Nadiku...
Kalaulah kau tahu apa yang tersirat dihatiku kini,
Pasti situasi kita tidak sebegini,
Diamku bukanlah bererti membenci,
Tapi terlalu ingin kau mencari...
Nadiku...
Jika hatimu mahu aku fahami,
Janganlah dirimu lupa hatiku yang juga ingin diselami,
Jika dirimu mahu situasimu dimengerti,
Aku juga ingin mengalami...
Nadiku...
Aku bukanlah insan yang mengarapkan manisnya janji,
Kerna aku tidak kuat berdiri kiranya kau mungkiri,
Kerna aku tidak kuat berdiri kiranya kau mungkiri,
Mahuku kita sentiasa berada di alam realiti,
Kerna ku yakin itu lebih pasti...
Nadiku...
No comments:
Post a Comment
teguran anda menjadi panduan untuk saya. terima kasih...