SAYA MENULIS DAN MENCATAT
APA YANG TERLINTAS
DAN TERBUKU DI HATI DAN FIKIRAN...
KERANA PERKARA SEPERTI INI
MAMPU MENENANGKAN HATI SAYA...
SESUNGGUHNYA KETENANGAN ITULAH
YANG MENGUATKAN SAYA UNTUK MENERUSKAN KEHIDUPAN...

Thursday, December 30, 2010

Misi yang belum tercapai

Assalamualaikum... =)

          Lama x update blog. He3. Sekarang buka sahaja mana-mana blog mesti cerita pasal bola. Piala  Suzuki AFF yang dah selamat sampai kat Malaysia. Bangga jadi warganegara Malaysia. Semua orang cerita pasal Khairul Fahmi yang hensem tu termasuk saya. Tahniah untuk team Malaysia yang punyai semangat juang yang kental tu. Banyak isu sensitif yang timbul membabitkan perlawanan antara Malaysia dan Indonesia ni. Isu laser yang pastinya menjadi salah satu topik hangat. Harapnya selepas ni penonton-penonton yang secara tak sengaja ke? yang dah tersuluh kat pemain-pemain mana-mana negara tu rasa menyesal dan insaflah. Tak kira lah penonton Malaysia atau penonton dan peminat bola yang lain kita sama-samalah pupuk semangat kesukanan yang baik-baik je dalam diri kita ni.

          Sebenarnya nak sampaikan cerita sedih ni. Misi saya yang dibantu Encik M yang pernah saya ceritakan pada entri sebelum ni gagal diselesaikan sebelum cuti semester saya berakhir. =( Sedih sangat. Banyak-banyak test yang pernah saya ambil, test ni la yang paling buat jiwa saya sangat tertekan. Dah cuba sehabis baik tapi masih tak ada rezeki lagi. Insyaallah sambung misi ni masa cuti pertengahan sem akan datang. Harap-harap rezeki akan berpihak pada saya kali ini. Saya bab-bab teori insyaallah boleh terjemahkan semula tapi bila sampai bab praktikal alahai saya la orang yang paling ###### nak dapat. Dush3 untuk diri sendiri.. =p Nasib baik Encik M yang setia meneman ni tak tension dengan saya. Kalau saya kat tempat Encik M mestilah dah gelak guling-guling. Jadi Cik Izzati bawa-bawalah insafkan diri anda sendiri ni ye...

          Oh ya, Encik M belikan novel lagi untuk saya. Hiphiphooooooooooorrrrrrrrraaaaaaaayyyyyyyyyy!!!!!!
Tajuknya Masih Setia oleh Aisya Sofea. Saya yang pilih novel ni sebab saya peminat kipassusahmati Aisya Sofea. He3. Encik M nak belikan lebih dari satu tapi saya tak nak sebab cuti semester dah nak habis. Saya malas nak bawa novel-novel ni ke kolej sebab masalah akan timbul bila tiba hujung semester. Kotak untuk simpan barang mesti akan bertambah dan nak mengangkatnya lagi satu hal. Kalau duduk ground floor ,bawa semua novel kat rumah ni pun tak apa. Tapi saya sentiasa duduk di aras yang tinggi-tinggi sampai fobia saya pada ketianggian pun dah hilang.. =p

          Akhir sekali nak kongsi sikit berita gembira ni. Eeerrr keputusan peperiksaan semester 5 dah keluar. Alhamdulillah pertama kali saya dapat jugaklah keputusan yang buatkan saya dapat DL. Kalau di UPM nak dapat Dekan, pointer kena 3.75 ke atas. Di universiti  lain saya tak pasti. Apa-apa pun saya sangat bersyukur dengan apa yang saya perolehi sama ada sekarang ataupun masa lalu. Terima kasih tak terhingga kepada Allah, ibu bapa, pensyarah, sahabat-sahabat keluarga dan semua yang terlibat dalam membantu mewarnai kehidupan saya.. Sayang kamu banyak-banyak... =)

         

   

2 comments:

  1. Assalamualaikum W.B.T..
    Tahniah Izzati!! :) Semoga sem2 akan dtg Izzati akan dpt DL juga ye.. Hehe.. Congrats again!! :)

    ReplyDelete
  2. w'salam dina.. =)
    amin..
    terima kasih dina.
    harap-harap lepas ni pbmp batch 2008/2012 dpt DL smpai hbs sem..
    tahniah juga untuk dina.. =)

    ReplyDelete

teguran anda menjadi panduan untuk saya. terima kasih...