Kerana aku tahu aku sebahagian daripada tulang rusuk kirinya, maka sudah pasti aku mahu sentiasa dekat dengannya untuk selalu dilindungi dan juga selalu dikasihi. Semoga Allah mendengar rintihan hambanya ini. Permudahkan langkah-langkah isteri-isteri yang berjauhan dengan suaminya. Supaya segala dugaan dan cabaran yang dilalui ini semakin menguatkan hati-hati kami antara satu sama lain..
SAYA MENULIS DAN MENCATAT
APA YANG TERLINTAS
DAN TERBUKU DI HATI DAN FIKIRAN...
KERANA PERKARA SEPERTI INI
MAMPU MENENANGKAN HATI SAYA...
SESUNGGUHNYA KETENANGAN ITULAH
YANG MENGUATKAN SAYA UNTUK MENERUSKAN KEHIDUPAN...
APA YANG TERLINTAS
DAN TERBUKU DI HATI DAN FIKIRAN...
KERANA PERKARA SEPERTI INI
MAMPU MENENANGKAN HATI SAYA...
SESUNGGUHNYA KETENANGAN ITULAH
YANG MENGUATKAN SAYA UNTUK MENERUSKAN KEHIDUPAN...
Showing posts with label SejARah HiDUpkU. Show all posts
Showing posts with label SejARah HiDUpkU. Show all posts
Saturday, August 3, 2013
Tuesday, August 21, 2012
Sunday, June 24, 2012
Saturday, June 23, 2012
Masih tersenyum
Assalamualaikum w.b.t
Macam tajuk enri saya ini, saya masih lagi mampu tersenyum ketika ini. Saya seorang yang suka bercakap dan juga berbual-bual. Tapi bergantung juga dengan siapa orang yang diajak bercakap. Selalunya saya gemar berbual dengan teman-teman di fb. Teman sewaktu zaman persekolahan sering menjadi pilihan. Baru-baru ini, saya dan seorang teman berkongsi cerita dan pengalaman masing-masing. Saya dengan kisah praktikal dan si B pula kisahnya sebagai seorang jurutera di Shah Alam dan bila hujung minggu menjadi guru tuisyen mata pelajaran Fizik. B merupakan teman sekampung dan sekelas saya sewaktu sekolah rendah. Untungnya apabila saya meluahkan sesuatu pada si B, dia tidak akan menyokong saya sepenuhnya sebaliknya dia akan cuba untuk menyedarkan saya tentang sesuatu perkara.
Selalunya B akan kata pada saya,
"ko jangan salah faham. Nampak macam aku tak sokong ko. Bukan apa, aku tak nak nampak diri ko tu betul. Itu gunanya kawan. Bukan maknanya aku tak setuju. Tapi kalau 100% setuju tak guna ko luah kat aku. Tak dapat benefit apa-apa."
Alhamdulillah itulah teman yang saya inginkan dalam hidup ini. Sentiasa membetulkan kesilapan saya. Saya memang tak mahu dia 100% bersetuju dengan apa yang saya luahkan. Kerana saya pasti kadang-kadang luahan saya dipengaruhi emosi dan bukanlah dari hati sendiri. Kata B lagi,
"Habuk dalam mata sendiri kena minta tolong orang keluarkan. Nak kawan dunia sampai syurga, tampung mana yang koyak.. =)"
Kalah cikgu BM kalau B yang bercakap. Selalunya kalau perkara yang berkaitan dengan kita ditegur kita akan terpukul atau bak kata anak muda sekarang sentap. He3. Tapi kalau teguran itu untuk kebaikan kita, rugilah kalau kita nak sentap tak habis-habis. =p. Terima kasih B.. =)
![]() |
| Comel kartun sahabat muslimah ni. Semoga saya dan teman-teman ini mampu menjaga ukhuwah kami sebaik mungkin. Insyaallah. Sumber pak cik google.. =) |
Wednesday, April 25, 2012
Hikmah
Assalamualaikum w.b.t
Berbagai perasaan ada dalam diri saya ketika ini. Gembira, sedih, tertekan, keliru, terkilan, menyesal semuanya bercampur- baur. Ya Allah hanya padaMu aku memohon segala kekuatan. Kau teguhkan keimananku, tinggikan kesabaranku dan tambahkanlah keyakinan diriku. Aku terima segala takdir yang telah Kau tetapkan untukku.
