SAYA MENULIS DAN MENCATAT
APA YANG TERLINTAS
DAN TERBUKU DI HATI DAN FIKIRAN...
KERANA PERKARA SEPERTI INI
MAMPU MENENANGKAN HATI SAYA...
SESUNGGUHNYA KETENANGAN ITULAH
YANG MENGUATKAN SAYA UNTUK MENERUSKAN KEHIDUPAN...

Showing posts with label NAsiHAt. Show all posts
Showing posts with label NAsiHAt. Show all posts

Sunday, July 1, 2012

Renungan

Assalamualaikum w.b.t

          Ini kata-kata daripada seorang jiran saya. Sangat tabah orangnya. Menjadi yatim tatkala mula meningkat remaja. Adik-adiknya masih kecil ketika itu. Diuji lagi dengan rumah peninggalan arwah ayahnya yang terbakar. 

Belajarlah utk jadi 'bukan yang kurang ajar'
hormatilah...agar terhormat...
muliakanlah...agar dimuliakan...
sesuatu yg sejuk dan lembut..boleh mendamaikan..
mengapa pilih yg panas dan kasar...???
kasar kata2 boleh menghiris perasaan...
hati yang panas boleh bertindak yang bukan2.....
moga terdorong ke arah kebaikan..
peringatan utk diriku dan kalian...
kita masih diberi peluang utk memperbaiki diri...
=)


rileks betul ko comel. meh tolong buat refleksi saya. sob3

Saturday, June 23, 2012

Kedekut atau berkira???

Assalamualaikum w.b.t

          Ini topik yang saya selau bincangkan dengan Encik M. Saya selalu usik Encik M cakap dia ni kedekut untuk diri sendiri. Encik M rela pakai baju buruk ada kesan luntur =p daripada beli baju baru. Alasan dia, baju tu elok lagi. he3. Bagi saya kedekut atau berkira ni agak subjektif. Saya bagi contoh seperti di bawah ni.

Ahmad: Aku nak beli ABCD la. Nanti nak guna senang. Tak perlu pinjam orang punya. Tak menyusahkan  
             orang lain sebab aku yang nak guna benda tu.
             (Berfikir dan terdetik dalam hati)

             Ahmad pun beli ABCD dengan harapan tak nak menyusahkan orang.

Bob     : Aku nak guna ABCD la. Tapi aku tak ada lagi ABCD. Ahmad ada, aku pinjam ABCD Ahmad 
             punya la dulu. 

            Bob pinjam ABCD Ahmad, dan Ahmad pun bagi keizinan untuk guna. Bila sampai Ahmad nak guna 
            ABCDnya, tak ada. Bila minta pada Bob, katanya dah habis dan akan ganti yang baru. Tapi tak 
            ganti-ganti sampai sekarang.

  • Bila kita lihat situasi kat atas ni, siapa yang bersalah? Ahmad beli ABCD untuk kemudahannya dan tak mahu menyusahkan (meminjam) orang lain, tapi bila nak guna barangnya sendiri, tak boleh atau rosak sebab orang yang guna tak pulangkan atau rosakkan.
  • Kalau Ahmad tak bagi Bob pinjam, Ahmad akan dianggap kedekut atau berkira sebab dia ada barang tu, tapi tak nak bagi Bob pinjam.
  • Ahmad juga dianggap tidak mahu berkongsi sebab tak nak bagi Bob pakai sekejap. Tapi kalau difikir, "berkongsi" itu mestilah adil. Jadi bayar sama banyak dan guna sama banyak. Kalau terlebih guna sikit boleh dihalalkan, tapi kalau sampai habis atau barang tu rosak digunakan oleh satu pihak sahaja, bagi saya itu tidak boleh dikatakan berkongsi.
  • Bila difikir-fikir balik, mungkin Bob yang dikatakan kedekut atau berkira tu. Sebab dah tahu nak guna barang tu atau selalu guna barang tu, belilah sendiri. Ini mengharapkan ihsan orang yang dah ada. Pinjam pun buat la cara meminjam. Jaga sebaik mungkin. Nak beli sendiri, dia yang berkira or kedekut.
  • Last sekali, Ahmad boleh anggap dia bersedekah sahaja untuk Bob dengan harapan jangan ulangi kesilapan yang sama lagi.=)

Monday, May 7, 2012

Tiada Tajuk...

BERKATA JUJUR DAN MEMBUAT SESEORANG ITU MENANGIS LEBIH BAIK DARIPADA BERBOHONG YANG MEMBUATKAN DIA TERSENYUM...

Sunday, May 6, 2012

Hati.. =)

Assalamualaikum w.b.t..


