SAYA MENULIS DAN MENCATAT
APA YANG TERLINTAS
DAN TERBUKU DI HATI DAN FIKIRAN...
KERANA PERKARA SEPERTI INI
MAMPU MENENANGKAN HATI SAYA...
SESUNGGUHNYA KETENANGAN ITULAH
YANG MENGUATKAN SAYA UNTUK MENERUSKAN KEHIDUPAN...

Showing posts with label PrAKtiKaL. Show all posts
Showing posts with label PrAKtiKaL. Show all posts

Wednesday, July 11, 2012

Akhirnya

Assalamualaikum w.b.t

senyum seminggu, kenyang seminggu.. =p
pst: Ada sorang abang yang memang asal dari Melaka pesan pada Encik M hari tu, kalau nak beli air ni kena beli banyak terus. Sebab sedap dan kena beratur panjang.Hari tu kami beli 4 cup ni untuk 2 orang.. =) Abang tu beli 20 cup ok!!!

Monday, July 9, 2012

Klebang..

Assalamualiakum w.b.t

          Bila dah ada kat Melaka, mesti nak pergi macam-macam tempat. Umbai, Bandar Hilir, Taman Tema dan salah satu tempat yang orang ramai selalu sebut-sebut, Klebang. Bila dah sampai Klebang, mesti nak rasa coconut shake yang famous tu. Sangat terharu bila...

Tak nampak lagi kan..

Ramai, tapi tak nampak apa-apa lagi...
Baru zoom skali kereta lalu.. Tak pe try zoom lagi...
Alolooo ade orang beratur untuk belikan coconut shake untuk Cik I. Dekat setengah jam baru dapat beli. Memang ramai.. =)

Terus kenyang seminggu tanda menghargai penat lelah tolong beratur panjang. =p

Alhamdulillah...

Assalamualaikum w.b.t

          Alhamdulillah dapat juga keluar dari Durian Daun dalam minggu ni. Ngeh3.. =p. Terima kasih awak sudi datang jauh-jauh untuk hilangkan kebosanan saya.. =)


Selamat datang ke Taman Rama-rama.. Adult rm8, child rm5, kamera rm3.. =)
berposing di parking dulu.. =p


Taman ikan koi.. =)

Bersama ketua kampung "buaya-buaya Malaysia" 
Taman Rama-rama..

 Love them very much.. kalaulah boleh bawak balik.. he3


Walaupun dah banyak kali berjalan di Melaka tapi semuanya ada kenangan yang berbeza. Terima kasih awak. Next destination, Penang.. Kalau berkesempatan nak ziarah rumah kawan-kawan PBMP Muz , Aini dan Tiqah.. Insyaallah.. =)

Sunday, July 1, 2012

Tak sabar...

Assalamualaikum w.b.t

          Tak sabar. Harap-harap kali ni jadi la. Macam-macam dah dalam kepala ni. Ini baru dalam kepala saya, belum termasuk dalam kepala awak lagi. Lalui hari-hari sekarang ini dengan penuh keindahan. =)

Cik Pinky sedap tido kat belakang.. =p

Tuesday, June 26, 2012

Harapan

Assalamualaikum w.b.t

          Terlalu mengharap agar mendapat satu hari yang sangat membahagiakan. Hari yang saya dapat mengajar dengan penuh persediaan dan ketenangan. Jika hanya diberi sehari sahaja dalam tempoh 3 bulan ini untuk menikmati detik itu, sayalah insan yang paling bertuah kerana sehingga saat entri ini ditaip kepuasan untuk menyebarkan ilmu kepada anak bangsa sendiri, tidaklah seperti yang diharapkan.Semoga harapan ini akan terlaksana dan bukanlah hanya tinggal harapan sahaja....

Friday, June 22, 2012

Mendidik

Assalamualaikum w.b.t

          Mengajar bukanlah satu kerja yang mudah. Apatah lagi mendidik. Setelah merasai dan menggalas sendiri tugasan ini, saya mula merasa tempiasnya. Hanya manikam yang mengenal jauhari. Tidak sekali menganggap perkara ini sebagai bebanan, tetapi sebagai cabaran. Ini bidang yang saya minati, yang terlalu ingin diceburi. Jika dulu saya berada di sekolah untuk belajar, sekarang pula saya di sekolah untuk mengajar. Berbagai ragam dan telatah manusia dapat dikaji dan diperhati. Ada yang patut dicontohi dan ada juga yang perlu dijauhi. Sekarang saya hanya berpijak di bumi yang nyata. Jika pekerjaan ini telah ditentukan olehNya untuk saya, syukur Alhamdulillah. 


Monday, June 18, 2012

Kritikal

Assalamualaikum w.b.t

          Bukan orang yang kritikal tapi minggu ini dirasakan agak kritikal. Walaupun begitu, hati ini masih tetap mengucapkan rasa syukur kepada tuhan. Dalam kekalutan diberikan ketenangan dan kegembiraan sementara. Satu pertemuan yang tidak dirancang juga tidak disangka..




