SAYA MENULIS DAN MENCATAT
APA YANG TERLINTAS
DAN TERBUKU DI HATI DAN FIKIRAN...
KERANA PERKARA SEPERTI INI
MAMPU MENENANGKAN HATI SAYA...
SESUNGGUHNYA KETENANGAN ITULAH
YANG MENGUATKAN SAYA UNTUK MENERUSKAN KEHIDUPAN...

Showing posts with label KaMI. Show all posts
Showing posts with label KaMI. Show all posts

Saturday, August 3, 2013

Istikharah Cinta

Kerana aku tahu aku sebahagian daripada tulang rusuk kirinya, maka sudah pasti aku mahu sentiasa dekat dengannya untuk selalu dilindungi dan juga selalu dikasihi. Semoga Allah mendengar rintihan hambanya ini. Permudahkan langkah-langkah isteri-isteri yang berjauhan dengan suaminya. Supaya segala dugaan dan cabaran yang dilalui ini semakin menguatkan hati-hati kami antara satu sama lain..

Tuesday, August 21, 2012

Alhamdulillah (20 ogos 2012)

Assalamualaikum w.b.t..

Alhamdulillah. Satu fasa baru sedang dilalui.. =)

MUA aka kawan saya. Asya.. 
teman seperjuangan..

Kawan giler2.. =)

Terima kasih semua yang terlibat.. =)

Wednesday, July 11, 2012

Akhirnya

Assalamualaikum w.b.t

senyum seminggu, kenyang seminggu.. =p
pst: Ada sorang abang yang memang asal dari Melaka pesan pada Encik M hari tu, kalau nak beli air ni kena beli banyak terus. Sebab sedap dan kena beratur panjang.Hari tu kami beli 4 cup ni untuk 2 orang.. =) Abang tu beli 20 cup ok!!!

Monday, July 9, 2012

Klebang..

Assalamualiakum w.b.t

          Bila dah ada kat Melaka, mesti nak pergi macam-macam tempat. Umbai, Bandar Hilir, Taman Tema dan salah satu tempat yang orang ramai selalu sebut-sebut, Klebang. Bila dah sampai Klebang, mesti nak rasa coconut shake yang famous tu. Sangat terharu bila...

Tak nampak lagi kan..

Ramai, tapi tak nampak apa-apa lagi...
Baru zoom skali kereta lalu.. Tak pe try zoom lagi...
Alolooo ade orang beratur untuk belikan coconut shake untuk Cik I. Dekat setengah jam baru dapat beli. Memang ramai.. =)

Terus kenyang seminggu tanda menghargai penat lelah tolong beratur panjang. =p

Alhamdulillah...

Assalamualaikum w.b.t

          Alhamdulillah dapat juga keluar dari Durian Daun dalam minggu ni. Ngeh3.. =p. Terima kasih awak sudi datang jauh-jauh untuk hilangkan kebosanan saya.. =)


Selamat datang ke Taman Rama-rama.. Adult rm8, child rm5, kamera rm3.. =)
berposing di parking dulu.. =p


Taman ikan koi.. =)

Bersama ketua kampung "buaya-buaya Malaysia" 
Taman Rama-rama..

 Love them very much.. kalaulah boleh bawak balik.. he3


Walaupun dah banyak kali berjalan di Melaka tapi semuanya ada kenangan yang berbeza. Terima kasih awak. Next destination, Penang.. Kalau berkesempatan nak ziarah rumah kawan-kawan PBMP Muz , Aini dan Tiqah.. Insyaallah.. =)

Sunday, July 1, 2012

Tak sabar...