Saat ini saya menyedari satu perkara yang berkaitan dengan diri saya sendiri. Jika hanya inilah caranya mungkin saya akan lebih banyak menulis. Sukarnya untuk saya berkongsi rasa dengan orang lain. Tapi dengan menulis seperti ini perasaan saya menjadi tenang. Air mata saya lebih mudah untuk mengalir dalam situasi seperti ini daripada saya meluahkan perasaan saya pada insan yang bergelar manusia. Mungkin ada sesetengah orang melihat saya seorang yang kuat, tidak mudah goyah dan sukar untuk menangis. Hakikatnya saya terlalu ingin menangis dengan harapan segala keperitan dan kepedihan yang bersarang di dalam hati ini sama berlalu pergi seperti air mata yang mengalir menuruni pipi. Sangat- sangat berharap masalah itu akan hilang dengan mudah seperti mudahnya saya menghilangkan air mata dengan hanya menyapunya dengan telapak tangan. Tapi hakikatnya semua perkara dan masalah itu takkan gugur semudah yang kita harapkan.
Saya tidak mahu untuk menjadi seorang insan yang terlalu kuat sehinggakan ada ketikanya saya seolah- olah lupa kepada insan yang lemah. Saya juga tidak mampu untuk menjadi seorang manusia yang sempurna sehinggakan saya tidak boleh melihat kepada kekurangan yang orang lain ada. Saya hanya mahu menjadi seseorang yang sederhana dalam semua perkara, tidak perlu disanjung tetapi cukuplah jika saya dihormati sebagai salah seorang khalifah Allah di muka bumi ini.
Monday, April 16, 2012
Tertanya- tanya...
Assalamualaikum w.b.t.
Sumpah memang sekarang ni saya rasa keliru. Tertanya- tanya. Tapi tak apelah. Jangan terlalu memikirkan masalah tu sebab Allah akan sentiasa bersama dengan hambanya yang bersabar. Pokoknya sentiasa kena BERSABAR. he3. Baru- baru ni ada satu peristiwa yang agak memberi kesan kepada saya. Rasa bersalah pada seorang teman. Kesalahan saya kerana terlalu mengikut emosi dan persekitaran. Semoga dia baik- baik sahaja. Andai masa dapat diulang, saya terlalu ingin membetulkan keadaan. Bertenang dalam berhadapan sesuatu tindakan. Semoga ada yang sudi membetulkan kesilapan saya.. =)
Friday, January 20, 2012
Hampir ke situ
Assalamualaikum w.b.t
JANGAN TERLALU MENCINTAI SESUATU MELEBIHI CINTAMU KEPADA ALLAH
Insyaallah...
Thursday, August 11, 2011
Si Comel.. =)
Assalamualaikum w.b.t
Hari ni si comel bertambah lagi.. =).. Semuanya sudah berjumlah 21 ekor. Seronok lattewww kakak-kakak dan abang-abang dapat adik-adik baru.. =p
![]() |
| ihsan pak cik google.. memori kad kamera buat hal pulak.. bikin panas jeee... tak boleh marah2, malu dengan si comel-comel iteww |
Ini Kisahku
Assalamualaikum w.b.t
Kisah yang boleh dijadikan tauladan. Bisa dijadikan iktibar apatah lagi pedoman. Berapa beruntung insan-insan yang terpilih ini. Semoga terus istiqamah dalam meneruskan kehidupan yang penuh pancaroba. Rancangan televisyen yang cukup memberi kesan dihati. Ini Kisahku setiap rabu dan khamis jam 6.30 petang di tv9 yang sentiasa dekat dihati...
| Ihsan dari pak cik google.. =) Ya Allah, kau tetapkan hati hambaMu ini Semoga aku sentiasa di beri naungan hidayah oleh Mu Amin... |
Saturday, July 30, 2011
Ehem...
