SAYA MENULIS DAN MENCATAT
APA YANG TERLINTAS
DAN TERBUKU DI HATI DAN FIKIRAN...
KERANA PERKARA SEPERTI INI
MAMPU MENENANGKAN HATI SAYA...
SESUNGGUHNYA KETENANGAN ITULAH
YANG MENGUATKAN SAYA UNTUK MENERUSKAN KEHIDUPAN...

Showing posts with label KelUARga SAya. Show all posts
Showing posts with label KelUARga SAya. Show all posts

Tuesday, August 7, 2012

Salam Ramadhan.. =)

Assalamualaikum w.b.t

          Salam ramadhan semua. Agak terlewat untuk mengucapkannyakan??? Ramadhan hampir masuk ke fasa ketiga. Akhirnya ada juga kudrat Cik I nak update blog ni. Tahun ini Cik I melayari bulan ramadhan dengan status yang baru. Sebagai seorang penganggur yang berjaya. he3. Hampir tiga minggu Cik I dah ada kat rumah di Jengka. Menjadi pembantu suri rumah @ emak Cik I. Sehari selepas Cik I sampai dari Melaka hari tu sebenarnya Cik I ada dapat panggilan dari sebuah syarikat yang menawarkan Cik I kerja. Tawaran tu  Cik I terima sebab Cik I pernah hantar resume kat tempat Cik I belajar dulu masa sebelum Cik i keluar praktikum. Tapi Cik I belum bersedia lagi untuk bekerja dan nak berehat sekejap. Lagipun Cik I ada beberapa perkara yang perlu Cik I selesaikan dalam masa terdekat ni.

          Sebenarnya ramadhan kami kali ini tidaklah seperti tahun-tahun sebelumnya. Agak hambar kerana kami risaukan keadaan nenek yang sudah tidak mampu untuk makan dan minum di kampung. Saat entri ini ditaip, emak Cik I sudah 3 hari berada di kampung untuk menemani nenek di rumahnya. Rasa sangat janggal berpuasa tanpa emak di rumah. Semalam Cik I cuma berbuka puasa berdua dengan kakak Cik I di rumah kerana ayah Cik I belum sampai dari kampung. Hati Cik I sebak sangat masa tu. Terbayang kehidupan kami jika tiada emak dan ayah... =(... Berbalik semula tentang nenek tadi, Cik I cuma tinggal seorang nenek tu saja. Dan dari kecil, Cik I cuma pernah rasa kasih sayang dari nenek yang tu je sebab nenek Cik I sebelah ayah memang Cik I tak pernah jumpa sebab dah meninggal sebelum Cik I lahir lagi. Jadi mestilah Cik I sayang sangat pada nenek ni. Kalau ditakdirkan nenek Cik I yang ni pun pergi, Cik I dah tak ada nenek lagi.. ='(... Apapun yang bakal berlaku Cik I cuma harapkan yang terbaik untuk kami sekeluarga. Dugaan yang berlaku pasti ada hikmahnya dan masih ada lagi orang yang lagi sedih dari kami semua..

          Tahun ini insyaallah tahun terakhir Cik I berpuasa dan beraya sebagai orang bujang. Setelah hampir tiga tahun Cik I minta perkara ini ditangguhkan, akhirnya hati Cik I terbuka untuk melangkah satu lagi fasa baru dalam kehidupan. Banyak perkara yang Cik I fikirkan dalam hidup ini. Cik I paling takut kalau Cik I tak mampu laksanakan tanggungjawab yang diamanahkan kepada Cik I. Takut juga mengecewakan banyak pihak. Alhamdulillah dalam masa tiga tahun ini Cik I dah belajar banyak perkara. Hidup ini banyak pancarobanya. Indah atau sebaliknya bergantung kepada cara kita mengendalikannya.=). Dalam hidup Cik I sekarang, Cik I hanya harapkan keredhaan dariNya. Sebab Cik hanya mahu kebahagiaan dan kesederhanaan hidup yang sentiasa di bawah rahmat dan keredhaan Allah. Itulah yang lebih baik..