Assalamualaikum w.b.t

          Tak sabar. Harap-harap kali ni jadi la. Macam-macam dah dalam kepala ni. Ini baru dalam kepala saya, belum termasuk dalam kepala awak lagi. Lalui hari-hari sekarang ini dengan penuh keindahan. =)

Cik Pinky sedap tido kat belakang.. =p

Thursday, June 7, 2012

Lari

Assalamualaikum w.b.t


Rasa nak lari pergi hari semalam. Sebab masuk hari ini, lagi tiga hari la maknanya masa saya bersenang-lenang  di rumah. Cuti kali ini sangat tidak produktif. Masalah kesihatan yang mengganggu.. Fikir positif. Anggap sebagai satu kifarah. Encik M dah hadiahkan ubat batuk, ubat demam dan ubat selsema. Pakej yang lengkap. Tinggal batuk dan selsema je sebenarnya tapi dia kata stand by je ubat yang tak berkenaan tu untuk apa-apa jadi kat Melaka. =)

Saturday, June 2, 2012

Menghitung hari

Assalamualaikum w.b.t

Menghitung hari
lapan.puluh hari untuk dilalui
hari mengikat janji
antara dua hati
juga famili
hari untuk dirai
bersama yang sudi
juga memahami
segala isi hati ini
=)
ros kesukaan dari p.cik google..
pst: Rindukan Cik Una kawan form 6. Teman yang selalu bercerita tentang kisah sukanya. Yang selalu menjadikan saya antara orang pertama untuk berkongsi apa-apa. Rindukan suasana bersamanya. Sentiasa ceria diselang seli dengan ketawa. Yang pasti hari bahagia kami tidak banyak jaraknya. Bahagia yang berlainan definisi. Semoga sentiasa bahagia Una...

Tuesday, March 20, 2012

Takut (1)

Detik itu semakin hampir
Sungguh, bukan keseronokan yang aku fikirkan
Semuanya berkisar tentang ketakutan. 
Tentang kehidupan
Mampukah aku memikulnya. 
Sakitnya untuk memikirkan
Sama sakitnya untuk melepaskan...



Friday, January 20, 2012

Hampir ke situ

Assalamualaikum w.b.t

JANGAN TERLALU MENCINTAI SESUATU MELEBIHI CINTAMU KEPADA ALLAH





Insyaallah...

Monday, November 21, 2011

Nadiku...


Nadiku...
Kalaulah kau tahu apa yang tersirat dihatiku kini,
Pasti situasi kita tidak sebegini,
Diamku bukanlah bererti membenci,
Tapi terlalu ingin kau mencari...


Nadiku...
Jika hatimu mahu aku fahami,
Janganlah dirimu lupa hatiku yang juga ingin diselami,
Jika dirimu mahu situasimu dimengerti,
Aku juga ingin mengalami...


Nadiku...
Aku bukanlah insan yang mengarapkan manisnya janji,
Kerna aku tidak kuat berdiri kiranya kau mungkiri,
Mahuku kita sentiasa berada di alam realiti,
Kerna ku yakin itu lebih pasti...

Nadiku...



 

Friday, June 17, 2011

Bibik dan pengawalnya...

Assalamualaikum w.b.t

         Cik Jan belanja makan lagi. Tapi tak ingat bila. Kali ni makan-makan kat Tasik Jaya. Restoran kawan Cik Jan. Sebab Cik Jan nak belanja bibik makan malam, abi kita suruh bibik bawak kita sebagai pengawal. ha3... Kita baik je masa jadi pengawal malam tu. Mula-mula singgah klinik sebab Cik Jan demam. Dia nak beli ubat untuk stand by....

          Masa sampai kat restoran kawan Cik Jan, hujan renyai-renyai. Cik Jan kene dukung saya sebab bibik kena payungkan kami. Betullah orang kata orang perempuan ni payung kepada orang lelaki...=p... Cik Jan demam. Kesian. Dia pun memang tengah lapar sangat-sangat. Bibik dengan Cik Jan order air panas, nasi putih, tomyam campur, telur dadar dengan paprik... Bibik suap saya air. Saya pun buat aksi mengada-ngada kononnya air kat kedai tu sedap sangat. ha3. Lepas tu Cik Jan dukung saya sambil tengok-tengok tasik...

Bibik dan pengawalnya... =)

Saya dan Cik Jan. Best baring kat Cik jan sambil tengok tv...

Gambar ni gelap sikit
Yang ni ok sikit....

          Saya sempat makan sikit je. Sebab saya dah mengantuk. Saya tertidur atas riba bibik. Tapi jangan risau kami sampai rumah atuk dengan nenek dengan selamat. Terima kasih, Cik Jan!!!