Hari ni nak kongsi cerita. Cerita ni saya baca dari group FB kolej. Adik ni suka berkongsi nasihat dan saya suka membacanya. Walaupun muda daripada saya, tapi dia bijak memanfaat FB untuk menyebarkan dakwah. Tak salah bila menerima nasihat daripada si muda. Lagi- lagi jika ilmu tersebut memberi seribu manfaat kepada kita semua. Terima kasih adik Zafirah di KC.. =)




Cerita 1


Cikgu : Murid2.. Sape yg tahu apakah 7 bende ajaib dalam dunia?
Boon Kok Keong : Piramid cikgu..
Cikgu : Bagus...lagi siapa yg tau..sila bangun..!!!
Gopal : Taj Mahal..cikgu..
cikgu : Bagus...lagi....!!!
Husin : HATI..cikgu..!!!
Cikgu : Aik..kenapa pulak hati???boleh kamu terangkan pada kelas..???
Husin : Sbb hati manusia ni.. Orang x nampak. Tapi boleh rasa.. Kalau hati menangis.. Xde sape buleh dengar. Dalam hati ada macam2 rasa..marah,geram,kecewa,gembira dan macam2 lagi. Tuhan ciptakan hati manusia ni sama tp tak serupa. Bende2 yg manusia cipta tu bukannya ajaib cikgu.. Itu cuma tinggalan sejarah lama. Sbb manusia hari ni.. Boleh buat bende2 yg serupa dengan bende2 tu semua.tapi xd sape yg buleh cipta hati manusia..cikgu...!!!
Cikgu : (tersenyum)





Cerita 2


The fan said "Be cool"

The ceiling said "Aim High"

The window said "See the World"

The clock said "Every minutes is precious"

The Mirror said "Reflect before you act"

The calender said "Be Uptodate"

The Door said "push hard for your goals"

The Floor said "kneel down and Pray"

Sunday, February 20, 2011

Facebook

Assalamualaikum w.b.t.. =)

          Jam sudah melewati dua pagi. Tapi mata saya masih segar-bugar. Adakah angkara extreme milo sebentar tadi? Macam tak logik. Semalam mungkin ya kalau mata masih terbuntang tatkala jam sudah menunjukkan angka tiga pagi angkara extreme mocha. Maklumlah orang kampung.. =p. Minum iced blended jika teringin saja. Bukan minuman harian seperti air masak. he3

          Tajuk entri ini FACEBOOK atau orang kita panggil mukabuku. Sebut saja facebook rasanya semua orang tahu kecuali mak dan bapak kat kampung. Dari yang kecil sampailah yang berusia macam ada satu kemestian untuk memilili akaun facebook ni. Facebook ini pada pendapat saya, ada kelebihan dan kekurangannya. Kadang-kadang disebabkan facebooklah hubungan antara manusia dengan manusia boleh terputus. Saya akui, kadang-kadang saya tidak gemar membaca status segelintir pengguna facebook yang saya anggap melampau, sinis, dan sewaktu dengannnya. Namun, facebook juga dapat menemukan kita dengan sahabat-sahabat yang sudah lama terpisah, menyebarkan maklumat dan sebagainya.

          Saya pernah terbaca di dalam satu blog junior kolej saya yang bercerita tentang facebook ini. Dia mungkin orang yang boleh dilabel bermulut lepas dan lantang menyuarakan pendapatnya. Dia ada menyentuh isu segelintir pemilik akaun facebook yang gemar me'like' status sendiri yang pada pendapatnya seperti syok sendiri. Ada juga teguran untuk orang yang sedang bercinta yang terlalu menunjukkan perasaan cinta dan sayangnya kepada sang kekasih hati. Tidak kurang juga gambaran tentang orang yang suka melampiaskan kemarahan, kesinisan dan lain-lain lagi di dalam facebook dan akhirnya menunjukkan kedangkalan atau kebodohan orang yang menaip status tersebut. Isu facebook ini juga pernah saya terbaca dalam sebuag blog senior saya. Ada pendapat yang disuarakannya sama dengan junior saya tadi. =)

          Melalui pengalaman saya selama mempunyai akaun facebook ini, banyak juga suka duka yang telah saya lalui. Kisah duka mungkin berkaitan dengan entri yang pernah saya tulis sebelum ini. Disebabkan hal itu juga, En. M dan orang itu seperti ada jurang yang besar dan banyak kali ada adegan sindir-menyindir di facebook. Selain itu kisah saya dengan 'sahabat' lama yang seperti tiada kesudahan. Mungkin ianya berpunca daripada saya. Tapi sebagai manusia, saya cuba untuk tidak mencipta status di facebook untuk menyindir seseorang yang tidak 'sehati' dengan saya. Panjang ceritanya. Tapi entahlah. Bagaimana perasaannya ya, jika kita kononnya seperti ingin berbaik-baik dengan kawan yang pernah kita anggap 'kawan rapat' tapi dalam masa yang sama kita mengeluarkan status di facebook menceritakan kelemahan kawan kita itu. Dalam masa yang sama menjaja cerita seperti kita yang telah dianiaya. Nampak macam berhati plastik tak kita ni? Sabar je lah. he3. Untuk menghangatkan lagi, kita mengadu pada beberapa orang kawan yang lain untuk meraih simpati.=p

