SAYA MENULIS DAN MENCATAT
APA YANG TERLINTAS
DAN TERBUKU DI HATI DAN FIKIRAN...
KERANA PERKARA SEPERTI INI
MAMPU MENENANGKAN HATI SAYA...
SESUNGGUHNYA KETENANGAN ITULAH
YANG MENGUATKAN SAYA UNTUK MENERUSKAN KEHIDUPAN...

Friday, May 4, 2012

Tak faham

Assalamualaikum w.b.t

          Sejak akhir-akhir ni, saya makin tak faham dengan orang sekeliling saya atau lebih tepat teman saya yang sudah saya kenal lama tetapi kami hanya boleh mengetahui perkembangan masing-masing hanya di FB kerana berjauhan. Sebelum ini ramai teman-teman ada mengadu pada saya tentang status di FB AK. Status yang kami semua rasa sangat tak masuk akal. Minta maaf si teman kalau saya katakan yang kami pernah menganggap status kamu itu agak merimaskan. Sejak dua menjak ini, semakin banyak status yang si AK naikkan di FBnya. Salah satu statusnya ada mengatakan yang dia ada membuang temannya dari dalam senarai FBnya kerana suka menaikkan status yang tidak menyenangkan. Bila perkara ini terjadi, saya mula terfikir seketika. Hati mula tertanya-tanya. Boleh pulak si AK menganggap status FB orang lain tidak elok dan tidak bagus. Sedangkan kami yang sudah sekian lama terpaksa mengadap statusnya yang lagi mengarut itu tidak pula sampai nak buang kawan dari FB. Sebab kami tahu si AK ni seorang yang mudah kecil hati. Nak ditegur lebih-lebih, akhirnya kesalahan akan diletakkan pada kami juga. Macam manalah agaknya nak sedarkan sikit orang yang susah nak terima pendapat orang lain ini?. 

          Inilah padahnya jika FB dijadikan tempat untuk meluahkan segala perasaan. Berkongsi pendapat tidak mengapa bagi saya tetapi berkongsi perasaan tu yang mendatangkan masalah. Mengadulah pada tuhan kerana bagi saya DIA yang lebih berhak daripada kita mengadu pada tempat yang tidak sepatutnya, akhirnya salah faham yang berlaku. Setiap orang ada pilihan dan pendapat masing-masing. Jadi, kalau tak suka pada pendapat atau pilihan orang lain, tak salah. Cuma janganlah menghentam orang yang kita tidak suka tu. Lahirkankan atau kongsikanlah pendapat atau idea kita pula. Hidup kat dunia saling hormat-menghormati boleh tak??? Pening kepala nak layan perangai sorang-sorang..=p




Sumber: Pakcik Google..

Pst: Ada terbaca bait sajak saya di satu blog. Saya tahu apa yang kamu buat.. =)

4 comments:

  1. Huhu... AK?? Status aku ada menganggu korang tak? Ce citer........

    ReplyDelete
  2. mane ade muz.. ha3 muz EM. jauh dgn AK...=p
    jgn risau cume b'kongsi cerita je.
    ramai yg touching bile bace entri ni.
    padahal x tulis nama n tuju kt sape2 secara spesifik..
    tp kalau yg terasa tu mcm penah bt je la tu. ha3

    ReplyDelete
  3. Haha... Saja tanya. Sebab ramai jugak yg pernah terganggu dgn status FB yang penuh maksud tersirat tu, padahal tak ditujukan kpd empunya diri san kadang2 mmg tak ditujukan kps sesiapa, cuma rasa nak tulis mcm tu je..:)

    ReplyDelete
  4. ha3.. biase la muz.. kadang2 kite nk tuju pada org lain tp org lain yg terasa... =)

    ReplyDelete

teguran anda menjadi panduan untuk saya. terima kasih...