SAYA MENULIS DAN MENCATAT
APA YANG TERLINTAS
DAN TERBUKU DI HATI DAN FIKIRAN...
KERANA PERKARA SEPERTI INI
MAMPU MENENANGKAN HATI SAYA...
SESUNGGUHNYA KETENANGAN ITULAH
YANG MENGUATKAN SAYA UNTUK MENERUSKAN KEHIDUPAN...

Wednesday, May 16, 2012

Selamat Hari Guru

Assalamualaikum w.b.t

          16 Mei 2012 hampir berlalu. Hari ini merupakan hari pertama saya menyambut hari guru. Bukan meraikan tetapi sebagai orang yang dirai. Apa yang mampu saya ucapkan hanyalah syukur alhamdulillah. Terima kasih kepada tuhan kerana mengizinkan saya untuk menjadi sebahagian daripada warga pendidik. Kenangan pertama menyambut hari guru memberikan seribu satu kenangan yang paling menggembirakan dalam hidup saya. Terima kasih dan selamat hari guru diucapkan kepada emak dan bapak sebagai guru pertama yang mendidik saya. Sejuta terima kasih dan selamat hari guru juga diucapkan kepada abang dan kakak saya yang juga bergelar guru dan tidak dilupakan guru-guru di Pasti Nurul Falah Jengka Sebelas, Tadika Kemas Jengka Sebelas, Sekolah Kebangsaan Jengka Sebelas, Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Ampuan Afzan, Chenor, Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka Pusat dan pensyarah-pensyarah di Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia. Sesungguhnya, jasa kalian tidak akan saya lupakan sampai bila-bila.


GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRANSFORMASI |PENDIDIKAN NEGARA


No comments:

Post a Comment

teguran anda menjadi panduan untuk saya. terima kasih...