Assalamualaikum..
Hari-hari cuti ini saya banyak menghabiskan masa dengan melayari internet. Mengumpul pelbagai resepi masakan, membaca blog, bermukabuku.. =) Saya sentiasa cuba memperbaiki diri supaya selalu bersederhana dalam melakukan setiap perkara. Sangat bimbang jika tutur kata atau setiap langkah dan tingkah laku jelek dipandang umum. Yang penting bukan menjadi seorang yang berpura-pura @ hipokrit. Tidak salah untuk memperbaiki diri ke arah yang lebih baik.
Membaca blog orang lain menambah ilmu yang pelbagai kepada saya. Maklumat, nasihat, informasi yang berguna banyak membantu saya dalam melengkapkan kehidupan seharian. Kadang-kadang cerita yang dikongsi oleh mereka menyedarkan kita. Mungkin hari yang gembira untuk kita menjadi hari yang paling duka untuk orang lain. Di kala kita seronok menyambut hari lahir, ada segelintir manusia yang lain sedang menanggung duka kehilangan orang yang tersayang. Hidup kita ini biarlah berpada-pada. =)
Minggu depan saya dan Encik M akan mengubah jadual harian kami. Ada sesuatu yang kami ingin langsaikan sebelum cuti semester saya berakhir. Sebenarnya itu misi saya, tapi Encik M terpaksa berkorban.He3. Mudah-mudahan urusan itu selesai seperti yang dirancang. Doakan kejayaan saya tau.
No comments:
Post a Comment
teguran anda menjadi panduan untuk saya. terima kasih...