Assalamualaikum w.b.t
Rasanya sudah lama saya tidak bersiaran. Jadual harian tidaklah sesibuk mana. Macam biasa penyakit malas yang susah dihakis.. =).. Banyak cerita yang hendak dikongsi. Edisi pulang ke kampung di Kuala Selangor. Melawat Bukit Melawati yang penuh sejarahnya tersendiri. Kisah ke Kuantan bersama En. M menonton Transformer, filem yang mampu membuatkan saya terpaku. Lawatan ke pulau kelahiran Mahsuri, Pulau Langkawi. Belum lagi kisah menghabiskan duit di Padang Besar Perlis.. Cerita tentang durian yang tak berkesudahan begitu juga si comel anak-anak ayam kampung pemberian En. M. Sudut penjuru laman yang sedang dihias dengan taman mini bersama kolam kecil.. Ah, rindunya untuk berceloteh panjang. Semoga masa yang lapang akan datang tidak akan disia-siakan.. =)
Saturday, April 30, 2011
Kuatlah hati... Kuatlah semuanya...
Assalamualaikum w.b.t
Penyakit itu ujian daripada Allah
Semoga apa yang berlaku ini membuatkan diri ini lebih redha dengan segala ketentuannya
Terima kasih tuhan atas semua kurniaan yang telah diberikan
Kerana dengan dugaan dan rezeki yang telah KAU limpahkan ini membuatkan diri ini semakin terasa dekat denganMU
Semoga diri ini kuat
Kuatlah hati... Kuatlah segalanya
Semoga diri ini mampu berjuang
Usaha sudah dilakukan
Hanya tawakal dan doa menjadi iringan
Hampir segalanya sedang dicuba
Semoga 'pertemuan' dengan adik pendakwah terkemuka ini dapat merungkainya
Yang pasti untuk diri sendiri
Jangan mudah terleka
......................
Monday, April 25, 2011
Imbas kembali
Assalamualaikum w.b.t
Suatu ketika dulu saya pernah berhadapan dengan situasi yang hampir serupa dengan apa yang cuba disampaikan dalam lagu kat bawah ni...
Suatu ketika dulu saya pernah berhadapan dengan situasi yang hampir serupa dengan apa yang cuba disampaikan dalam lagu kat bawah ni...
Namun saya sedar apa yang berlaku tu mungkin sebahagiannya berpunca daripada kesilapan diri sendiri. Semoga apa yang berlaku dapat dijadikan pengajaran seperti lagu kat bawah ni.. =)
Sekian...
=p
Sunday, February 20, 2011
Assalamualaikum w.b.t.. =)
Jam sudah melewati dua pagi. Tapi mata saya masih segar-bugar. Adakah angkara extreme milo sebentar tadi? Macam tak logik. Semalam mungkin ya kalau mata masih terbuntang tatkala jam sudah menunjukkan angka tiga pagi angkara extreme mocha. Maklumlah orang kampung.. =p. Minum iced blended jika teringin saja. Bukan minuman harian seperti air masak. he3
Tajuk entri ini FACEBOOK atau orang kita panggil mukabuku. Sebut saja facebook rasanya semua orang tahu kecuali mak dan bapak kat kampung. Dari yang kecil sampailah yang berusia macam ada satu kemestian untuk memilili akaun facebook ni. Facebook ini pada pendapat saya, ada kelebihan dan kekurangannya. Kadang-kadang disebabkan facebooklah hubungan antara manusia dengan manusia boleh terputus. Saya akui, kadang-kadang saya tidak gemar membaca status segelintir pengguna facebook yang saya anggap melampau, sinis, dan sewaktu dengannnya. Namun, facebook juga dapat menemukan kita dengan sahabat-sahabat yang sudah lama terpisah, menyebarkan maklumat dan sebagainya.