Sekian dari,
Nuaim Nasrullah Belly @ Mohd Shaffie

Nur Kasih Izzati.. Teluk Chempedak Cik Jan... Tanjung Lumpur....=p

Assalamualaikum w.b.t..

          Tahun lepas sebenarnya Encik M pernah janji dengan saya. Nak bawak saya jalan-jalan ke Kuantan. Makan Ikan bakar kat Tanjung Lumpur yang ini sebenarnya request dari Cik I.. =p Tapi baru tahun ni hasrat tu tercapai. Yang paling seronok Cik I la. ha3. Hooyeeeaaaaaaaayyyyyyyy......

          Plan asal kali ni kami nak marathon tengok movie. Nur kasih, lepas tu Kongsi dan movie seterusnya. Tapi sempat 1 movie je. Nur Kasih Izzati. Sebabnya pagi tu jiran En. M mintak tolong dia buat something. Nak service kete En. M tu lagi. Pastu boleh pulak tiba-tiba dia request nak balik rumah tukar seluar sebab dia kata saya sopan sangat ari tu. Seluar yang dia pakai tu tak sesuai dengan pakaian saya.AdoyaiiiNak tak nak memang kena la singgah rumah dia sebab dia yang drive. Masuk rumah family En.M sekejap. Borak dengan adik-beradik dia dan tengok baby Marshanda. Lepas tu baru la bertolak ke Kuantan. Kami sampai Kompleks Teruntum hampir pukul 1. Cari parking, Cari panggung last-last saya kami pilih la nak tengok Nur Kasih Izzati. Masa kami masuk panggung movie dah start dalam 5 minit. Hu3...Movie tu ok la. Tapi kecewa sikit sebab saya ni kan tamak. Ha3. Saya harapkan lebih lagi dari filem tu. Ada macam sesuatu yang kurang....

          Habis tengok movie, kami kuar cari tempat solat, jalan-jalan sekitar bandar Kuantan, singgah makan kedai mamak Encik M suke sangat. Memang tak faham la..., cari barang-barang kenduri kat Mydin dan Cowboy lepas tu kami lepak-lepak kat Pantai teluk Chempedak sementara nak tunggu petang sikit. Kedai-kedai makan kat Tanjung Lumpur tu buka waktu petang. Jadinya, kami pun jalan-jalan la dulu...

Yang ni Encik M yang buat... Kenangan walaupun tak jelas..=p

Saya pulak syok sendiri time ni. ha3
Saya banyak duduk je. Tak kuasa nak jalan-jalan dah...
Tiba-tiba Encik M join. Kami duduk jauh-jauh ok!!! teknik ambik gambar ni yang nampak macam dekat. Cube ko tengok kat tengah-tengah tu ada beg...=p
Meh la saya ambikkan gambar awak...
Macam biasa, selalu dipaksa jadi model tak rasmi.
adoi muke.. penuh setalam...
Gambar talam ko lagi.!!!
ok. gambar tong pulak. kah3

         Dah!!!!. Lepas tu gambar dah tak ambik. Kami terus ke Tanjung Lumpur. Pilih kedai nak makan. Paling gerun sebab orang-orang kedai semue dah tunggu ajak kami masuk kedai. Saya suruh Encik M pilih tapi ayat dia yang biasa."abang ikut sayang je'.. Kalau la dia tau bila dia ckp macam tu saya selalu  jadi stress tiba-tiba... Saya ambik keputusan pergi kat kedai yang nampak ramai orang. Pilih ikan, pilih sotong, timbang pastu cakap nak masak macam mana. Saya lagi sekali kena buat keputusan sebabnya Encik M mesti akan guna ayat dia "abang ikut sayang je...". Petang tu kami makan siakap tiga rasa, sotong goreng tepung, kailan ikan masin, sambal belacan, ulam, nasi putih. Air limau ais dengan sirap laici... Makanan ok tapi air dia memang ke laut. Macam laut kat depan kedai tu... Saya sampai mintak En.M tolong suruh adik yang buat air tu tambah air gula kat minuman saya. Dah tambah air gula pun air saya tu tak naik-naik darat lagi..=p. Kos semua perbelanjaan kali ni macam biasa saya En.M yang tanggung. Hhhooooaaaaayyyyyyyyeeeeeaaaaayyyyyy lagi sekali.. Yang pasal kedai nampak ramai tu sebenarnya kami tertipu. Yang meramaikan orang kat kedai tu bukan pelanggan kedai, tapi keluarga tuan kedai tu. Hu3. Kesian kedai kiri kanan kedai yang kami singgah makan tu, dari kami sampai sampai balik tak de satu orang pun singgah kat kedai diorang...

