Beberapa minggu yang lepas, seorang teman menghubungiku. Dia meluahkan satu cerita yang sudah aku jangkakan. Ucapan sabar tidak putus-putus keluar dari mulutnya. Paling terkesan dihatiku, temanku itu mengungkapkan bahawa tiada sesiapa yang dapat mengubah kepercayaan kami satu sama lain selain Allah. Terima kasih teman kerana selalu mempercayaiku. Tidak mudah terburu-buru. Tidak mudah dipengaruhi nafsu. Bisa membezakan yang benar dan palsu. Aku masih ingat dengan sebaris ayat yang telah diucapkannya. "Dia siapa nak pecah belahkan kita?". Ternyata ayat itu cukup menyebakkan hatiku. Aku sangat bersyukur mempunyai teman sepertimu sahabat. Yang boleh melindungi dan menegakkan kebenaran untukku...
#bersambung...
No comments:
Post a Comment
teguran anda menjadi panduan untuk saya. terima kasih...