Saya pernah terbaca di dalam satu blog junior kolej saya yang bercerita tentang facebook ini. Dia mungkin orang yang boleh dilabel bermulut lepas dan lantang menyuarakan pendapatnya. Dia ada menyentuh isu segelintir pemilik akaun facebook yang gemar me'like' status sendiri yang pada pendapatnya seperti syok sendiri. Ada juga teguran untuk orang yang sedang bercinta yang terlalu menunjukkan perasaan cinta dan sayangnya kepada sang kekasih hati. Tidak kurang juga gambaran tentang orang yang suka melampiaskan kemarahan, kesinisan dan lain-lain lagi di dalam facebook dan akhirnya menunjukkan kedangkalan atau kebodohan orang yang menaip status tersebut. Isu facebook ini juga pernah saya terbaca dalam sebuag blog senior saya. Ada pendapat yang disuarakannya sama dengan junior saya tadi. =)
Melalui pengalaman saya selama mempunyai akaun facebook ini, banyak juga suka duka yang telah saya lalui. Kisah duka mungkin berkaitan dengan entri yang pernah saya tulis sebelum ini. Disebabkan hal itu juga, En. M dan orang itu seperti ada jurang yang besar dan banyak kali ada adegan sindir-menyindir di facebook. Selain itu kisah saya dengan 'sahabat' lama yang seperti tiada kesudahan. Mungkin ianya berpunca daripada saya. Tapi sebagai manusia, saya cuba untuk tidak mencipta status di facebook untuk menyindir seseorang yang tidak 'sehati' dengan saya. Panjang ceritanya. Tapi entahlah. Bagaimana perasaannya ya, jika kita kononnya seperti ingin berbaik-baik dengan kawan yang pernah kita anggap 'kawan rapat' tapi dalam masa yang sama kita mengeluarkan status di facebook menceritakan kelemahan kawan kita itu. Dalam masa yang sama menjaja cerita seperti kita yang telah dianiaya. Nampak macam berhati plastik tak kita ni? Sabar je lah. he3. Untuk menghangatkan lagi, kita mengadu pada beberapa orang kawan yang lain untuk meraih simpati.=p
Kalau nak cerita tentang facebook ni, rasanya sampai bila-bila pun tak akan habis. Setiap hari pasti ada cerita baru yang tercipta daripada facebook. Terpulanglah kepada kita bagaimana untuk menhadapinya. Mungkin cara yang terbaik, kita jagalah adab kita dengan sahabat-sahabat facebook kita sebaik mungkin. Jika ada perkara yang kita rasa perlu dan mesti dikongsi, tidak salah untuk mewar-warkannya tetapi jika sesuatu perkara itu mampu membuka atau mencipta aib kepada diri sendiri atau orang lain rasanya lebih baik kita simpan sahaja. Yang penting kita sama-samalah belajar untuk mengawal emosi. Jika kita tidak suka dikritik secara melulu, maka kita sendiri janganlah membuat perkara yang sama kepada orang lain. =)
Wednesday, February 9, 2011
Semangat Yang Hilang
Assalamualaikum w.b.t
Tajuk entri ni macam lagu XPDC kan?. Tapi yang sejujurnya itulah yang sedang berlaku kepada saya sekarang ini. Semangat saya untuk melakukan sesuatu perkara seperti dibawa lari jauh dari saya.. T''''T Sedih sangat. Apa yang penting perasaan bersalah kerana tidak mampu untuk menyelesaikan amanah yang diberi semakin membuak-buak. Saya semakin hilang daya kreativiti dan daya berfikir. Sekarang untuk memikirkan sesuatu yang kreatif pun mengambil masa yang lama, kadangkala langsung tidak mendapat gambarannya.
Rindunya pada diri saya yang dulu. Zaman persekolahan yang banyak mengimbau kenangan manis dan berjaya mencungkil bakat saya tidak kira dalam bidang kepimpinan, penulisan dan sebagainya. Indahnya bila idea sentiasa mencurah-curah untuk menghasilkan nukilan-nukilan cerpen, sajak dan pantun. Seingat saya ketika itu, saya sampai tidak tahu untuk meluahkan ke dalam bentuk karya yang mana satukah idea yang mahu ditulis dahulu. Buku dan diari sentiasa bertambah dan bertukar sepanjang tahun seiring dengan perubahan masa dan ada sebahagian daripada karya saya diterbitkan dalam majalah HAYAT sekolah. Malah ada yang diulang cetak untuk tahun berikutnya. Ah, rindunya untuk menghasilkan karya lagi!!!. Melibatkan diri dengan pertandingan bercerita, berpuisi dalam bahasa Inggeris, melakonkan watak utama sebagai seorang ibu dalam pentomen yang bertajuk ANAK, melafazkan pantun, mencipta pantun, mewakili sekolah dalam pertandingan yang berbentuk kuiz dan sebagainya.