          Ada cerita kelakar masa balik tu. Kami sampai rumah lewat jugak hari tu. Sebabnya servis kt kedai makan tu lambat. Masa o.t.w balik saya banyak kali tanya En.M, "Minyak ada lagi tak?". Dia dengan yakin bagi tahu ada. Tiba-tiba kakak saya call En.M tanya kami ada kat mana. Dia cakap ayah saya dah start marah sebab dah malam tak sampai rumah lagi. =p. Lagi risau sebab henset saya habis bateri. Bila dengar ayah saya marah, Encik M dah cuak. Tiba-tiba dia boleh pulak bagi tahu minyak kereta dia dah nak habis. Stesyen minyak yang terdekat semua dah tutup sebab dah hampir pukul 10 masa tu. Encik M yang memang gelabah tu makin gelabah la. Start merapu-rapu. Dia siap call adik dia suruh beli minyak dan hantar kat kami kalau tiba-tiba minyak habis kat tengah jalan. Kami memang kena lalu satu tempat yang namanya Bukit Gajah untuk sampai kat rumah. Dah la kiri kanan hutan dan jalan tu pulak sunyi sebelum sampai Kolej Matrikulasi Jengka. Tiba-tiba dia boleh cakap kat saya, "sayang, abang yakin minyak mesti habis masa naik bukit nanti!!!" Saya memang geram sangat tengok dia kelam kabut macam tu. Dalam hati cakap dia ni nak cakap benda mengarut tak tengok kawasan ke??? Hu3. Kawasan tu dah la selalu jadi kawasan kemalangan ngeri. Pastu makhluk yang kita tak nampak tu banyak. Memang seram la. Mulut cakap pulak macam tu. Saya pun marah dia suruh diam. Ha3. Ambik... Saya cuma terfikir kalau-kalau kereta tu berhenti bukan sebab minyak kereta dah habis, tapi sebab 'benda' lain yang hentikan. Ye la dah mulut dia yakin sangat... =p.. Alhamdulillah kami sampai dengan selamat. Sempat je sampai kat stesyen minyak kat Bandar Jengka. En.M call semula adik dia suruh balik rumah semula. Mak En.M pun dah start call marah-marah sebab hantar saya balik lambat..=p... Encik M tanya kenapa saya selalu rileks je kalau ada apa-apa hal terjadi. Saya bagi tau dia, kalau saya gelabah macam dia pun bukan masalah boleh selesai... baik saya fikir macam mana nak selesaikan masalah tu...=)

Hai kenangan.... Bila ingat semula lucu sebab tengok En. Gelabah tu.. hik3

Jom Jalan-Jalan

Assalamualaikum w.b.t..

          Dah lamakan saya tak update blog ni? Mood memang ke laut. Idea banyak tapi malas nak menaip. Boleh??? Ha3. Sekarang ni tengah cuti semester. Lama cuti kali ni. Sampai bulan September, lepas raya baru masuk semester baru. Ape yang saya buat sekarang??? Macam biasa la membesarkan badan yang sedia ada besar ni. Tadi belek-belek album lama. Makan hati!!! Pernah juga kurus zaman dulu. kah3..

