Assalamualaikum w.b.t
Selamat tahun baru 2011 untuk semua. Macam mana dengan permulaan tahun baru anda semua? Apa pula azam baru yang dah ada dalam fikiran anda?. Tahun baru saya kali ini dimulakan dengan menyambut ahli baru dalam keluarga besar kami. Tanggal 1 Januari 2010 anak saudara saya telah melangsungkan perkahwinan dengan jejaka pilihannya. Berkahwin dalam usia yang agak muda pada perkiraan saya, namun saya tetap mendoakan agar mereka kekal bahagia hingga ke akhir hayat.. =)
2 Januari 2011 saya kembali pulang ke ladang. Pulang di hantar oleh Encik M. Terima kasih sangat-sangat!.. Mengikut perancangan awal kami akan makan malam bersama teman baik tapi mesra Encik M semasa belajar dulu. Namun, disebabkan ada masalah yang tidak dapat dielakkan plan untuk makan steamboat di Restoran MAEPS terpaksa dilupakan. Minta maaf, Pa. Tapi saya janji akan selalu ingatkan Encik M untuk tebus balik janji beliau tu pada kita.. wink-wink. =p. Pulang ke kampus kali kedua yang dihantar oleh Encik M amat menyeronokkan. Makan tengahari di R&R Genting Sempah telah menyedarkan kami tentang suatu perkara. Setelah selesai makan baru kami perasaan bahawa gerai-gerai yang telah mendapat penilaian B lebih mendapat sambutan berbanding gerai yang mendapat penilaian kebersihan A.
Dialog gurauan orang yang kurang kesedaran ada kat bawah ni:
Encik M : Abang perasan something la....
Cik I : ?????? (Sambil makan ikan pari masak asam pedas tak tengok kiri kanan kalau mak mentua lalu komfem tak perasan)
Encik M : Cuba tengok kat kedai-kedai yang orang ramai tumpu tu. Semua yang dia tampal B. Kedai yang tampal A kosong je. Kedai yang kita ambik makanan tadi tu pun B la, sayang.
Cik I : Eh ye ke? Kat mana ada dia tampal-tampal A B 2.. (sambil kepala toleh belakang cari-cari) Owh kite dah nampak. he3. Apesal abang tak tengok awal-awl tadi? (Ko dah mula cari salah orang padahal diri sendiri gelojoh gi serang kedai tu sebab tak tahan lapar)
Encik M : Habis tu sayang yang dah berenti kat kedai tu. Abang pun tak perasan tadi.
Cik I : Kite rasa kedai-kedai yang dapat B tu sebab ramai sangat orang datang kedai diorang. Tak sempat nak bersihkan sangat. Kedai A tu memang la bersih sebab tak de orang sangat. Dari tuan dia termenung baik dia mop lantai dan lap apa-apa yang patut. Sebab tu berkilat je...
Encik M : (Mata dah jeling-jeling...)
Cik I : (Gelak-gelak kenyit mata)
Encik M : (Komfem tak jadi nak marah. kah3)
![]() |
| Agak-agak kat sini penilaian dia A ke B????? |

Boleh pulak macam tu ye, Zati? Hehehe. Ni sume bergantung atas pilihan masing-masing sebenarnya. Kalau tak kisah tu takpe lah. Tapi kalau orang yang betul-betul jaga bab-bab kebersihan ni, memang dia akan menjadi pelanggan tetap kedai A. Walaupun makanan tu tak sedap. Heheh! :P
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletehe3
ReplyDeletetak perasan gred-gred tu ada ditampal..
Insyaallah lepas ni peka bab-bab kebersihan ni.. =)