Assalamualaikum w.b.t
Malam ni malam kedua saya menginap di rumah baru merangkap rumah sewa a.k.a rumah sementara. Bermulanya kehidupan baru dalam kehidupan saya. Rasa tak percaya pun ada. Beberapa hari je lagi kami nak keluar berpraktikal. Hampir empat tahun saya hidup berkelana dan mengembara. Semua perkara ini rasanya sukar untuk digambarkan. Gembira, suka semuanya ada. Duka pun tidak pernah terlupa. Apa- apa yang terjadi hidup perlu diteruskan. Bertahan untuk beberapa bulan je lagi mengadap suasana, kerenah manusia dan sebagainya. Insyaallah kurang lima bulan lagi saya akan melangkah ke fasa baru lagi dalam kehidupan dan jika diizinkan Allah tiga bulan seterusnya fasa yang baru juga akan menanti. Semoga semuanya baik- baik sahaja dan sesungguhnya semuanya saya harap mendapat keizinan dan keredhaan Allah.. =)
Pst: Selamat berpraktikal untuk kawan- kawan PBMP sesi 2008/2012 dan salam perkenalan untuk warga SMK Tinggi Perempuan Melaka...
Salam, Subhanallah...meneukan kita di sini.
ReplyDeleteAkak rupanya yang praktikal sekali dengan kak Asilah ya...sebab masa belajar kelas dengan Dr. D. Melebek tu, dia ada sebut nama akak. Kan sama nama dengan anak dia kan. macam2 la cerita pengalaman memantau diceritakan kepada kami.
Rupa-rupanya ini orangnya :)
Rencana Allah, hebat!