          Kalau  nak cerita tentang facebook ni, rasanya sampai bila-bila pun tak akan habis. Setiap hari pasti ada cerita baru yang tercipta daripada facebook. Terpulanglah kepada kita bagaimana untuk menhadapinya. Mungkin cara yang terbaik, kita jagalah adab kita dengan sahabat-sahabat facebook kita sebaik mungkin. Jika ada perkara yang kita rasa perlu dan mesti dikongsi, tidak salah untuk mewar-warkannya tetapi jika sesuatu perkara itu mampu membuka atau mencipta aib kepada diri sendiri atau orang lain rasanya lebih baik kita simpan sahaja. Yang penting kita sama-samalah belajar untuk mengawal emosi. Jika kita tidak suka dikritik secara melulu, maka kita sendiri janganlah membuat perkara yang sama kepada orang lain. =)

Sunday, January 23, 2011

Panasssss

Assalamualaikum w.b.t

          Hari ini cuaca agak panas. Sama jugaklah dengan hati saya sekarang ni. Seboleh-bolehnya saya elakkan untuk menulis entri ketika perasaan marah sedang merajai hati. Tapi hari ini saya sengaja untuk menulis supaya tragedi hari ini akan mengingatkan perbuatan seseorang itu kepada saya dan En. M. Kisahnya bermula apabila Encik M menulis satu status di FBnya. Macam-macam respon yang ditulis oleh sahabat Encik M sama ada dalam nada mengusik, menyindir, menegur dan sebagainya. Saya akui status Encik M itu boleh menimbulkan salah faham dan akhirnya Encik M menjawab segala persoalan itu dengan mengatakan bahawa status yang ditulisnya itu suatu perasaannya untuk menyatakan kasih sayangnya kepada Sang Pencipta. Apa yang menaikkan darah saya adalah apabila seorang kenalan Encik M yang agak rapat dengannya cuba menunjuk pandai. Saya cuba membalas setiap komennya dengan izin Encik M. Ya mungkin dia pernah belajar bahasa Arab dan mendapat pendidikan sekolah agama sehingga di peringkat tinggi dan saya pula hanya belajar di sekolah menengah harian biasa. Namun saya juga merupakan salah seorang pelajar kelas aliran agama sehingga tingkatan 3 dan tetap berpuas hati walaupun bahasa Arab saya diperingkat PMR hanya mendapat B. Setelah berbalas-balas komen saya akhiri komen saya di status Encik M yang 'panas' itu dengan kata-kata "Sebab itulah Allah kurniakan manusia otak untuk berfikir. Bila mendapat sesuatu jangan hanya menerima sahaja. Selidik apa yang hendak disampaikan."

          'Kawan' Encik M itu sebenarnya seorang perempuan dan dia juga telah 'add' saya sebagai kawannya di FB. Menurut Encik M mungkin si perempuan yang kononnya 'permata' tu ada masalah dengan saya. Saya pun tidak tahu apa puncanya kerana saya memang tidak mengenali si 'permata' ini secara dekat. Apa yang saya tahu dia kenalan Encik M ketika di politeknik dan Encik M pernah 'menolong/menyelamatkannya' dari sesuatu yang tidak elok berlaku kepada budak itu. Akibat dari itu hubungan mereka menjadi rapat dan Encik M menjadi anak angkat kepada ibu dan bapa si 'permata'. Encik M pernah menyuarakan kepada keluarga angkatnya itu untuk membawa saya berjumpa dengan mereka tetapi kata Encik M, si 'permata' berkata sekiranya Encik M membawa saya ke rumahnya dia rela keluar bersiar-siar. Saya katakan kepada Encik M bahawa saya pun tidak pernah ada niat untuk berjumpa dengan si permpuan yang kononnya 'permata' tu.. =p.. Yang pasti saya dan kenalan Encik M itu memang tidak pernah berjumpa.

         Kepada cik 'Permata' saya tak tahu apa masalah awak dengan saya. Tak baik berburuk sangka dan cemburu dengan sesuatu perhubungan. Awak dah bertunangkan? Jaga tunang awak baik-baik tau. Semoga kekal bahagia. Kalau orang tak kacau hidup awak, boleh tak awak janganlah susah-susahkan diri awak nak ganggu hidup orang lain. Nanti buat penat dan sakit hati awak je. Saya cuma kesiankan awak. Bila tembelang dah pecah, tak ada orang nak percayakan awak dah. Banyak-banyakkan beramal dah la. he3

Sekian daripada Ustazah Nur Izzati.. =p


Wednesday, March 3, 2010

Renung-renungkan...

Bila kamu memandang segala ciptaan dari TUHANmu,
Yang menimpakan ujian,
Yang menjadikan sakit hatimu,
Yang membuatkan keinginanmu terhalang,
Serta menyusahkan hidupmu,
Pasti akan damailah hatimu,
Kerana masakan ALLAH S.W.T sengaja mentakdirkan sesuatu yang sia-sia,
Bukan ALLAH S.W.T tidak tahu deritanya hidupmu,
Retaknya hatimu,
Tapi mungkin itulah yang dia DIA mahu.
Kerana DIA tahu,
Hati yang sebeginilah,
Lebih lunak dan mudah untuk dekat dan akrab
DenganNYA...