          Dah banyak Cik I melalut ini. Doakan yang terbaik untuk kami semua ya. Cik I juga selalu doakan yang terbaik untuk keluarga dan kawan-kawan Cik I semua. Salam ramadhan untuk semua. Semoga ramadhan kita kali ini lebih baik daripada yang sebelum ini.  

sumber daripada google.. =)

Tuesday, June 5, 2012

Balik kampung

Assalamualaikum w.b.t

          Cik I baru balik dari kampung. Balik kampung untuk menghadiri kenduri kahwin sepupu, Syakila di Taman Tasik Puteri, Rawang. Selain itu Cik I ada tujuan lain jugak. Melawat pak cik yang sakit, sepupu yang baru bersalin dan menziarahi mak cik yang baru kehilangan anaknya iaitu sepupu Cik I sendiri. Sekarang mak cik Cik I dah tiada anak-anak yang boleh menemaninya kerana anak-anaknya satu persatu telah menghadap Ilahi. Kali terakhir Cik I jumpa dengan arwah Kak Idah setahun yang lepas, masa kenduri kahwin abang dan kakak di rumah kami. Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Untuk pak cik pulak, semoga Cik Dol cepat sembuh kerana kami semua rindu dengan jenaka Cik Dol yang selalu menceriakan kami. Sedih bila tengok Cik Dol menangis bila kami nak balik hari tu. =(. Tak nak Cik Dol sakit-sakit lagi... 
Akhir sekali, tahniah untuk Syakila dan Ila. Selamat pengantin baru untuk Syakila dan suaminya, Suhaimi. Semoga kekal bahagia hingga ke syurga dan untuk Ila dan Abang Dan semoga semakin bahagia dengan kehadiran si comel, Daris Aufa. 

          Sebelum balik, kami sekeluarga singgah satu lagi kenduri. Dekat dengan rumah nenek, rumah sedara kami juga. Tapi Cik I tak ingat nama dia. he3. Selamat pengantin baru untuk pengantin yang cantik.. =).. Rindu nenek Cik I tiba-tiba. Cik I je cucu nenek yang suka berbalah lawan-lawan cakap die. =p.. Ada masa dan rezeki nak bawak Encik M berjalan-jalan di Kampung Raja Musa, Bukit Talang, Kuala Selangor. Tu la kampung mak dan ayah Cik I. Boleh petik pucuk paku merah kat tepi parit dan dalam kebun. Pagi-pagi ikut pak cik pergi cabut keladi. Berjalan-jalan di lapisan kebun kelapa sawit dan nanas. Memang rindu. Tak malu pun jadi orang kampung. Seronok lagi la ada. =). 

Gambar dari google.
Suasana ni la yang Cik I akan lalu bila dari Kuala Selangor nak ke pekan Tanjung Karang. Sawah padi yang cantik.. =)

kat atas ni pula gambar yang abang ipar Cik I ambil semasa kami melawat negeri di bawah bayu. Sangat cantik pemandangan di sini. Di sebelah kilang perabot yang diperbuat daripada buluh. Macam dalam lukisankan?

Monday, December 19, 2011

Alhamdulillah..



DUNIA DICIPTAKAN UNTUK MANUSIA,
MANUSIA DICIPTAKAN UNTUK AKHIRAT

Assalamualaikum w.b.t

          Perasaan tak ada caption ayat kat atas entri ni?. Sebenarnya dah lama saya berazam untuk memulakan setiap entri saya dengan kata- kata yang memberi kesan di hati saya. Dan hari ini saya mula menunaikan azam saya. =).

          Alhamdulillah pada hari sabtu yang lepas bersamaan 17 DISEMBER 2011, saya telah berjaya melalui satu lagi pengalaman yang bermakna dalam hidup. Tarikh yang amat saya dan kawan- kawan seperjuangan tunggu iaitu tarikh perbentangan viva penulisan ilmiah tahun akhir kami. Setelah berbagai- bagai dugaan, cabaran, halangan, pahit, manis dan segala rasa lagi, akhirnya kami berjaya menyelesaikan tugasan kami. Hanya tuhan saja yang tahu bagaimana perasaan saya waktu itu. Orang yang menilai saya ketika pembentangan ialah Tuan Haji Shamsudin Bin Othman. Alhamdulillah tuan haji menerima hasil pembentangan saya dengan baik. Bersyukur sangat pada Allah kerana sentiasa memberikan yang terbaik dalam hidup saya.

