Assalamualaikum w.b.t
Minggu ini, hari minggu saya dan beberapa orang teman seperjuangan terisi dengan aktiviti yang diaturkan oleh pihak sekolah. Satu lagi pengalaman yang sangat berharga telah kami semua perolehi. Kali ini kami ditugaskan untuk menjadi fasilitator bagi progaram Kem Kepimpinan Pengawas dan Exco Pengawas SMKTPM. Bermula dengan pendaftaran, ice breaking, ceramah, latihan dalam kumpulan, pengucapan awam, kepimpinan, aktiviti burung hantu, bbq dan berakhir dengan post mortem. Apabila melihat ada perubahan dan peningkatan pada diri anak-anak bakal pemimpin negara setelah mengikuti kursus ini, saya rasa puas hati dengan segala pengorbanan semua pihak yang terlibat. Segala yang terjadi menjadikan kami lebih dekat dan rapat. Yang penting kursus ini menerbitkan satu lagi kenangan indah dalam diari kehidupan saya.. =)
No comments:
Post a Comment
teguran anda menjadi panduan untuk saya. terima kasih...