SAYA MENULIS DAN MENCATAT
APA YANG TERLINTAS
DAN TERBUKU DI HATI DAN FIKIRAN...
KERANA PERKARA SEPERTI INI
MAMPU MENENANGKAN HATI SAYA...
SESUNGGUHNYA KETENANGAN ITULAH
YANG MENGUATKAN SAYA UNTUK MENERUSKAN KEHIDUPAN...

Thursday, September 10, 2009

K.A.M.I

          Lama juga blog ini bersawang. he3. Salah satu puncanya adalah internet kat rumah ni agak slow sampai mood saya untuk berkongsi cerita hilang. hu3. Hari ini hari yang agak membosankan untuk saya pada sebelah paginya. Sebab utamanya kerana mak saya tak ada. Hari ini mak saya pagi-pagi lagi bersama-sama beberapa orang jiran yang lain mengikuti rombongan pengantin ke Kelantan. Aduh!!!!!! memang boring. Tapi saya still buat kerje-kerje kat rumah ni. Maklumlah saya tengah berlatih untuk jadi suri rumah untuk my future husband. (mesti En.M sengih-sengih je baca ni. Ha3). Untuk En.M, saya sedang cuba belajar-belajar ok!!!!

          Petang la paling saya seronok. Sebab malam semalam saya dapat panggilan dari kawan baik saya. Die cakap nak datang rumah saya petang ni. hik3. Excited sangat-sangat sebab dah lame tak jumpe dengan die. Pst: sebenarnya baru je jumpe die masa saya melawat penang bulan lepas. Tengok En.M konvo. he3. My best friend yang ambik saya kat stesyen bas butterworth. Thanks, Mohd Khairul Tarmizi… (jangan riak ok. he3)

          Sebenarnya mak nak batalkan rancangan untuk ke kelantan bila dapat tau kawan-kawan baik saya nak datang kat rumah ni. Tapi saya cakap kat mak tak ape sebab diorang akan datang lagi. He3. Memang pun. Diorang baru je balik bercuti semalam. Selalu tempat pertama yang diorang tuju mesti la villa ayah saya ni. he3. Mak pun mesti excited masak macam-macam makanan untuk diorang. Jeles betul. hu3. Tapi sebab diorang my bestfriends saya ok je…. Petang tadi ayah saya cuti. My b sebelum mak pergi die bagi tahu pada ayah saya yang kawan-kawan saya ni nak datang. Disebabkan mak tak ada so kalau ayah pergi kerje saya akan tinggal sorang-sorang kat rumah. So, mak mintak ayah cuti untuk temankan saya. Untuk elakkan cakap-cakap orang juga sebenarnya. Maklumlah kawan-kawan saya tu ada lelaki. Sportingkan diorang…

          Pukul 4 petang Adi sampai dulu. Saya siap-siapkan makanan yang mak suruh saya sediakan. Mak dah siap bagi menu sebelum die pergi pagi tadi. he3. Takut sangat “anak-anak” die lapar. Tak lama lepas tu Khai sampai dengan Ayu. Ape lagi kami mule berborak-borak untuk melepaskan rindu. Sambil-sambil tu mulut Khai dengan Adi tak berhenti-henti mengunyah. (Fenomena biase la kalau diorang kat rumah saya tu. he3). Seronoknye jumpe dengan diorang. Hilang rase boring dan yang paling penting persahabatan kami ini semakin terasa ikatannya.

          Topik pertemuan kami kali ini banyak menceritakan tentang perkahwinan. Mana taknya ramai kawan-kawan kami yang sudah berkahwin. Jeles jugak sikit-sikit. hu3. Kali ni saya yang selalu terkena memandangkan En.M sudah melangkah ke alam pekerjaan. Kawan-kawan cakap saya yang akan melangkah ke jinjang pelamin dulu. Eeerrkkkk!!!!! Saya x ready lagi ok. hu3. Khai dengan Ayu mungkin boleh sebab Khai dah banyak duit. Die simpan dan makan berjimat pun memang tujuan untuk kumpul duit nak kawin. Khai, sori terbocor rahsie kat sini… Hik3. Yang paling best kami ada buat perjanjian. Hadiah perkahwinan kami nanti saiznya mengikut tempoh perhubungan kami dengan pasangan masing-masing. (Setakat ni hubungan saya dengan En.M dah nak masuk 3 tahun. Doakan yang terbaik untuk kami ye). Untuk Khai dengan Ayu tak aci sambung-sambung ek. Sape suruh nak putus ari tu. So, start balik semule ek. ha3. Yang paling klaka, kami agak sukar untuk mengagihkan hadiah nanti kerana pasangan kami kenalan kami juga. So, tak kan dua-dua rumah nanti akan dapat hadiah. Adi selalu cakap rumah pengantin perempuan akan dapat hadiah remote tv, pengantin lelaki akan dapat bateri. Dan die akan mula bercerita tentang kepentingan bateri tu. Susah nak alih channel tv la. Ape la…. Ko kedekut sebenarnye. ha3

          Dan yang paling penting En.M pun ada petang tadi. Terima kasih En.M. En.M dah gelap sikit sekarang. Maklumlah dah bekerja. he3. Sempat juga saya bagi setem-setem yang saya belikan untuk En.M di pesta buku ari tu. Untuk Mohd Khairul Tamizi dan Mohd Abdul Hadi jutaan terima kasih yang tidak terhingga untuk kalian kerana telah mengenalkan saya dengan erti persahabatan yang sebenar. Kalian bukan sahaja sahabat yang baik malah abang yang selalu melindungi adik kalian ini. Nasihat dan tunjuk ajar kalian akan saya jadikan panduan untuk meneruskan kehidupan ini. Untuk Ayu, Puteri dan En.M welcome to our club. Jangan cemburu jika kami bertiga terlalu mengambil berat antara satu sama lain. Kerana kami sudah mempunyai “ikatan” yang sudah terlalu erat. Pernah melalui suka dan duka bersama. Maka tidak hairanlah jika kami bukan sahaja berteman dan berkawan, kerana kami juga BERSAHABAT… K.A.M.I

1 comment:

  1. ti..baca tentang ni wat aku rasa nak nages..doakan moga2 kata2 ko jd kenyataan buat kami.

    ReplyDelete

teguran anda menjadi panduan untuk saya. terima kasih...