SAYA MENULIS DAN MENCATAT
APA YANG TERLINTAS
DAN TERBUKU DI HATI DAN FIKIRAN...
KERANA PERKARA SEPERTI INI
MAMPU MENENANGKAN HATI SAYA...
SESUNGGUHNYA KETENANGAN ITULAH
YANG MENGUATKAN SAYA UNTUK MENERUSKAN KEHIDUPAN...

Thursday, September 10, 2009

Saya bangga dengan mereka…

          Seringkali tarikh Hari Ibu diperdebatkan. Hal ini kerana setiap negara di dunia ini mempunyai tarikh-tarikh mereka yang tersendiri untuk menyambutnya. Seperti di Indonesia, Hari Ibu disambut pada tanggal 22 Disember manakala kebanyakan negara-negara di barat menyambut hari bersejarah tersebut pada hari ahad minggu kedua pada setiap bulan Mei. Bagi saya setiap hari merupakan hari ibu. Sungguh bahagia rasanya menjadi seorang anak kepada insan tersebut. Ya, sudah pasti insan yang bernama Sumijah Binti Dorman itu saya anugerahkan sebagai ibu terbaik sepanjang tahun bahkan setiap tahun..

         Teringat satu ketika, bangun saja dari tidur saya mendapatkan emak. Saya kata padanya “Selamat Hari Ibu, mak”. Saya tahu hati mak sebak masa tu. Sebab mak tunduk je masa tu. Tapi saya nampak mak tersenyum. Namun saya teruskan juga kata-kata lain. Saya tambah lagi, “Semoga mak sihat-sihat je selalu”. Walaupun suara tergetar-getar menahan tangis, saya kuatkan juga untuk melafazkan kata-kata tu. Sebab saya nak mak tahu saya sentiasa harapkan yang terbaik untuk mak dan saya sayang sangat kat mak. Untuk melindungi kesedihan saya itu, saya perdengarkan kepada mak sebuah lagu. Saya katakan pada mak, “Mak dengar la lagu ni. Lagu ni untuk mak”.

YAKINLAH AKU MENJEMPUTMU
(KANGEN BAND)

Teringat selalu,
Wajah kekasihku,
Sewaktu menuai lagu,
Coba engkau dengarkan,
Kutuaikan ada,
Lirik lagu sederhana,
Kuceritakan kisah tentang kita.
Peluklah tubuhku,
Bila engkau rapuh,
Saat kau mulai terjatuh,
Aku datang menyelamatkanmu,
Ini surga kita,
Tiada yang menguasainya,
Tempat kita bersandar dan bertakhta.
Tenang sayang,
Ku pasti akan datang.
Yakinlah aku menjemputmu,
Jangan menangis,
Hapus air matamu,
Yakinlah kutetap milikmu.
Tenang sayang,
ku tepati janjiku,
Kerna kau WANITA TERHEBAT,
Peluk tubuhku,
Mati lagi pelukanku,
Biar seluruh jagat rakyat tahu…

          Saya mengaku saya boleh dikatakan seorang anak yang manja. Ketika cuti hujung minggu, terutamanya semasa saya di semester kedua di universiti saya kerap pulang ke rumah untuk berjumpa dengan mak. Sehingga ada teman yang perasan dan mengatakan “Eh, die kan baru je balik rumah minggu lepas. Minggu ni nak balik lagi?”. Apa pun pandangan orang terhadap tabiat saya yang suka balik ke rumah ni saya x kisah sebab saya ada pandangan saya tersendiri. Bagi saya sementara mak saya ada ni la saya kena ambik peluang untuk bermesra dan bermanja dengan dia. Takkan bila satu masa bila mak dah tak de baru saya nak teringatkan mak. Betul tak?. Jadi, kepada kawan-kawan yang selalu pertikaikan kenapa saya selalu sangat balik rumah inilah jawanpannya. Ini pandangan saya. Kalau anda semua tak setuju tak ape la. Sebab kitakan manusia yang berbeza.

          Saya nak bina seberapa banyak kenangan manis yang boleh dengan mak sampaikan satu masa nanti saya sendiri tak boleh nak pilih yang mana satu kenangan manis kami. Sebabnya bagi saya semua masa bersama mak merupakan kenangan manis saya dengan mak. Saya sayang sangat dengan mak saya. Mak orang yang sangat-sangat kuat, cekal dan tabah. Baru sekarang mak dengan bapak baru dapat mengumpul duit untuk pergi ke Makkah. Alhamdulillah, mereka hanya tunggu nama mereka dipilih sahaja untuk berangkat ke tanah suci. Dulu bukan kerana mereka tidak berkemampuan tetapi duit mereka banyak digunakan untuk membesarkan dan menyekolahkan kami lapan beradik. Pembelajaran kami semua tidak terhenti setakat tingkatan lima sahaja. Oleh itu, harta yang ada digunakan untuk membina masa depan kami adik-beradik. Mak dengan bapak tak pernah merungut. Jika orang lain dapat membesarkan rumah dan mengumpulkan harta sebanyak mungkin, mak dengan bapak mempertaruhkan serta melaburkan segala wang ringgit mereka semuanya untuk anak-anak. Supaya kami adik-beradik selesa dan dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat tertinggi. Sekarang, tinggal saya sahaja yang masih menuntut. Saya pasti mak dengan bapak gembira dengan kejayaan anak-anak mereka ini.

          Kini, sudah pasti mak dengan bapak tidak perlu susah lagi mengumpul duit untuk membesarkan “villa indah” kami ini kerana kami “harta-hartanya” ini sudah mampu membantu. Kejayaan kami semua menjejak menara gading hasil asuhan, didikan dan kasih sayang mak dengan bapak yang tak berbelah bagi. Tidak lagi kami tega melihat mak dengan bapak menumpahkan keringat berharga kalian itu. Biarlah mak dengan bapak menikmati segala “faedah dan hasil pelaburan” mereka sekarang kerana kami semua (SARIMAH, SOBAH, JORAIMY, MOHD SHAFIE, SYAHRIMAN, MOHD SYAHRIL, NOR SYAKINAH dan NUR IZZATI) berbangga menjadi anak-anak kepada pasangan insan yang bernama TUMINGAN BIN KASWAN dan SUMIJAH BINTI DORMAN. Terima kasih mak dengan bapak…
saya sayang mak dan bapak saya… anda bagaimana???

No comments:

Post a Comment

teguran anda menjadi panduan untuk saya. terima kasih...