Sekarang situasi itu tidak lagi berlaku kepada saya. Mungkin kerana saya sendiri kurang usaha untuk menambahkan ilmu serta meningkatkan daya kreativiti saya. Kurang setahun lagi saya akan memulakan latihan mengajar. Hati semakin berkecamuk malah fikiran mula bingung. Niat di hati memang mahukan yang terbaik dalam kehidupan lebih-lebih lagi saya mahu melakukan sesuatu yang mampu memberikan manfaat kepada orang lain juga. Mampukah saya untuk mengembalikan semangat saya yang semakin menghilang ini. Langkah pertama yang perlu dilakukan mungkin lebih fokus dalam melakukan sesuatu perkara. Tingkatkan keyakinan diri yang semakin goyah juga sangat-sangat perlu ketika ini. Yang penting jangan malu bertanya...
T______T Nangis lagi. Sob3
Thursday, December 30, 2010
Misi yang belum tercapai
Assalamualaikum... =)
Lama x update blog. He3. Sekarang buka sahaja mana-mana blog mesti cerita pasal bola. Piala Suzuki AFF yang dah selamat sampai kat Malaysia. Bangga jadi warganegara Malaysia. Semua orang cerita pasal Khairul Fahmi yang hensem tu termasuk saya. Tahniah untuk team Malaysia yang punyai semangat juang yang kental tu. Banyak isu sensitif yang timbul membabitkan perlawanan antara Malaysia dan Indonesia ni. Isu laser yang pastinya menjadi salah satu topik hangat. Harapnya selepas ni penonton-penonton yang secara tak sengaja ke? yang dah tersuluh kat pemain-pemain mana-mana negara tu rasa menyesal dan insaflah. Tak kira lah penonton Malaysia atau penonton dan peminat bola yang lain kita sama-samalah pupuk semangat kesukanan yang baik-baik je dalam diri kita ni.
Sebenarnya nak sampaikan cerita sedih ni. Misi saya yang dibantu Encik M yang pernah saya ceritakan pada entri sebelum ni gagal diselesaikan sebelum cuti semester saya berakhir. =( Sedih sangat. Banyak-banyak test yang pernah saya ambil, test ni la yang paling buat jiwa saya sangat tertekan. Dah cuba sehabis baik tapi masih tak ada rezeki lagi. Insyaallah sambung misi ni masa cuti pertengahan sem akan datang. Harap-harap rezeki akan berpihak pada saya kali ini. Saya bab-bab teori insyaallah boleh terjemahkan semula tapi bila sampai bab praktikal alahai saya la orang yang paling ###### nak dapat. Dush3 untuk diri sendiri.. =p Nasib baik Encik M yang setia meneman ni tak tension dengan saya. Kalau saya kat tempat Encik M mestilah dah gelak guling-guling. Jadi Cik Izzati bawa-bawalah insafkan diri anda sendiri ni ye...
Oh ya, Encik M belikan novel lagi untuk saya. Hiphiphooooooooooorrrrrrrrraaaaaaaayyyyyyyyyy!!!!!!
Tajuknya Masih Setia oleh Aisya Sofea. Saya yang pilih novel ni sebab saya peminat kipassusahmati Aisya Sofea. He3. Encik M nak belikan lebih dari satu tapi saya tak nak sebab cuti semester dah nak habis. Saya malas nak bawa novel-novel ni ke kolej sebab masalah akan timbul bila tiba hujung semester. Kotak untuk simpan barang mesti akan bertambah dan nak mengangkatnya lagi satu hal. Kalau duduk ground floor ,bawa semua novel kat rumah ni pun tak apa. Tapi saya sentiasa duduk di aras yang tinggi-tinggi sampai fobia saya pada ketianggian pun dah hilang.. =p
Akhir sekali nak kongsi sikit berita gembira ni. Eeerrr keputusan peperiksaan semester 5 dah keluar. Alhamdulillah pertama kali saya dapat jugaklah keputusan yang buatkan saya dapat DL. Kalau di UPM nak dapat Dekan, pointer kena 3.75 ke atas. Di universiti lain saya tak pasti. Apa-apa pun saya sangat bersyukur dengan apa yang saya perolehi sama ada sekarang ataupun masa lalu. Terima kasih tak terhingga kepada Allah, ibu bapa, pensyarah, sahabat-sahabat keluarga dan semua yang terlibat dalam membantu mewarnai kehidupan saya.. Sayang kamu banyak-banyak... =)
Thursday, November 25, 2010
Saya???
Assalamualaikum...
