SAYA MENULIS DAN MENCATAT
APA YANG TERLINTAS
DAN TERBUKU DI HATI DAN FIKIRAN...
KERANA PERKARA SEPERTI INI
MAMPU MENENANGKAN HATI SAYA...
SESUNGGUHNYA KETENANGAN ITULAH
YANG MENGUATKAN SAYA UNTUK MENERUSKAN KEHIDUPAN...

Sunday, January 23, 2011

Panasssss

Assalamualaikum w.b.t

          Hari ini cuaca agak panas. Sama jugaklah dengan hati saya sekarang ni. Seboleh-bolehnya saya elakkan untuk menulis entri ketika perasaan marah sedang merajai hati. Tapi hari ini saya sengaja untuk menulis supaya tragedi hari ini akan mengingatkan perbuatan seseorang itu kepada saya dan En. M. Kisahnya bermula apabila Encik M menulis satu status di FBnya. Macam-macam respon yang ditulis oleh sahabat Encik M sama ada dalam nada mengusik, menyindir, menegur dan sebagainya. Saya akui status Encik M itu boleh menimbulkan salah faham dan akhirnya Encik M menjawab segala persoalan itu dengan mengatakan bahawa status yang ditulisnya itu suatu perasaannya untuk menyatakan kasih sayangnya kepada Sang Pencipta. Apa yang menaikkan darah saya adalah apabila seorang kenalan Encik M yang agak rapat dengannya cuba menunjuk pandai. Saya cuba membalas setiap komennya dengan izin Encik M. Ya mungkin dia pernah belajar bahasa Arab dan mendapat pendidikan sekolah agama sehingga di peringkat tinggi dan saya pula hanya belajar di sekolah menengah harian biasa. Namun saya juga merupakan salah seorang pelajar kelas aliran agama sehingga tingkatan 3 dan tetap berpuas hati walaupun bahasa Arab saya diperingkat PMR hanya mendapat B. Setelah berbalas-balas komen saya akhiri komen saya di status Encik M yang 'panas' itu dengan kata-kata "Sebab itulah Allah kurniakan manusia otak untuk berfikir. Bila mendapat sesuatu jangan hanya menerima sahaja. Selidik apa yang hendak disampaikan."

          'Kawan' Encik M itu sebenarnya seorang perempuan dan dia juga telah 'add' saya sebagai kawannya di FB. Menurut Encik M mungkin si perempuan yang kononnya 'permata' tu ada masalah dengan saya. Saya pun tidak tahu apa puncanya kerana saya memang tidak mengenali si 'permata' ini secara dekat. Apa yang saya tahu dia kenalan Encik M ketika di politeknik dan Encik M pernah 'menolong/menyelamatkannya' dari sesuatu yang tidak elok berlaku kepada budak itu. Akibat dari itu hubungan mereka menjadi rapat dan Encik M menjadi anak angkat kepada ibu dan bapa si 'permata'. Encik M pernah menyuarakan kepada keluarga angkatnya itu untuk membawa saya berjumpa dengan mereka tetapi kata Encik M, si 'permata' berkata sekiranya Encik M membawa saya ke rumahnya dia rela keluar bersiar-siar. Saya katakan kepada Encik M bahawa saya pun tidak pernah ada niat untuk berjumpa dengan si permpuan yang kononnya 'permata' tu.. =p.. Yang pasti saya dan kenalan Encik M itu memang tidak pernah berjumpa.

         Kepada cik 'Permata' saya tak tahu apa masalah awak dengan saya. Tak baik berburuk sangka dan cemburu dengan sesuatu perhubungan. Awak dah bertunangkan? Jaga tunang awak baik-baik tau. Semoga kekal bahagia. Kalau orang tak kacau hidup awak, boleh tak awak janganlah susah-susahkan diri awak nak ganggu hidup orang lain. Nanti buat penat dan sakit hati awak je. Saya cuma kesiankan awak. Bila tembelang dah pecah, tak ada orang nak percayakan awak dah. Banyak-banyakkan beramal dah la. he3

Sekian daripada Ustazah Nur Izzati.. =p


No comments:

Post a Comment

teguran anda menjadi panduan untuk saya. terima kasih...