Thursday, June 7, 2012

Lari

Assalamualaikum w.b.t


Rasa nak lari pergi hari semalam. Sebab masuk hari ini, lagi tiga hari la maknanya masa saya bersenang-lenang  di rumah. Cuti kali ini sangat tidak produktif. Masalah kesihatan yang mengganggu.. Fikir positif. Anggap sebagai satu kifarah. Encik M dah hadiahkan ubat batuk, ubat demam dan ubat selsema. Pakej yang lengkap. Tinggal batuk dan selsema je sebenarnya tapi dia kata stand by je ubat yang tak berkenaan tu untuk apa-apa jadi kat Melaka. =)

Thursday, May 17, 2012

GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRANFORMASI PENDIDIKAN NEGARA

Assalamualaikum w.b.t

         Saya memang menggemari lagu ini. Lagu terima kasih cikgu. Dan paling terkesan dihati apabila ada persembahan daripada pelajar-pelajar sekolah yang menyanyikan lagu ini untuk guru-guru. Setelah saya berada dalam dunia pendidikan ini sendiri, barulah saya faham hati dan perasaan seorang pendidik. Mendengar lagu ini mampu membuatkan hati saya sebak dan air mata bergenang. Semoga saya dapat berbakti dan membuat sehabis baik untuk mendidik khalifah Allah di muka bumi ini. =)





Wednesday, May 16, 2012

Selamat Hari Guru

Assalamualaikum w.b.t

          16 Mei 2012 hampir berlalu. Hari ini merupakan hari pertama saya menyambut hari guru. Bukan meraikan tetapi sebagai orang yang dirai. Apa yang mampu saya ucapkan hanyalah syukur alhamdulillah. Terima kasih kepada tuhan kerana mengizinkan saya untuk menjadi sebahagian daripada warga pendidik. Kenangan pertama menyambut hari guru memberikan seribu satu kenangan yang paling menggembirakan dalam hidup saya. Terima kasih dan selamat hari guru diucapkan kepada emak dan bapak sebagai guru pertama yang mendidik saya. Sejuta terima kasih dan selamat hari guru juga diucapkan kepada abang dan kakak saya yang juga bergelar guru dan tidak dilupakan guru-guru di Pasti Nurul Falah Jengka Sebelas, Tadika Kemas Jengka Sebelas, Sekolah Kebangsaan Jengka Sebelas, Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Ampuan Afzan, Chenor, Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka Pusat dan pensyarah-pensyarah di Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia. Sesungguhnya, jasa kalian tidak akan saya lupakan sampai bila-bila.


GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRANSFORMASI |PENDIDIKAN NEGARA


Tuesday, May 1, 2012

Kem Kepimpinan Pengawas dan Exco Asrama

Assalamualaikum w.b.t

          Minggu ini, hari minggu saya dan beberapa orang teman seperjuangan terisi dengan aktiviti yang diaturkan oleh pihak sekolah. Satu lagi pengalaman yang sangat berharga telah kami semua perolehi. Kali ini kami ditugaskan untuk menjadi fasilitator bagi progaram Kem Kepimpinan Pengawas dan Exco Pengawas SMKTPM. Bermula dengan pendaftaran, ice breaking, ceramah, latihan dalam kumpulan, pengucapan awam, kepimpinan, aktiviti burung hantu, bbq dan berakhir dengan post mortem. Apabila melihat ada perubahan dan peningkatan pada diri anak-anak bakal pemimpin negara setelah mengikuti kursus ini, saya rasa puas hati dengan segala pengorbanan semua pihak yang terlibat. Segala yang terjadi menjadikan kami lebih dekat dan rapat. Yang penting kursus ini menerbitkan satu lagi kenangan indah dalam diari kehidupan saya.. =) 
















Rumah Seri Kenangan, Cheng dalam kenangan..

Assalamualaikum w.b.t

          Ini adalah salah satu tugas yang kami galas semasa berpraktikum di SMKTPM. Saat menjejakkan kaki di Rumah Seri Kenangan ini, ada rasa sebak terbit di perdu hati. Warga tua di sini gembira menerima kami sebagai tetamu. Anak- anak yang kami iring pula walau ada yang sedikit 'nakal' ketika belajar, berubah seratus peratus apabila berhadapan dengan situasi ini. Ada yang teresak menangis, ada yang matanya berkaca menahan sebak di dada dan ada juga yang sibuk mengembirakan nenek- nenek dan atuk- atuk di sana. Ternyata rasa insaniah di dalam diri mereka masih tebal dan saya sebagai guru mereka merasa bangga dengan tingkah laku yang ditunjukkan itu. Semoga warga tua di Rumah Orang Tua Sri Kenangan, Cheng sentiasa diberkati dan diredhai Allah selalu. Buat anak-anak cikgu, semoga kalian menjadi insan yang baik budi pekerti dan tahu menghargai jasa dan pengorbanan orang tua kalian... =)





Monday, April 30, 2012

Malu!!!!