          Masih lagi saya teringat bila berakhirnya pembentangan saya, tuan haji meminta kawan - kawan memberikan tepukan. Berbaloi rasaya penat lelah selama ini. Tiada soalan yang diberikan kepada saya kerana katanya tiada soalan yang mahu diberikan kepada saya kerana setiap objektif dan persoalan kajian saya telah dijawab. Namun tuan haji meminta saya untuk memperbaiki sorotan literatur yang agak lama. Buang yang lama dan gantikan dengan sorotan tahun yang terkini.. =).

          Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada kawan- kawan PBMP sesi 2008/2012 yang telah berjaya menyelesaikan 'viva' ini. Tidak lupa juga kepada penyelia yang amat saya sayangi, Tuan Haji Naffi Bin Mat dan Dr. Fadzillah Abd Rahman atas segala tunjuk ajar selama ini. Susungguhnya jasa kalian amat memberi erti bagi saya. Terima kasih juga kepada mak, bapak dan adik -beradik yang sentiasa berdiri di belakang saya, menyokong segala usaha dan tindakan saya. Hanya Allah yang dapat membalas jasa baik anda semua. =). Berakhirnya viva, bermakna semakin hampir berkhirnya semester ini. Sebak untuk diingat semula. Segala- galanya memberikan ertinya tersendiri....

         

Sunday, November 20, 2011

20112011

Assalamualaikum w.b.t

          Ffffuuuuuuhhhhhhhhhhhhh. Buang sikit habuk kat blog ni. Hik3. Dah lama tak update. Kadang-kadang rindu nak update, tapi kadang-kadang terfikir patut ke semua benda saya nak ceritakan kat umum. Mungkin satu hari nanti saya akan privatekan blog ni. Tapi ini hanya MUNGKIN. Niat asal hanya untuk jadikan blog ni diari harian saya. Tapi lama kelamaan ramai pulak orang terdekat dah tahu link blog ni. Salah sendiri la ni..

          Sebenarnya nak cerita hal lain. Tapi sorilah sape yang tak kenal saya. Saya memang suka mengarut sebelum sampai ke destinasi yang sepatutnya. ha3. Cantikkan tarikh hari ni. 20112011. Sebenarnya hari ni saya dapat anak saudara baru. Comel sangat. Baru je abang yang jauh di Sabah tu hantar gambar. Tapi sayangnye jauh untuk saya melawat hero baru keluarga kami ni. Semoga membesar dengan sihat. Berjasa pada umi dan abi dan menjadi khalifah yang 'adil' di bumi tuhan ini.

          Tak sabarnya bibik nak jumpa baby baru. Berita gembira untuk kami sekeluarga juga, abang dapat ditukarkan ke Pahang tahun depan. =). Alhamdulillah tahun ini banyak berita gembira untuk keluarga kami. Tahniah juga untuk anak saudara, Syamil yang dapat 5A dalam UPSR. Semoga dapat berbakti pada emak dan ayah seterusnya jadi contoh untuk adik-adik..=)

Sunday, October 16, 2011

Orked untuk emak.. =)

Assalamualaikum w.b.t

Baca tajuk entri pun dah tahukan saya nak cerita tentang ape? He3. Punya bosan tahap tak sedar diri next week ada 3 test , 1 pembentangan dan 1 microteaching boleh pulak saya jalan-jalan berpoya-poya kat pesta konvo petang tadi. (T_T). Owh nangis la ko sorang-sorang..  Hajat hati nak teman Syakirin jogging, tapi dia ajak berjalan-jalan kat luar kolej. Kami keluar agak lewat sikit sebab tak rancang pun nak berjalan ni. Jom tengok ape yang saya dapat masa jalan-jalan tadi. =p

Owh cantik sangat.. Syida suka yang ni eh???
Ehhh kenapa cantik sangat ni!!!!