          Sebelum cuti semester ni, Encik M sempat melawat saya kt 'ladang'. Tapi En.M datang pun kebetulan dia ada keje kat area KL. Kalau tak memamg mimpi la dia tiba-tiba nak datang. =p... Jadi, bila dia datang saya pun suka la menghabiskan duit dia. kah3... Sebenarnya dalam masa yang terhad tu kami tak tau nak ke mana. Tempat yang sama je la kami tuju. Putrajaya. He3. Tapi asalnya memang nak cari buku koleksi soalan SPM Kesusasteraan Melayu dan Bahasa Melayu kat Alamanda tapi bila sampai sana, puas berlegar-legar. Sebabnya tiba-tiba MPH kat Alamanda tu ghaib. ha3. Sebenarnya masa tu MPH tengah diubahsuai sebab tu ghaib.=p... 

          Sebelum kuar En.M belanja makan-makan. He3. Pastu singgah kedai favourite beli biskut n roti utk cik roomate n jiran depan bilik... =)

Makan Besar!!!! Gelas paling besar tu cik blog yang punya. Hik3


Dah maghrib, ko tak reti2???

Dah siap!!!. Ready untuk balik ke ladang.. =)
Encik ni la yang baik hati selalu bagi saya gemuk makan free. Sayang encik banyak-banyak. he3
Terima kasih Encik M. Lain kali banyakkan la keje kat kawasan dekat-dekat dengan 'ladang' ni. Tak tahan jugak Cik I asyik memerap dalam bilik. Nak kuar, duit tak de. kena berjimat pulak..=p

Friday, January 7, 2011

Kembali berada di ladang!!!!

Assalamualaikum w.b.t

          Selamat tahun baru 2011 untuk semua. Macam mana dengan permulaan tahun baru anda semua? Apa pula azam baru yang dah ada dalam fikiran anda?. Tahun baru saya kali ini dimulakan dengan menyambut ahli baru dalam keluarga besar kami. Tanggal 1 Januari 2010 anak saudara saya telah melangsungkan perkahwinan dengan jejaka pilihannya. Berkahwin dalam usia yang agak muda pada perkiraan saya, namun saya tetap mendoakan agar mereka kekal bahagia hingga ke akhir hayat.. =)

          2 Januari 2011 saya kembali pulang ke ladang. Pulang di hantar oleh Encik M. Terima kasih sangat-sangat!.. Mengikut perancangan awal kami akan makan malam bersama teman baik tapi mesra Encik M semasa belajar dulu. Namun, disebabkan ada masalah yang tidak dapat dielakkan plan untuk makan steamboat di Restoran MAEPS terpaksa dilupakan. Minta maaf, Pa. Tapi saya janji akan selalu ingatkan Encik M untuk tebus balik janji beliau tu pada kita.. wink-wink. =p. Pulang ke kampus kali kedua yang dihantar oleh Encik M amat menyeronokkan. Makan tengahari di R&R Genting Sempah telah menyedarkan kami tentang suatu perkara. Setelah selesai makan baru kami perasaan bahawa gerai-gerai yang telah mendapat penilaian B lebih mendapat sambutan berbanding gerai yang mendapat penilaian kebersihan A.

Dialog gurauan orang yang kurang kesedaran ada kat bawah ni:

Encik M : Abang perasan something la....

Cik I    : ?????? (Sambil makan ikan pari masak asam pedas tak tengok kiri kanan kalau mak mentua lalu komfem tak perasan)

Encik M : Cuba tengok kat kedai-kedai yang orang ramai tumpu tu. Semua yang dia tampal B. Kedai yang tampal A kosong je. Kedai yang kita ambik makanan tadi tu pun B la, sayang.

Cik I     : Eh ye ke? Kat mana ada dia tampal-tampal A B 2.. (sambil kepala toleh belakang cari-cari) Owh kite dah nampak. he3. Apesal abang tak tengok awal-awl tadi? (Ko dah mula cari salah orang padahal diri sendiri gelojoh gi serang kedai tu sebab tak tahan lapar)

Encik M : Habis tu sayang yang dah berenti kat kedai tu. Abang pun tak perasan tadi.

Cik I     :  Kite rasa kedai-kedai yang dapat B tu sebab ramai sangat orang datang kedai diorang. Tak sempat nak bersihkan sangat. Kedai A tu memang la bersih sebab tak de orang sangat. Dari tuan dia termenung baik dia mop lantai dan lap apa-apa yang patut. Sebab tu berkilat je...