- Setelah entri ke 30 baru saya tergerak hati untuk memperkenalkan diri sendiri pada diari hati ini. =) Ehem3.. Nama diberi Nur Izzati Binti Tumingan. Errr nak kena ulang lagi sekali ke???
ayat-ayat budak senior kalau nak kenalkan diri pada junior..=p Eleh tektik nak popularkan diri sendiri. lalala...
- Anak bongsu kepada pasangan Tumingan Kaswan dan Sumijah Dorman.. Sob3. Rindu...
- Anak kelapan daripada lapan orang adik beradik.. =p. Lima lelaki dan tiga orang perempuan.
- Dilahirkan pada 10 NOVEMBER 1988, 10 NOVEMBER 1988 dan 10 November 1988. hua3.
Saje tulis banyak kali sebab tahu Encik M baca. Kalau lupa siap!!!!
- Baru je sambut ulang tahun kelahiran. Terima kasih untuk Abang belly dan sekeluarga yang belikan kek yang sangat2 sedap
sampai nak suruh belikan lagi sekali boleh?
- Sedang menuntut di ladang yang sangat fofuler... I pun tak bergambar lagi kat pokok sebatang atas bukit tu tau..
kau ni selalu tersasar tajuk ah!!!Sebenarnya budak sekolah lagi. Lagi setahun setengah baru boleh nak tamatkan pengajianperingkat ijazah dulu la.di Universiti Putra Malaysia dalam Bacelor Pendidikan (Pengajaran Bahasa Melayu sebagai Bahasa Pertama). Insyaallah bakal guru.. =)
- Macam biasa seorang yang sangat garang, tegas dan tak suka tengok orang buang sampah merata-rata
diri sendiri buat tak pe.Cerewet. =p
- Suka bercakap
ke membebel?bila perluke?,susah nak percaya dengan orang, suka makanmelantak. Sangat susah untuk difahamitapi Encik M tak cakap macam tu pun..
- Sangat sayang keluarga,
Encik Mkawan-kawan dan makhluk tuhan atas muka bumi ni.. Eh tu jelah..
Tuesday, November 23, 2010
Dia datang lagi
Dia datang lagi
Semakin lama semakin dekat menghampiri
Aku sendiri terkadang tak pasti
Apa kini ku berpijak di bumi realiti
Atau sekadar di alam fantasi
Kini dia datang lagi
Aku berharap bukan berbentuk mimpi ngeri
Kerana aku semakin kuat membina keyakinan diri
Yang kian lama dipandang sepi
Datanglah lagi
Biarlah aku berimaginasi
Supaya masaku selalu terisi
Janganlah kau pergi
Tatkala aku masih lagi berhalusinasi..
Tuesday, January 19, 2010
Kerana Saya Insan Yang Lemah....
Salam...
Peluang untuk pulang ke kampung halaman pada hujung minggu lepas membuatkan semangat saya mula meningkat pada minggu ini. Masih rindu untuk mengucup pipi mak dan bapak (oh, saat saya menaip ini air mata mula mengalir deras di pipi). Masih rindu untuk makan, mengemas rumah, masak, berbual dan melakukan segala-galanya dengan mak...
Mengikuti kelas Sejarah Rumpun Bahasa Melayu pada semester ini, memberikan saya peluang untuk menyelusuri salah silah keturunan saya iaitu keturunan Jawa. Kesempatan berhujung minggu bersama emak membuatkan saya tidak melepaskan peluang untuk terus menyingkap asal keturunan kami. Kata emak, kami berketurunan Jawa Pagelen. Apabila saya menanyakan tentang perbezaan antara Jawa Pagelen dengan keturunan Jawa Ponorogo, mak menjawab bahawa orang Jawa Pagelen ini selalunya mudah lupa. Kata mak lagi, orang yang berketurunan Jawa Pagelen ini tidak mudah berdendam dan cepat melupakan tentang kesalahan yang telah dilakukan oleh orang lain kepada dirinya. Berbeza dengan keturunan Jawa Ponorogo yang disifatkan lebih garang...
Kalau benar apa yang dikatakan oleh emak, maka saya perlu melakukan beberapa perubahan dalam hidup saya. Saya akui sejak akhir-akhir ini saya menjadi seorang yang pedendam. Memang ada sebabnya saya menjadi orang yang sebegitu namun, saya tetap tidak menyukainya. Alangkah baiknya jika saya mewarisi sifat keturunan Jawa Pagelen seperti yang emak cakapkan kepada saya; cepat memaafkan!!!... Sungguh saya rindukan saat-saat indah seperti dulu. Hidup yang penuh dengan ketenangan dan tidak ada perasaan dendam di hati. Semua itu membuatkan saya sentiasa bergembira dan bersuka ria...
