Assalamualaikum w.b.t
Ini topik yang saya selau bincangkan dengan Encik M. Saya selalu usik Encik M cakap dia ni kedekut untuk diri sendiri. Encik M rela pakai baju buruk ada kesan luntur =p daripada beli baju baru. Alasan dia, baju tu elok lagi. he3. Bagi saya kedekut atau berkira ni agak subjektif. Saya bagi contoh seperti di bawah ni.
Ahmad: Aku nak beli ABCD la. Nanti nak guna senang. Tak perlu pinjam orang punya. Tak menyusahkan
orang lain sebab aku yang nak guna benda tu.
(Berfikir dan terdetik dalam hati)
Ahmad pun beli ABCD dengan harapan tak nak menyusahkan orang.
Bob : Aku nak guna ABCD la. Tapi aku tak ada lagi ABCD. Ahmad ada, aku pinjam ABCD Ahmad
punya la dulu.
Bob pinjam ABCD Ahmad, dan Ahmad pun bagi keizinan untuk guna. Bila sampai Ahmad nak guna
ABCDnya, tak ada. Bila minta pada Bob, katanya dah habis dan akan ganti yang baru. Tapi tak
ganti-ganti sampai sekarang.
- Bila kita lihat situasi kat atas ni, siapa yang bersalah? Ahmad beli ABCD untuk kemudahannya dan tak mahu menyusahkan (meminjam) orang lain, tapi bila nak guna barangnya sendiri, tak boleh atau rosak sebab orang yang guna tak pulangkan atau rosakkan.
- Kalau Ahmad tak bagi Bob pinjam, Ahmad akan dianggap kedekut atau berkira sebab dia ada barang tu, tapi tak nak bagi Bob pinjam.
- Ahmad juga dianggap tidak mahu berkongsi sebab tak nak bagi Bob pakai sekejap. Tapi kalau difikir, "berkongsi" itu mestilah adil. Jadi bayar sama banyak dan guna sama banyak. Kalau terlebih guna sikit boleh dihalalkan, tapi kalau sampai habis atau barang tu rosak digunakan oleh satu pihak sahaja, bagi saya itu tidak boleh dikatakan berkongsi.
- Bila difikir-fikir balik, mungkin Bob yang dikatakan kedekut atau berkira tu. Sebab dah tahu nak guna barang tu atau selalu guna barang tu, belilah sendiri. Ini mengharapkan ihsan orang yang dah ada. Pinjam pun buat la cara meminjam. Jaga sebaik mungkin. Nak beli sendiri, dia yang berkira or kedekut.
- Last sekali, Ahmad boleh anggap dia bersedekah sahaja untuk Bob dengan harapan jangan ulangi kesilapan yang sama lagi.=)
No comments:
Post a Comment
teguran anda menjadi panduan untuk saya. terima kasih...