Assalamualaikum w.b.t

          Hari ni saya dan silah ade meeting tentang pentaksiran berasaskan sekolah (PBS) kat sekolah. Masa tengah meeting saya boleh pulak tersengguk tahan ngantuk. Empat kali ok!!!. Ha3. Malu sangat.  Kali pertama GPK Hem sekolah perasan saye tersengguk. Dia siap bagi pakej ketawa. Nasib baik esok cuti sempena Hari Buruh. Boleh la nk cover malu sikit bila terserempak denga dia hari rabu nanti.. =p. Agak- agak kena ada sesi lompat bintang ke masa meeting?... =)


Wednesday, April 25, 2012

Hikmah

Assalamualaikum w.b.t


          Berbagai perasaan ada dalam diri saya ketika ini. Gembira, sedih, tertekan, keliru, terkilan, menyesal semuanya bercampur- baur. Ya Allah hanya padaMu aku memohon segala kekuatan. Kau teguhkan keimananku, tinggikan kesabaranku dan tambahkanlah keyakinan diriku. Aku terima segala takdir yang telah Kau tetapkan untukku. 

          Saat ini saya menyedari satu perkara yang berkaitan dengan diri saya sendiri. Jika hanya inilah caranya mungkin saya akan lebih banyak menulis. Sukarnya untuk saya berkongsi rasa dengan orang lain. Tapi dengan menulis seperti ini perasaan saya menjadi tenang. Air mata saya lebih mudah untuk mengalir dalam situasi seperti ini daripada saya meluahkan perasaan saya pada insan yang bergelar manusia. Mungkin ada sesetengah orang melihat saya seorang yang kuat, tidak mudah goyah dan sukar untuk menangis. Hakikatnya saya terlalu ingin menangis dengan harapan segala keperitan dan kepedihan yang bersarang di dalam hati ini sama berlalu pergi seperti air mata yang mengalir menuruni pipi. Sangat- sangat berharap masalah itu akan hilang dengan mudah seperti mudahnya saya menghilangkan air mata dengan hanya menyapunya dengan telapak tangan. Tapi hakikatnya semua perkara dan masalah itu takkan gugur semudah yang kita harapkan.

          Saya tidak mahu untuk menjadi seorang insan yang terlalu kuat sehinggakan ada ketikanya saya seolah- olah lupa kepada insan yang lemah. Saya juga tidak mampu untuk menjadi seorang manusia yang sempurna sehinggakan saya tidak boleh melihat kepada kekurangan yang orang lain ada. Saya hanya mahu menjadi seseorang yang sederhana dalam semua perkara, tidak perlu disanjung tetapi cukuplah jika saya dihormati sebagai salah seorang khalifah Allah di muka bumi ini.

Monday, April 16, 2012

Tertanya- tanya...

Assalamualaikum w.b.t.

           Sumpah memang sekarang ni saya rasa keliru. Tertanya- tanya. Tapi tak apelah. Jangan terlalu memikirkan masalah tu sebab Allah akan sentiasa bersama dengan hambanya yang bersabar. Pokoknya sentiasa kena BERSABAR. he3. Baru- baru ni ada satu peristiwa yang agak memberi kesan kepada saya. Rasa bersalah pada seorang teman. Kesalahan saya kerana terlalu mengikut emosi dan persekitaran. Semoga dia baik- baik sahaja. Andai masa dapat diulang, saya terlalu ingin membetulkan keadaan. Bertenang dalam berhadapan sesuatu tindakan. Semoga ada yang sudi membetulkan kesilapan saya.. =)

Thursday, April 12, 2012

Rumah baru

Assalamualaikum w.b.t

          Malam ni malam kedua saya menginap di rumah baru merangkap rumah sewa a.k.a rumah sementara. Bermulanya kehidupan baru dalam kehidupan saya. Rasa tak percaya pun ada. Beberapa hari je lagi kami nak keluar berpraktikal. Hampir empat tahun saya hidup berkelana dan mengembara. Semua perkara ini rasanya sukar untuk digambarkan. Gembira, suka semuanya ada. Duka pun tidak pernah terlupa. Apa- apa yang terjadi hidup perlu diteruskan. Bertahan untuk beberapa bulan je lagi mengadap suasana, kerenah manusia dan sebagainya. Insyaallah kurang lima bulan lagi saya akan melangkah ke fasa baru lagi dalam kehidupan dan jika diizinkan Allah tiga bulan seterusnya fasa yang baru juga akan menanti. Semoga semuanya baik- baik sahaja dan sesungguhnya semuanya saya harap mendapat keizinan dan keredhaan Allah.. =)

Pst: Selamat berpraktikal untuk kawan- kawan PBMP sesi 2008/2012 dan salam perkenalan untuk warga SMK Tinggi Perempuan Melaka...