Rasanya azam saya pada tahun ini bertambah lagi. Saya ingin cuba untuk membersihkan segala kekotoran dan bintik-bintik hitam yang mungkin telah bersarang di dalam hati ini. Jika bintik-bintik hitam itu bolah di scan, saya takut ianya terlalu banyak dan sukar untuk dibersihkan. Kalaupun ianya boleh dibersihkan, saya masih takut-takut ianya akan meninggalkan kesan dan bintik itu mampu bercambah semula...
Bismillahirrahmanirrahim...
Ya ALLAH Ya Tuhanku,
hanya padaMu aku serahkan segala-galanya. Kupohon agar ENGKAU kuatkan
hanya padaMu aku serahkan segala-galanya. Kupohon agar ENGKAU kuatkan
hatiku untuk meneruskan hidup yang penuh pancaroba ini supaya aku mampu meningkatkan ibadahku kepadaMu Ya ALLAH,
Ya ALLAH Ya Tuhanku,
sesungguhnya aku memerlukan bimbingan dan hidayahMu untuk menjadi insan yang taat kepada perintah dan suruhanMu. Kupohon agar ENGKAU panjangkan umur ibubapaku dan umurku agar aku mempunyai kesempatan untuk berbakti dan berjasa kepada kedua orang tuaku...
sesungguhnya aku memerlukan bimbingan dan hidayahMu untuk menjadi insan yang taat kepada perintah dan suruhanMu. Kupohon agar ENGKAU panjangkan umur ibubapaku dan umurku agar aku mempunyai kesempatan untuk berbakti dan berjasa kepada kedua orang tuaku...
Ya ALLAH Ya Tuhanku,
ENGKAU bantulah aku supaya aku mampu menjadi insan berhati mulia, tanpa ada rasa dendam di dalam hati. Sungguhpun kesalahan itu datang dari kesilapan orang lain, ENGKAU lembutkan hatiku agar mudah dan cepat memaafkannya. Ya ALLAH Ya Tuhanku, sesungguhnya hanya padaMu aku berserah kerana aku tahu ENGKAUlah yang Maha Mendengar dan Mengetahui segala-galanya...
ENGKAU bantulah aku supaya aku mampu menjadi insan berhati mulia, tanpa ada rasa dendam di dalam hati. Sungguhpun kesalahan itu datang dari kesilapan orang lain, ENGKAU lembutkan hatiku agar mudah dan cepat memaafkannya. Ya ALLAH Ya Tuhanku, sesungguhnya hanya padaMu aku berserah kerana aku tahu ENGKAUlah yang Maha Mendengar dan Mengetahui segala-galanya...
Amin Ya Rabbal Alamin...
Saturday, January 2, 2010
Sekilas Kenangan Seikhlas Senyuman
Salam...
Sekejap saja sudah masuk hari kedua pada tahun 2010. Terasa seperti sebentar sahaja masa ini berlalu. Saat entri ini ditulis, hati dan fikiran saya teringat dan terkenangkan emak dan bapak di kampung. Tersangat-sangat sayu. Terpaksa berjauhan dengan insan-insan yang tersayang untuk menuntut ilmu. Tidak sabar rasanya untuk berbakti dan membalas jasa mereka. Saat ini juga jauh di sudut hati saya, semakin kuat berdoa kepada tuhan supaya mereka dipanjangkan umur dan sentiasa sihat serta dijauhkan daripada segala malapetaka.
Berbalik kepada entri saya kali ini, saya ingin menyingkap segala kenangan indah yang berlaku kepada diri saya sepanjang tahun 2009. Mungkin agak terlewat untuk dikongsikan namun lebih baik daripada tiadakan?. He3. Boleh dikatakan catatan yang bakal dikongsikan ini hanya sebahagian daripada yang berlaku namun perkara-perkara tersebut semestinya sebahagian daripada kegembiraan saya untuk tahun lepas.
Alhamdulillah keputusan peperiksaan saya untuk semester dua dan tiga meningkat seperti yang diharapkan.
