sekali. Sama-sama kita berdoa semoga 'kebaikan si dia' itu akan diketahui oleh semua orang. Supaya semua orang tahu siapa dirinya yang sebenar. Saya mendoakan kamu sentiasa baik-baik sahaja di sana dan sentiasa diberikan ketabahan serta kekuatan untuk meneruskan hidup. Teruskan kehidupan dan semoga kebahagiaan akan sentiasa bersama kamu...


         

Thursday, September 10, 2009

Syurga di Hati.

          Syurga di hati…. Ya, inilah nama tajuk novel terbaru yang kini menjadi koleksi saya. En. M yang hadiahkan. Terima kasih banyak-banyak En.M. He3. Tak sampai sehari pun novel ini menjadi milik saya tapi saya sudah berjaya membacanya sehingga habis. Rekod terbaik saya dalam pembacaan novel setakat ini ialah saya pernah menghabiskan tiga buah novel yang baru dibeli yang muka suratnya lebih 500 helai setiap satunya hanya 1 malam sahaja. he3…

          Bercerita tentang Novel Syurga di Hati yang di karang oleh Fatin Nabila ini, bagi saya ceritanya agak klise dan jalan ceritanya hampir sama dengan novel-novel keluaran novel alaf 21 yang lain. Apa-apa pun novel ini boleh dikatakan menarik dan susunan kata dan ayatnya agak simple dan tak susah la untuk saya memahaminya. ha3. Klaka la pulak rasenye komen-komen ni.

          Pada kulit novel ini ada gambar sebuah rumah kayu yang terletak di tepi laut. Semasa En.M menghulurkan novel ini kepada saya En.M sempat berkata “tengoklah syurga die. Simple je”…. Saya mula terfikir akan kata-kata En.M. Sebelum ini En.M selalu berkongsi tentang cita-citanya serta impiannya kepada saya. En.M memang seorang yang sederhana dalam kehidupannya. Dan ape yang penting En.M memang cintakan bidang pertanian. En.M sudah mempunyai beberapa perancangan dalam bidang pertanian dan sekarang die sedang merangka strategi untuk berkecimpung ke dalam bidang pertanian. Saya sentiasa mengharapkan yang terbaik untuk En.M. Dan dari kesederhanaan En.M inilah saya perasan yang En.M mungkin ingin menyampaikan mesej kepada saya bahawa rumah kayu juga mampu menjadi syurga kepada saya jika di dalam rumah tersebut terdapat kasih sayang dan kebahagiaan yang melimpah ruah…

          Semasa kami berjalan-jalan di pasar malam, kami terserampak dengan kawan-kawan sekolah kami dulu (kawan kelas En.M). Mereka baru je habis reunion di rumah guru kelas mereka. Apa yang membuatkan hati saya tersentak apabila salah seorang daripada mereka berkata, “eh, korang still couple?”. Saya dan En.M hanya tersenyum. Hati saya mula terdetik, adakah setiap manusia yang berpasangan di dunia ini perlu bertukar-tukar pasangan setiap tahun?. Ataupun mereka berpendapat saya dan En.M mudah berubah hati apabila kami masing-masing berjauhan. Mana taknya En.M belajar nun jauh di utara manakala saya pula di sebelah barat Malaysia.

          Saya akui saya memang mudah jemu. Tetapi apabila usia semakin meningkat dewasa saya mula memikirkan tentang sesuatu itu dengan lebih teliti. Saya juga telah belajar menjadi seorang yang lebih setia dan bertanggungjawab dalam sesuatu perhubungan. Berhadapan dengan orang yang mempunyai prinsip hidup yang jelas, sangat mencintai kehidupan berkeluarga dan menghoramati orang lain telah menjadikan saya seorang yang sangat-sangat bersyukur kepada tuhan kerana telah diberi peluang untuk mendampingi insan tersebut. Pada saya, jika seseorang itu mampu membuatkan kita selesa dan bahagia kenapa kita perlu bertukar pasangan yang lain. Saya bukanlah mencari pasangan hidup yang kacak, kaya, berkedudukan dan sebagainya. Saya memilih En.M diesebabkan kesederhanaannya. Apa yang membuatkan saya bertambah yakin dengannya, En.M selalu berkata yang die bercinta bukan untuk berseronok-seronok tetapi die bercinta untuk berkahwin.