Alololo comelnye BUDAK GEMUK.. ok tak kelakar. Ni bukti saya sampai kat sana jadi orang tak sedar diri macam tak da keje lain nak buat. =p

Akhir sekali, terima kasih kirin teman saya jalan-jalan. Petang esok kita jalan-jalan lagi tengok orked putih, merah dengan ungu pulak. He3..

Sekian dari saya yang tak sedar diri. (^_^)
Harap-harap mak seronok dapat bunga orked ni.

Duniaku

Assalamualaikum w.b.t

          Inilah dunia saya. Keluarga saya. =). Ada sebuah keluarga yang besar seperti ini sesuatu yang membahagiakan. Percayalah.. Kenangan semasa kecil dahulu paling seronok untuk dikenang. Bila sesekali kami berkumpul beramai-ramai di teratak ayahanda dan bonda, pasti kenangan itu yang akan kami kongsikan semula. Bergelak ketawa dan mengungkit suka duka cerita lama.



Pst: Sebenarnya saya rindu pada abang yang jauh di Sabah. =(

Wednesday, September 7, 2011

Raya Pertama 2011

Adik bongsu, abang bongsu, kakak bongsu, emak dan bapaknye. he3

bersama dua orang ahli keluarga baru, abang man dan ain.. =)

si bongsu bersama kesayangannya.. =)

Friday, June 17, 2011

Bibik dan pengawalnya...

Assalamualaikum w.b.t

         Cik Jan belanja makan lagi. Tapi tak ingat bila. Kali ni makan-makan kat Tasik Jaya. Restoran kawan Cik Jan. Sebab Cik Jan nak belanja bibik makan malam, abi kita suruh bibik bawak kita sebagai pengawal. ha3... Kita baik je masa jadi pengawal malam tu. Mula-mula singgah klinik sebab Cik Jan demam. Dia nak beli ubat untuk stand by....

          Masa sampai kat restoran kawan Cik Jan, hujan renyai-renyai. Cik Jan kene dukung saya sebab bibik kena payungkan kami. Betullah orang kata orang perempuan ni payung kepada orang lelaki...=p... Cik Jan demam. Kesian. Dia pun memang tengah lapar sangat-sangat. Bibik dengan Cik Jan order air panas, nasi putih, tomyam campur, telur dadar dengan paprik... Bibik suap saya air. Saya pun buat aksi mengada-ngada kononnya air kat kedai tu sedap sangat. ha3. Lepas tu Cik Jan dukung saya sambil tengok-tengok tasik...

Bibik dan pengawalnya... =)

Saya dan Cik Jan. Best baring kat Cik jan sambil tengok tv...

Gambar ni gelap sikit
Yang ni ok sikit....

          Saya sempat makan sikit je. Sebab saya dah mengantuk. Saya tertidur atas riba bibik. Tapi jangan risau kami sampai rumah atuk dengan nenek dengan selamat. Terima kasih, Cik Jan!!!

Sekian dari,
Nuaim Nasrullah Belly @ Mohd Shaffie

Monday, March 28, 2011

Jiran Terlampau...

Assalamualaikum w.b.t...

          Macam biasa blog masih kucar-kacir...=p... Hati tengah bengkak. Hal JIRAN TERLAMPAU ni la. Aduhai jiran yang tak pandai mengenang budi apatah lagi belajar adab berjiran. Aib keluarga kami juga yang ko cuba nak canang. Tapi minta maaf la. Kami sikit pun tak terganggu. Orang lain pandai menilai. Hati kalau dah tak elok, tapi berlakon alim dan baik pun orang boleh nampak..

          Pernah terbaca satu situasi ni. Kalau kita difitnah orang, kita jangan doakan yang buruk-buruk untuk si pemfitnah. Doakan 'dia' supaya diberi petunjuk pun jangan, sebab waktu kita berdoa tu kita ada niat yang tidak elok atau negatif. Apa yang perlu kita buat, hanya melakukan perkara harian seperti biasa. Sebab Allah tahu segala apa yang terjadi.