Encik M bawa saya berjalan-jalan, makan angin danmeraikannya berhenti kerjadi Pulau Pinang ( Encik M konvokesyen), Melaka, Zoo Negara, menonton wayang dan main boling. Sangat-sangat terharu. He3
Bapak akhirnya pencen daripada kerja. Bapak dah tua tetapi masih mahu bekerja kerana sudah biasa membanting tulang empat keratnya.
Mak dan bapak sihat.
Abang Amat (abang yang saya sayang) sudah tergerak hati untuk mempunyai kawan perempuan istimewa ataubakal isteri.
Kehidupan saya semakin ceria dan tenang
Dua kali saya dan kawan-kawan sekelas berjaya buat perjumpaan semula. Sangat-sangat gembira dan berterima kasih untuk kawan-kawan yang ambil bahagian.
Dapat anak saudara baru yang sangat-sangat comel!!!. Nuaim Nasrullah
- Kakak kesayangan saya telah melangsungkan pertunangannya.
pst: abang saya kata saya pakai baju seragam asrama. hu3
Banyak lagi sebenarnya. Tetapi yang lain biarlah rahsia. He3
Thursday, September 10, 2009
PENGALAMAN YANG MENDEWASAKAN.
Alhamdulillah sempat jugak akhirnya saya luangkan masa utk berkongsi pengalaman bersama semua. sbbnye kdg2 busy. klu x busy plk, wireless kt kolej ni plk bt hal. ade ke smpai limited. x setuju btl. hu3. kali ni sy nk crite pengalaman hdp sy yg mgkn blh dijdkan panduan dlm hdp shbt smue.
kehidupan kita mmg skr utk dijangka. kdg2 ad org 2 stdy smpai spruh mati ( ad ke org stdy smpai mcm 2?. he3) pn x tntu die akn m’dpt ape yg die impikan. bkn krn ALLAH itu tdk adil. tapi kite kne fkrkn sbb ape smue kjadian 2 b’laku. pasti ad sbbnye. sy igt lg slps kptsn spm dikeluarkan dan twrn utk melanjutkan pljrn diumumkan sy lah insan yg paling sedih pd ketika itu. sbbnye mdh saje. hampir majoriti kwn sekelas sy m’dpt twrn utk m’lanjutkan pelajaran ke uitm ataupun kolej matrikulasi. wlu pn kolej matrikulasi bkn m’jd tmpt idaman krn sy x nk lg brda dlm aliran sains tetapi hati sy begitu t’sentuh tatkala shbt yg lain satu persatu m’beritahu twrn yg diorg dpt.. ad jgk kwn yg lain dh la matrik dpt, uitm pn dpt jgk. alangkah bsr rezeki mereka ketika itu. sy???? matrik x dpt. uitm pn x dpt. he3. mse 2 twrn yg ad just msk ke tgkatan 6 ataupun politeknik sultan haji ahmad shah (diploma teknologi makanan)..
akhirnye sy ambk kptsn utk msk tgktn 6. mse 2 hati still x tnteram. sbbnye perasaan malu yg menebal 2 still ad dlm diri ni. akhirnye sy ambk kptsn utk bt solat sunat istikharah. alhamdulillah sy m’dpt petunjuk melalui mimpi mlm 2 jgk. sy igt lg dlm mimpi 2 sy ddk kt dataran ilmu (tmpt p’himpunan kami kt smjp selain ari isnin) kt si2 ad 1 pintu gerbang. kt si2 la sy ddk. he3. lps 2 sy jmpe ustz syukri (ustz sy kt sek dl) n crite ape yg sy dpt dlm mimpi 2. sy igt lg ape yg die ckp. die kte stp org rzeki die x sme. mgkin pd mse 2 umur sy x smpai 18 thn lg. n pd mse 2 sy mgkn x mampu nk kwl dugaan or cabaran yg ad kt dunia luar. sbb 2 twrn yg ad utk sy just tmpt yg dkt n mak ayh sy. sy masih perlukn pembimbing ketika itu. ya, itulah juga yg sy rse. akhirnye dgn rse sng hati sy melangkah penuh bergaya msk ke tgkatan 6. ha3. tp ad lg dugaan yg sy tmpuh pd mse 2. akn sy critekn pd entry sy akn dtg..
Subscribe to:
Posts (Atom)







