SAYA MENULIS DAN MENCATAT
APA YANG TERLINTAS
DAN TERBUKU DI HATI DAN FIKIRAN...
KERANA PERKARA SEPERTI INI
MAMPU MENENANGKAN HATI SAYA...
SESUNGGUHNYA KETENANGAN ITULAH
YANG MENGUATKAN SAYA UNTUK MENERUSKAN KEHIDUPAN...

Wednesday, February 9, 2011

Semangat Yang Hilang

Assalamualaikum w.b.t

          Tajuk entri ni macam lagu XPDC kan?. Tapi yang sejujurnya itulah yang sedang berlaku kepada saya sekarang ini. Semangat saya untuk melakukan sesuatu perkara seperti dibawa lari jauh dari saya.. T''''T Sedih sangat. Apa yang penting perasaan bersalah kerana tidak mampu untuk menyelesaikan amanah yang diberi semakin membuak-buak. Saya semakin hilang daya kreativiti dan daya berfikir. Sekarang untuk memikirkan sesuatu yang kreatif pun mengambil masa yang lama, kadangkala langsung tidak mendapat gambarannya.

          Rindunya pada diri saya yang dulu. Zaman persekolahan yang banyak mengimbau kenangan manis dan berjaya mencungkil bakat saya tidak kira dalam bidang kepimpinan, penulisan dan sebagainya. Indahnya bila idea sentiasa mencurah-curah untuk menghasilkan nukilan-nukilan cerpen, sajak dan pantun. Seingat saya ketika itu, saya sampai tidak tahu untuk meluahkan ke dalam bentuk karya yang mana satukah idea yang mahu ditulis dahulu. Buku dan diari sentiasa bertambah dan bertukar sepanjang tahun seiring dengan perubahan masa dan ada sebahagian daripada karya saya diterbitkan dalam majalah HAYAT sekolah. Malah ada yang diulang cetak untuk tahun berikutnya. Ah, rindunya untuk menghasilkan karya lagi!!!. Melibatkan diri dengan pertandingan bercerita, berpuisi dalam bahasa Inggeris, melakonkan watak utama sebagai seorang ibu dalam pentomen yang bertajuk ANAK, melafazkan pantun, mencipta pantun, mewakili sekolah dalam pertandingan yang berbentuk kuiz dan sebagainya.

          Sekarang situasi itu tidak lagi berlaku kepada saya. Mungkin kerana saya sendiri kurang usaha untuk menambahkan ilmu serta meningkatkan daya kreativiti saya. Kurang setahun lagi saya akan memulakan latihan mengajar. Hati semakin  berkecamuk malah fikiran mula bingung. Niat di hati memang mahukan yang terbaik dalam kehidupan lebih-lebih lagi saya mahu melakukan sesuatu yang mampu memberikan manfaat kepada orang lain juga. Mampukah saya untuk mengembalikan semangat saya yang semakin menghilang ini. Langkah pertama yang perlu dilakukan mungkin lebih fokus dalam melakukan sesuatu perkara. Tingkatkan keyakinan diri yang semakin goyah juga sangat-sangat perlu ketika ini. Yang penting jangan malu bertanya...
T______T Nangis lagi. Sob3

No comments:

Post a Comment

teguran anda menjadi panduan untuk saya. terima kasih...