           Harap sangat mak jadi orang kuat untuk masa sekarang ni dan akan datang. Dengan keadaan buah pinggang mak yang bengkak sebelah ni, orang sangat-sangat risau. Selalu air mata mengalir takut orang akan kehilangan mak. Orang nak sangat mak ada waktu orang perlukan mak. Kita selalu kongsi cerita dan mak cakap bila orang dah kahwin, masa orang bersalin, mak nak sapukan pilis kat dahi. Mak nak jaga orang elok-elok. Orang dah besar pun mak masih nak jaga orang. Orang sedih sangat bila mak cakap macam tu. Takut-takut orang tak mampu jadi seorang ibu yang baik macam mak untuk anak-anak orang.

          Mak, orang janji, bila dah kerja orang akan cuba tunaikan apa-apa permintaan mak. Perasaan sekarang sangat tak senang. Salah satu sebab jiran terlampau kita buat dan fitnah tu disebabkan orang. Minta maaf mak. Orang tak kan lupa apa yang dia selalu buat pada keluarga kita. Setahun je lagi orang nak habis belajar. Orang janji, orang akan selalu dekat dengan mak. Mak je yang selalu dan dapat lembutkan hati orang yang keras ni. Mak tabah tau. Orang sayang sangat mak dengan keluarga kita....

Tuesday, November 9, 2010

31 OKTOBER 2010

Kekuatan dan kebahagiaan kami.


Adik-beradik saya. Gambar kakak tak ada. =(


Sebahagian daripada saudara mara yang hadir.


Anak saudara dan sepupu..=)

Tuan rumah dan Encik M.


Semoga mak dan bapak selamat dan mendapat haji yang mabrur.
Kami sentiasa doakan yang terbaik untuk mak dan bapak.
Sayang mak dan bapak untuk selama-lamanya.


Entri ini agak lambat untuk dipublish.
Hanya bertujuan untuk dijadikan kenangan pada hari tua nanti..=p

Saturday, January 2, 2010

Hantaran hati

Salam...





















Semua hantaran di atas merupakan buah tangan daripada kami sekeluarga untuk tunang kakak.
Gubahan untuk hantaran-hantaran ini idea saya dan kakak.
Percubaan pertama kami. He3
    

Thursday, September 10, 2009

Saya bangga dengan mereka…

          Seringkali tarikh Hari Ibu diperdebatkan. Hal ini kerana setiap negara di dunia ini mempunyai tarikh-tarikh mereka yang tersendiri untuk menyambutnya. Seperti di Indonesia, Hari Ibu disambut pada tanggal 22 Disember manakala kebanyakan negara-negara di barat menyambut hari bersejarah tersebut pada hari ahad minggu kedua pada setiap bulan Mei. Bagi saya setiap hari merupakan hari ibu. Sungguh bahagia rasanya menjadi seorang anak kepada insan tersebut. Ya, sudah pasti insan yang bernama Sumijah Binti Dorman itu saya anugerahkan sebagai ibu terbaik sepanjang tahun bahkan setiap tahun..

         Teringat satu ketika, bangun saja dari tidur saya mendapatkan emak. Saya kata padanya “Selamat Hari Ibu, mak”. Saya tahu hati mak sebak masa tu. Sebab mak tunduk je masa tu. Tapi saya nampak mak tersenyum. Namun saya teruskan juga kata-kata lain. Saya tambah lagi, “Semoga mak sihat-sihat je selalu”. Walaupun suara tergetar-getar menahan tangis, saya kuatkan juga untuk melafazkan kata-kata tu. Sebab saya nak mak tahu saya sentiasa harapkan yang terbaik untuk mak dan saya sayang sangat kat mak. Untuk melindungi kesedihan saya itu, saya perdengarkan kepada mak sebuah lagu. Saya katakan pada mak, “Mak dengar la lagu ni. Lagu ni untuk mak”.