          Bagi saya kita tidak perlu mementingkan kesempurnaan dalam memilih pasangan hidup kerana kita juga mempunyai banyak kelemahan yang menjadikan kita sendiri tidak sempurna. Kepercayaan, keikhlasan, kejujuran dan kerjasama adalah tiang untuk kita membina sesuatu kebahagiaan. Adatlah jika hati kita kadangkala tercuit dengan perasaan curiga sepanjang tempoh perhubungan dan perkenalan bersama pasangan. Namun sebagai hamba Allah yang mempunyai akal fikiran kita mestilah mengawal situasi itu dengan baik agar kita dapat bertindak secara rasional…

” KIRANYA TIADA CINTA UNTUKMU, CUKUPLAH CINTA ALLAH PENYULUH HIDUPMU! KELAK AKAN ADA CINTA UNTUKMU DARI INSAN YANG MENCINTAI ALLAH SEBAGAIMANA CINTAMU TERHADAP ALLAH”…



SYURGA DI HATI SAYA SELAIN ALLAH, RASUL DAN
FAMILY. HE3

S.M.S

          Seronok semalam tak habis lagi. he3. Belek-belek henset sebab tak boleh tido. Baru lepas bersms dengan ipah. Kawan sekelas semasa di SMJP. Enam Atas Shafie dalam kenangan. Next week 2 jun 2009 kami akan buat reunion. Shahrul yang beria-ia nak buat. Ipah dan saya mantan penolong ketua kelas dikerah untuk membantunya. Tak kisah pun sebab memang tak sabar nak jumpe korang semue. he3. Rindu sangat-sangat….

          Belek punya belek henset, saya terbaca sms yang sorang kawan dari uum kirim kepada saya semasa Hari Maulidur Rasul yang lepas. Antara isi kandungan sms itu adalah:

HIDUP INI SUSAH KITA NAK DUGA,
KADANG-KADANG KITA RASA DEKAT SANGAT DENGAN SESEORANG ITU,
TAPI SEBENARNYA JAUH,
WALAUPUN KITA DAPAT CAPAI DAN GENGGAM TANGAN DIA,
TAPI BELUM TENTU HATI DIA DAPAT KITA SELAMI,
MUNGKIN KADANG-KADANG KITA DAPAT TENGOK DIA KETAWA,
TAPI KITA TIDAK TAHU APA DI SEBALIK SENYUMANNYA,
BILA DIA MENANGIS,
KITA INGAT KEHADIRAN KITA DAPAT MEMUJUKNYA,
WALHAL KEHADIRAN KITA LANGSUNG TIDAK DISENANGI,
RENCAH DUNIA,
KITA TIDAK AKAN TAHU SIAPA KAWAN DAN SIAPA LAWAN,
SEHINGGALAH SAMPAI SATU MASA KITA JATUH,
ADAKAH TANGAN ITU MENGHULURKAN BANTUAN ATAU KITA DITINGGALKANNYA?
SMS INI BUKAN UNTUK MEMBUAT ONAR,
HANYA SEKADAR CORETAN SEBAGAI RENUNGAN,
SIAPAKAH TEMAN YANG BENAR-BENAR MENEMANI DALAM PERJALANAN,
YANG MENYOKONG KE ARAH KEBENARAN,
YANG MENASIHATI APABILA MENYIMPANG,
YANG JARANG SEKALI MENUNJUKKAN KEBOSANAN SEPANJANG BERTEMAN,
TIDAK MERUNGUT APABILA DIMINTA PERTOLONGAN,
TIDAK MENDEDAHKAN AIB KITA,
MALAH DIBESARKAN KELEBIHAN KITA,
SENTIASA HADIAHKAN SENYUMAN,
AYUH!!!!
RINGANKAN TANGAN DAN DOAKAN KEAMPUNAN DAN KESEJAHTERAAN,
MOGA PERSAHABATAN DIBERKATI TUHAN,
MOGA KELAK KITA DIBARISKAN MENHADAP ARRAHMAN,
DENGAN WAJAH PENUH SENYUMAN,
TANDA SYURGA DALAM GENGGAMAN,
INDAHNYA PERSAHABATAN….

