SAYA MENULIS DAN MENCATAT
APA YANG TERLINTAS
DAN TERBUKU DI HATI DAN FIKIRAN...
KERANA PERKARA SEPERTI INI
MAMPU MENENANGKAN HATI SAYA...
SESUNGGUHNYA KETENANGAN ITULAH
YANG MENGUATKAN SAYA UNTUK MENERUSKAN KEHIDUPAN...

Tuesday, August 7, 2012

Salam Ramadhan.. =)

Assalamualaikum w.b.t

          Salam ramadhan semua. Agak terlewat untuk mengucapkannyakan??? Ramadhan hampir masuk ke fasa ketiga. Akhirnya ada juga kudrat Cik I nak update blog ni. Tahun ini Cik I melayari bulan ramadhan dengan status yang baru. Sebagai seorang penganggur yang berjaya. he3. Hampir tiga minggu Cik I dah ada kat rumah di Jengka. Menjadi pembantu suri rumah @ emak Cik I. Sehari selepas Cik I sampai dari Melaka hari tu sebenarnya Cik I ada dapat panggilan dari sebuah syarikat yang menawarkan Cik I kerja. Tawaran tu  Cik I terima sebab Cik I pernah hantar resume kat tempat Cik I belajar dulu masa sebelum Cik i keluar praktikum. Tapi Cik I belum bersedia lagi untuk bekerja dan nak berehat sekejap. Lagipun Cik I ada beberapa perkara yang perlu Cik I selesaikan dalam masa terdekat ni.

          Sebenarnya ramadhan kami kali ini tidaklah seperti tahun-tahun sebelumnya. Agak hambar kerana kami risaukan keadaan nenek yang sudah tidak mampu untuk makan dan minum di kampung. Saat entri ini ditaip, emak Cik I sudah 3 hari berada di kampung untuk menemani nenek di rumahnya. Rasa sangat janggal berpuasa tanpa emak di rumah. Semalam Cik I cuma berbuka puasa berdua dengan kakak Cik I di rumah kerana ayah Cik I belum sampai dari kampung. Hati Cik I sebak sangat masa tu. Terbayang kehidupan kami jika tiada emak dan ayah... =(... Berbalik semula tentang nenek tadi, Cik I cuma tinggal seorang nenek tu saja. Dan dari kecil, Cik I cuma pernah rasa kasih sayang dari nenek yang tu je sebab nenek Cik I sebelah ayah memang Cik I tak pernah jumpa sebab dah meninggal sebelum Cik I lahir lagi. Jadi mestilah Cik I sayang sangat pada nenek ni. Kalau ditakdirkan nenek Cik I yang ni pun pergi, Cik I dah tak ada nenek lagi.. ='(... Apapun yang bakal berlaku Cik I cuma harapkan yang terbaik untuk kami sekeluarga. Dugaan yang berlaku pasti ada hikmahnya dan masih ada lagi orang yang lagi sedih dari kami semua..

          Tahun ini insyaallah tahun terakhir Cik I berpuasa dan beraya sebagai orang bujang. Setelah hampir tiga tahun Cik I minta perkara ini ditangguhkan, akhirnya hati Cik I terbuka untuk melangkah satu lagi fasa baru dalam kehidupan. Banyak perkara yang Cik I fikirkan dalam hidup ini. Cik I paling takut kalau Cik I tak mampu laksanakan tanggungjawab yang diamanahkan kepada Cik I. Takut juga mengecewakan banyak pihak. Alhamdulillah dalam masa tiga tahun ini Cik I dah belajar banyak perkara. Hidup ini banyak pancarobanya. Indah atau sebaliknya bergantung kepada cara kita mengendalikannya.=). Dalam hidup Cik I sekarang, Cik I hanya harapkan keredhaan dariNya. Sebab Cik hanya mahu kebahagiaan dan kesederhanaan hidup yang sentiasa di bawah rahmat dan keredhaan Allah. Itulah yang lebih baik..

          Dah banyak Cik I melalut ini. Doakan yang terbaik untuk kami semua ya. Cik I juga selalu doakan yang terbaik untuk keluarga dan kawan-kawan Cik I semua. Salam ramadhan untuk semua. Semoga ramadhan kita kali ini lebih baik daripada yang sebelum ini.  

sumber daripada google.. =)

No comments:

Post a Comment

teguran anda menjadi panduan untuk saya. terima kasih...