YAKINLAH AKU MENJEMPUTMU
(KANGEN BAND)

Teringat selalu,
Wajah kekasihku,
Sewaktu menuai lagu,
Coba engkau dengarkan,
Kutuaikan ada,
Lirik lagu sederhana,
Kuceritakan kisah tentang kita.
Peluklah tubuhku,
Bila engkau rapuh,
Saat kau mulai terjatuh,
Aku datang menyelamatkanmu,
Ini surga kita,
Tiada yang menguasainya,
Tempat kita bersandar dan bertakhta.
Tenang sayang,
Ku pasti akan datang.
Yakinlah aku menjemputmu,
Jangan menangis,
Hapus air matamu,
Yakinlah kutetap milikmu.
Tenang sayang,
ku tepati janjiku,
Kerna kau WANITA TERHEBAT,
Peluk tubuhku,
Mati lagi pelukanku,
Biar seluruh jagat rakyat tahu…

          Saya mengaku saya boleh dikatakan seorang anak yang manja. Ketika cuti hujung minggu, terutamanya semasa saya di semester kedua di universiti saya kerap pulang ke rumah untuk berjumpa dengan mak. Sehingga ada teman yang perasan dan mengatakan “Eh, die kan baru je balik rumah minggu lepas. Minggu ni nak balik lagi?”. Apa pun pandangan orang terhadap tabiat saya yang suka balik ke rumah ni saya x kisah sebab saya ada pandangan saya tersendiri. Bagi saya sementara mak saya ada ni la saya kena ambik peluang untuk bermesra dan bermanja dengan dia. Takkan bila satu masa bila mak dah tak de baru saya nak teringatkan mak. Betul tak?. Jadi, kepada kawan-kawan yang selalu pertikaikan kenapa saya selalu sangat balik rumah inilah jawanpannya. Ini pandangan saya. Kalau anda semua tak setuju tak ape la. Sebab kitakan manusia yang berbeza.

          Saya nak bina seberapa banyak kenangan manis yang boleh dengan mak sampaikan satu masa nanti saya sendiri tak boleh nak pilih yang mana satu kenangan manis kami. Sebabnya bagi saya semua masa bersama mak merupakan kenangan manis saya dengan mak. Saya sayang sangat dengan mak saya. Mak orang yang sangat-sangat kuat, cekal dan tabah. Baru sekarang mak dengan bapak baru dapat mengumpul duit untuk pergi ke Makkah. Alhamdulillah, mereka hanya tunggu nama mereka dipilih sahaja untuk berangkat ke tanah suci. Dulu bukan kerana mereka tidak berkemampuan tetapi duit mereka banyak digunakan untuk membesarkan dan menyekolahkan kami lapan beradik. Pembelajaran kami semua tidak terhenti setakat tingkatan lima sahaja. Oleh itu, harta yang ada digunakan untuk membina masa depan kami adik-beradik. Mak dengan bapak tak pernah merungut. Jika orang lain dapat membesarkan rumah dan mengumpulkan harta sebanyak mungkin, mak dengan bapak mempertaruhkan serta melaburkan segala wang ringgit mereka semuanya untuk anak-anak. Supaya kami adik-beradik selesa dan dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat tertinggi. Sekarang, tinggal saya sahaja yang masih menuntut. Saya pasti mak dengan bapak gembira dengan kejayaan anak-anak mereka ini.

          Kini, sudah pasti mak dengan bapak tidak perlu susah lagi mengumpul duit untuk membesarkan “villa indah” kami ini kerana kami “harta-hartanya” ini sudah mampu membantu. Kejayaan kami semua menjejak menara gading hasil asuhan, didikan dan kasih sayang mak dengan bapak yang tak berbelah bagi. Tidak lagi kami tega melihat mak dengan bapak menumpahkan keringat berharga kalian itu. Biarlah mak dengan bapak menikmati segala “faedah dan hasil pelaburan” mereka sekarang kerana kami semua (SARIMAH, SOBAH, JORAIMY, MOHD SHAFIE, SYAHRIMAN, MOHD SYAHRIL, NOR SYAKINAH dan NUR IZZATI) berbangga menjadi anak-anak kepada pasangan insan yang bernama TUMINGAN BIN KASWAN dan SUMIJAH BINTI DORMAN. Terima kasih mak dengan bapak…
saya sayang mak dan bapak saya… anda bagaimana???