SAYA MENULIS DAN MENCATAT
APA YANG TERLINTAS
DAN TERBUKU DI HATI DAN FIKIRAN...
KERANA PERKARA SEPERTI INI
MAMPU MENENANGKAN HATI SAYA...
SESUNGGUHNYA KETENANGAN ITULAH
YANG MENGUATKAN SAYA UNTUK MENERUSKAN KEHIDUPAN...

Saturday, June 23, 2012

Masih tersenyum

Assalamualaikum w.b.t

          Macam tajuk enri saya ini, saya masih lagi mampu tersenyum ketika ini. Saya seorang yang suka bercakap dan juga berbual-bual. Tapi bergantung juga dengan siapa orang yang diajak bercakap. Selalunya saya gemar berbual dengan teman-teman di fb. Teman sewaktu zaman persekolahan sering menjadi pilihan. Baru-baru ini, saya dan seorang teman berkongsi cerita dan pengalaman masing-masing. Saya dengan kisah praktikal dan si B pula kisahnya sebagai seorang jurutera di Shah Alam dan bila hujung minggu menjadi guru tuisyen mata pelajaran Fizik. B merupakan teman sekampung dan sekelas saya sewaktu sekolah rendah. Untungnya apabila saya meluahkan sesuatu pada si B, dia tidak akan menyokong saya sepenuhnya sebaliknya dia akan cuba untuk menyedarkan saya tentang sesuatu perkara.

          Selalunya B akan kata pada saya, 

"ko jangan salah faham. Nampak macam aku tak sokong ko. Bukan apa, aku tak nak nampak diri ko tu betul. Itu gunanya kawan. Bukan maknanya aku tak setuju. Tapi kalau 100% setuju tak guna ko luah kat aku. Tak dapat benefit apa-apa."

          Alhamdulillah itulah teman yang saya inginkan dalam hidup ini. Sentiasa membetulkan kesilapan saya. Saya memang tak mahu dia 100% bersetuju dengan apa yang saya luahkan. Kerana saya pasti kadang-kadang luahan saya dipengaruhi emosi dan bukanlah dari hati sendiri. Kata B lagi,

"Habuk dalam mata sendiri kena minta tolong orang keluarkan. Nak kawan dunia sampai syurga, tampung mana yang koyak.. =)"

          Kalah cikgu BM kalau B yang bercakap. Selalunya kalau perkara yang berkaitan dengan kita ditegur kita akan terpukul atau bak kata anak muda sekarang sentap. He3. Tapi kalau teguran itu untuk kebaikan kita, rugilah kalau kita nak sentap tak habis-habis. =p. Terima kasih B.. =)

Comel kartun sahabat muslimah ni. Semoga saya dan teman-teman ini mampu menjaga ukhuwah kami sebaik mungkin. Insyaallah. Sumber pak cik google.. =)


No comments:

Post a Comment

teguran anda menjadi panduan untuk saya. terima kasih...