SAYA MENULIS DAN MENCATAT
APA YANG TERLINTAS
DAN TERBUKU DI HATI DAN FIKIRAN...
KERANA PERKARA SEPERTI INI
MAMPU MENENANGKAN HATI SAYA...
SESUNGGUHNYA KETENANGAN ITULAH
YANG MENGUATKAN SAYA UNTUK MENERUSKAN KEHIDUPAN...

Saturday, July 30, 2011

Ehem...

Assalamualaikum w.b.t

          Rasanya sudah lama saya tidak bersiaran. Jadual harian tidaklah sesibuk mana. Macam biasa penyakit malas yang susah dihakis.. =).. Banyak cerita yang hendak dikongsi. Edisi pulang ke kampung di Kuala Selangor. Melawat Bukit Melawati yang penuh sejarahnya tersendiri. Kisah ke Kuantan bersama En. M menonton Transformer, filem yang mampu membuatkan saya terpaku. Lawatan ke pulau kelahiran Mahsuri, Pulau Langkawi. Belum lagi kisah menghabiskan duit di Padang Besar Perlis.. Cerita tentang durian yang tak berkesudahan begitu juga si comel anak-anak ayam kampung  pemberian En. M. Sudut penjuru laman yang sedang dihias dengan taman mini bersama kolam kecil.. Ah, rindunya untuk berceloteh panjang. Semoga masa yang lapang akan datang tidak akan disia-siakan.. =)

No comments:

Post a Comment

teguran anda menjadi panduan untuk saya. terima kasih...