          Terima kasih kepada muiz yang mengirimkan sms ini kerana telah mengingatkan saya tentang kebaikan. Muiz salah seorang sahabat yang baik saya pernah temui dalam dunia ni. Semoga kebahagiaan dan ketenangan sentiasa mengiringi kehidupan Muiz. Muiz, jangan mintak royalti ek kalau ko terbace blog ni. ha3. Seronok ada kawan yang sabar macam ko….

pst: Muiz selalu perasan yang abby abadi dengan norman hakim bercerai disebabkan die. He3

K.A.M.I

          Lama juga blog ini bersawang. he3. Salah satu puncanya adalah internet kat rumah ni agak slow sampai mood saya untuk berkongsi cerita hilang. hu3. Hari ini hari yang agak membosankan untuk saya pada sebelah paginya. Sebab utamanya kerana mak saya tak ada. Hari ini mak saya pagi-pagi lagi bersama-sama beberapa orang jiran yang lain mengikuti rombongan pengantin ke Kelantan. Aduh!!!!!! memang boring. Tapi saya still buat kerje-kerje kat rumah ni. Maklumlah saya tengah berlatih untuk jadi suri rumah untuk my future husband. (mesti En.M sengih-sengih je baca ni. Ha3). Untuk En.M, saya sedang cuba belajar-belajar ok!!!!

          Petang la paling saya seronok. Sebab malam semalam saya dapat panggilan dari kawan baik saya. Die cakap nak datang rumah saya petang ni. hik3. Excited sangat-sangat sebab dah lame tak jumpe dengan die. Pst: sebenarnya baru je jumpe die masa saya melawat penang bulan lepas. Tengok En.M konvo. he3. My best friend yang ambik saya kat stesyen bas butterworth. Thanks, Mohd Khairul Tarmizi… (jangan riak ok. he3)

          Sebenarnya mak nak batalkan rancangan untuk ke kelantan bila dapat tau kawan-kawan baik saya nak datang kat rumah ni. Tapi saya cakap kat mak tak ape sebab diorang akan datang lagi. He3. Memang pun. Diorang baru je balik bercuti semalam. Selalu tempat pertama yang diorang tuju mesti la villa ayah saya ni. he3. Mak pun mesti excited masak macam-macam makanan untuk diorang. Jeles betul. hu3. Tapi sebab diorang my bestfriends saya ok je…. Petang tadi ayah saya cuti. My b sebelum mak pergi die bagi tahu pada ayah saya yang kawan-kawan saya ni nak datang. Disebabkan mak tak ada so kalau ayah pergi kerje saya akan tinggal sorang-sorang kat rumah. So, mak mintak ayah cuti untuk temankan saya. Untuk elakkan cakap-cakap orang juga sebenarnya. Maklumlah kawan-kawan saya tu ada lelaki. Sportingkan diorang…

          Pukul 4 petang Adi sampai dulu. Saya siap-siapkan makanan yang mak suruh saya sediakan. Mak dah siap bagi menu sebelum die pergi pagi tadi. he3. Takut sangat “anak-anak” die lapar. Tak lama lepas tu Khai sampai dengan Ayu. Ape lagi kami mule berborak-borak untuk melepaskan rindu. Sambil-sambil tu mulut Khai dengan Adi tak berhenti-henti mengunyah. (Fenomena biase la kalau diorang kat rumah saya tu. he3). Seronoknye jumpe dengan diorang. Hilang rase boring dan yang paling penting persahabatan kami ini semakin terasa ikatannya.

          Topik pertemuan kami kali ini banyak menceritakan tentang perkahwinan. Mana taknya ramai kawan-kawan kami yang sudah berkahwin. Jeles jugak sikit-sikit. hu3. Kali ni saya yang selalu terkena memandangkan En.M sudah melangkah ke alam pekerjaan. Kawan-kawan cakap saya yang akan melangkah ke jinjang pelamin dulu. Eeerrkkkk!!!!! Saya x ready lagi ok. hu3. Khai dengan Ayu mungkin boleh sebab Khai dah banyak duit. Die simpan dan makan berjimat pun memang tujuan untuk kumpul duit nak kawin. Khai, sori terbocor rahsie kat sini… Hik3. Yang paling best kami ada buat perjanjian. Hadiah perkahwinan kami nanti saiznya mengikut tempoh perhubungan kami dengan pasangan masing-masing. (Setakat ni hubungan saya dengan En.M dah nak masuk 3 tahun. Doakan yang terbaik untuk kami ye). Untuk Khai dengan Ayu tak aci sambung-sambung ek. Sape suruh nak putus ari tu. So, start balik semule ek. ha3. Yang paling klaka, kami agak sukar untuk mengagihkan hadiah nanti kerana pasangan kami kenalan kami juga. So, tak kan dua-dua rumah nanti akan dapat hadiah. Adi selalu cakap rumah pengantin perempuan akan dapat hadiah remote tv, pengantin lelaki akan dapat bateri. Dan die akan mula bercerita tentang kepentingan bateri tu. Susah nak alih channel tv la. Ape la…. Ko kedekut sebenarnye. ha3