Encik M : (Mata dah jeling-jeling...)

Cik I      : (Gelak-gelak kenyit mata)

Encik M : (Komfem tak jadi nak marah. kah3)



Agak-agak kat sini penilaian dia A ke B?????

          



Thursday, December 30, 2010

Misi yang belum tercapai

Assalamualaikum... =)

          Lama x update blog. He3. Sekarang buka sahaja mana-mana blog mesti cerita pasal bola. Piala  Suzuki AFF yang dah selamat sampai kat Malaysia. Bangga jadi warganegara Malaysia. Semua orang cerita pasal Khairul Fahmi yang hensem tu termasuk saya. Tahniah untuk team Malaysia yang punyai semangat juang yang kental tu. Banyak isu sensitif yang timbul membabitkan perlawanan antara Malaysia dan Indonesia ni. Isu laser yang pastinya menjadi salah satu topik hangat. Harapnya selepas ni penonton-penonton yang secara tak sengaja ke? yang dah tersuluh kat pemain-pemain mana-mana negara tu rasa menyesal dan insaflah. Tak kira lah penonton Malaysia atau penonton dan peminat bola yang lain kita sama-samalah pupuk semangat kesukanan yang baik-baik je dalam diri kita ni.

          Sebenarnya nak sampaikan cerita sedih ni. Misi saya yang dibantu Encik M yang pernah saya ceritakan pada entri sebelum ni gagal diselesaikan sebelum cuti semester saya berakhir. =( Sedih sangat. Banyak-banyak test yang pernah saya ambil, test ni la yang paling buat jiwa saya sangat tertekan. Dah cuba sehabis baik tapi masih tak ada rezeki lagi. Insyaallah sambung misi ni masa cuti pertengahan sem akan datang. Harap-harap rezeki akan berpihak pada saya kali ini. Saya bab-bab teori insyaallah boleh terjemahkan semula tapi bila sampai bab praktikal alahai saya la orang yang paling ###### nak dapat. Dush3 untuk diri sendiri.. =p Nasib baik Encik M yang setia meneman ni tak tension dengan saya. Kalau saya kat tempat Encik M mestilah dah gelak guling-guling. Jadi Cik Izzati bawa-bawalah insafkan diri anda sendiri ni ye...

          Oh ya, Encik M belikan novel lagi untuk saya. Hiphiphooooooooooorrrrrrrrraaaaaaaayyyyyyyyyy!!!!!!
Tajuknya Masih Setia oleh Aisya Sofea. Saya yang pilih novel ni sebab saya peminat kipassusahmati Aisya Sofea. He3. Encik M nak belikan lebih dari satu tapi saya tak nak sebab cuti semester dah nak habis. Saya malas nak bawa novel-novel ni ke kolej sebab masalah akan timbul bila tiba hujung semester. Kotak untuk simpan barang mesti akan bertambah dan nak mengangkatnya lagi satu hal. Kalau duduk ground floor ,bawa semua novel kat rumah ni pun tak apa. Tapi saya sentiasa duduk di aras yang tinggi-tinggi sampai fobia saya pada ketianggian pun dah hilang.. =p

          Akhir sekali nak kongsi sikit berita gembira ni. Eeerrr keputusan peperiksaan semester 5 dah keluar. Alhamdulillah pertama kali saya dapat jugaklah keputusan yang buatkan saya dapat DL. Kalau di UPM nak dapat Dekan, pointer kena 3.75 ke atas. Di universiti  lain saya tak pasti. Apa-apa pun saya sangat bersyukur dengan apa yang saya perolehi sama ada sekarang ataupun masa lalu. Terima kasih tak terhingga kepada Allah, ibu bapa, pensyarah, sahabat-sahabat keluarga dan semua yang terlibat dalam membantu mewarnai kehidupan saya.. Sayang kamu banyak-banyak... =)

         

   

Tuesday, November 23, 2010

Harapan menjadi doa

Assalamualaikum...
         

          Hari itu kami membina satu lagi harapan. Oh, juga memohon doa. Semoga semuanya menjadi sebuah doa/harapan yang pasti untuk kami pastinya. =)