SAYA MENULIS DAN MENCATAT
APA YANG TERLINTAS
DAN TERBUKU DI HATI DAN FIKIRAN...
KERANA PERKARA SEPERTI INI
MAMPU MENENANGKAN HATI SAYA...
SESUNGGUHNYA KETENANGAN ITULAH
YANG MENGUATKAN SAYA UNTUK MENERUSKAN KEHIDUPAN...

Monday, March 28, 2011

Jiran Terlampau...

Assalamualaikum w.b.t...

          Macam biasa blog masih kucar-kacir...=p... Hati tengah bengkak. Hal JIRAN TERLAMPAU ni la. Aduhai jiran yang tak pandai mengenang budi apatah lagi belajar adab berjiran. Aib keluarga kami juga yang ko cuba nak canang. Tapi minta maaf la. Kami sikit pun tak terganggu. Orang lain pandai menilai. Hati kalau dah tak elok, tapi berlakon alim dan baik pun orang boleh nampak..

          Pernah terbaca satu situasi ni. Kalau kita difitnah orang, kita jangan doakan yang buruk-buruk untuk si pemfitnah. Doakan 'dia' supaya diberi petunjuk pun jangan, sebab waktu kita berdoa tu kita ada niat yang tidak elok atau negatif. Apa yang perlu kita buat, hanya melakukan perkara harian seperti biasa. Sebab Allah tahu segala apa yang terjadi.

           Harap sangat mak jadi orang kuat untuk masa sekarang ni dan akan datang. Dengan keadaan buah pinggang mak yang bengkak sebelah ni, orang sangat-sangat risau. Selalu air mata mengalir takut orang akan kehilangan mak. Orang nak sangat mak ada waktu orang perlukan mak. Kita selalu kongsi cerita dan mak cakap bila orang dah kahwin, masa orang bersalin, mak nak sapukan pilis kat dahi. Mak nak jaga orang elok-elok. Orang dah besar pun mak masih nak jaga orang. Orang sedih sangat bila mak cakap macam tu. Takut-takut orang tak mampu jadi seorang ibu yang baik macam mak untuk anak-anak orang.

          Mak, orang janji, bila dah kerja orang akan cuba tunaikan apa-apa permintaan mak. Perasaan sekarang sangat tak senang. Salah satu sebab jiran terlampau kita buat dan fitnah tu disebabkan orang. Minta maaf mak. Orang tak kan lupa apa yang dia selalu buat pada keluarga kita. Setahun je lagi orang nak habis belajar. Orang janji, orang akan selalu dekat dengan mak. Mak je yang selalu dan dapat lembutkan hati orang yang keras ni. Mak tabah tau. Orang sayang sangat mak dengan keluarga kita....

4 comments:

  1. amin!~semoga mak zati tabah menghadapinye~

    ReplyDelete
  2. amin..semoga ibu zati tabah menghadpi dugaan ni ye=)

    ReplyDelete
  3. berat kan bila kena macam ni..family aku da bese ti..n now..giliran aku...bertimpa2 rasanya..nak diluah..xtau nak luah kat sape..terasa bersendirian skunk..apa pun..dugaan ni dugaanNya..nak xnak,,,harus lalui jugak..aku doakan moga mak ko sentiasa baik2 je..mak ko baik sangat ti..dat y aku suka dtg uma ko..aku da anggap mak ko macam mak aku..apa pun..moga ko xterlalu stress..cayouk2 tuk study ko..xlama lg..tunaikan la impian yg ko nak bg kat mak ko.. :)

    ReplyDelete

teguran anda menjadi panduan untuk saya. terima kasih...