          Dan yang paling penting En.M pun ada petang tadi. Terima kasih En.M. En.M dah gelap sikit sekarang. Maklumlah dah bekerja. he3. Sempat juga saya bagi setem-setem yang saya belikan untuk En.M di pesta buku ari tu. Untuk Mohd Khairul Tamizi dan Mohd Abdul Hadi jutaan terima kasih yang tidak terhingga untuk kalian kerana telah mengenalkan saya dengan erti persahabatan yang sebenar. Kalian bukan sahaja sahabat yang baik malah abang yang selalu melindungi adik kalian ini. Nasihat dan tunjuk ajar kalian akan saya jadikan panduan untuk meneruskan kehidupan ini. Untuk Ayu, Puteri dan En.M welcome to our club. Jangan cemburu jika kami bertiga terlalu mengambil berat antara satu sama lain. Kerana kami sudah mempunyai “ikatan” yang sudah terlalu erat. Pernah melalui suka dan duka bersama. Maka tidak hairanlah jika kami bukan sahaja berteman dan berkawan, kerana kami juga BERSAHABAT… K.A.M.I

S.A.H.A.B.A.T…

          Salam ukhwah utk semue shbt setia. Tanggal 21 Februari 2009, bt pertama kalinya bumi serdang menyaksikan insan kerdil ini mengalirkan air mata. Akhirnya kau rapuh jua izzati. Akhirnya sy m’jd insan yg lmh. Kmn hilangnya diri sy yg dl?. Ah, skrnya utk sy b’kongsi rasa. Kerana hanya insan yang pernah melaluinya shj yg mampu m’ngerti apa yg sy lalui kini…

          Dalam kekalutan ini, sy msh b’untung krn ttp dikelilingi insan-insan penyayang. Sekalung penghargaan yang x t’hingga bt insan-insan yg istimewa dlm hdp ini. Ucapan terima kasih ingin saya hulurkan bt insan yg b’nama Maruzan Bin Mukhlis. “Awak, terima kasih utk segala2nya. Krn pnjmkn masa, mata dan telinga awk utk m’dgr dan menyaksikan segala2nya tntg sy. Jasa awak x akn prnh sy lupakan smpai bila2.” Melihat k’sbrn awk mnyebabkan hati sy m’jd sayu. Ah, byknya p’ngorbanan awk utk sy. Dgn apa sy blh m’blsnya?. Cukupkah hanya dgn kesetiaan saya ini. Kerana sy insan yg x punya apa2. Yg x mampu m’jnjikan harta dan rupa… Wlupn awk bknlah insan pertama yg prnh b’takhta di hati ini, sy ttp m’doakan yg awklah yg AR-RAHMAN ttpkn utk sy suatu hari nanti.

          Buat sahabat sy t’syg yg kini barada di Universiti Utara Malaysia, Zurieda Binti Ahmad terima kasih juga ats segala nasihat yg tlh diberikan.. Dgn adanya awk, msh ad perasaan b’syukur dlm diri ini. Kerana... di saat kesukaran ini Allah msh m’ngurniakan teman seistimewa awk. Alhamdulillah…..

          Lihatlah dunia… di saat kedukaan sy ini msh ad p’gubat jiwa. Betapa indah ketetapan maha pencipta.. Msh m’punyai tmn2 yg mampu m’bantu m’bina smula k’yakinan diri ini. Segala-galanya t’pulang kpd diri kita. Adakah trs mahu m’jd lmh disbbkn bbrp org sahabat yg lemah hatinya serta tdk m’punyai smgt setiakawan yg tinggi?. Sedangkan ad insan lain lg yg m’hrpkan kajaiban dr kta. Biarkan org lain yg nmpk “kelemahan” kita itu sbgai senjata mrk utk m’burukkan kita. Kerana satu hari nanti, pasti “Kelemahan” itu akan m’jd kekuatan bagi kita.. InsyaAllah. Chayok!!!!Chayok!!!!