Syurga di hati…. Ya, inilah nama tajuk novel terbaru yang kini menjadi koleksi saya. En. M yang hadiahkan. Terima kasih banyak-banyak En.M. He3. Tak sampai sehari pun novel ini menjadi milik saya tapi saya sudah berjaya membacanya sehingga habis. Rekod terbaik saya dalam pembacaan novel setakat ini ialah saya pernah menghabiskan tiga buah novel yang baru dibeli yang muka suratnya lebih 500 helai setiap satunya hanya 1 malam sahaja. he3…
Bercerita tentang Novel Syurga di Hati yang di karang oleh Fatin Nabila ini, bagi saya ceritanya agak klise dan jalan ceritanya hampir sama dengan novel-novel keluaran novel alaf 21 yang lain. Apa-apa pun novel ini boleh dikatakan menarik dan susunan kata dan ayatnya agak simple dan tak susah la untuk saya memahaminya. ha3. Klaka la pulak rasenye komen-komen ni.
Pada kulit novel ini ada gambar sebuah rumah kayu yang terletak di tepi laut. Semasa En.M menghulurkan novel ini kepada saya En.M sempat berkata “tengoklah syurga die. Simple je”…. Saya mula terfikir akan kata-kata En.M. Sebelum ini En.M selalu berkongsi tentang cita-citanya serta impiannya kepada saya. En.M memang seorang yang sederhana dalam kehidupannya. Dan ape yang penting En.M memang cintakan bidang pertanian. En.M sudah mempunyai beberapa perancangan dalam bidang pertanian dan sekarang die sedang merangka strategi untuk berkecimpung ke dalam bidang pertanian. Saya sentiasa mengharapkan yang terbaik untuk En.M. Dan dari kesederhanaan En.M inilah saya perasan yang En.M mungkin ingin menyampaikan mesej kepada saya bahawa rumah kayu juga mampu menjadi syurga kepada saya jika di dalam rumah tersebut terdapat kasih sayang dan kebahagiaan yang melimpah ruah…
Semasa kami berjalan-jalan di pasar malam, kami terserampak dengan kawan-kawan sekolah kami dulu (kawan kelas En.M). Mereka baru je habis reunion di rumah guru kelas mereka. Apa yang membuatkan hati saya tersentak apabila salah seorang daripada mereka berkata, “eh, korang still couple?”. Saya dan En.M hanya tersenyum. Hati saya mula terdetik, adakah setiap manusia yang berpasangan di dunia ini perlu bertukar-tukar pasangan setiap tahun?. Ataupun mereka berpendapat saya dan En.M mudah berubah hati apabila kami masing-masing berjauhan. Mana taknya En.M belajar nun jauh di utara manakala saya pula di sebelah barat Malaysia.
Saya akui saya memang mudah jemu. Tetapi apabila usia semakin meningkat dewasa saya mula memikirkan tentang sesuatu itu dengan lebih teliti. Saya juga telah belajar menjadi seorang yang lebih setia dan bertanggungjawab dalam sesuatu perhubungan. Berhadapan dengan orang yang mempunyai prinsip hidup yang jelas, sangat mencintai kehidupan berkeluarga dan menghoramati orang lain telah menjadikan saya seorang yang sangat-sangat bersyukur kepada tuhan kerana telah diberi peluang untuk mendampingi insan tersebut. Pada saya, jika seseorang itu mampu membuatkan kita selesa dan bahagia kenapa kita perlu bertukar pasangan yang lain. Saya bukanlah mencari pasangan hidup yang kacak, kaya, berkedudukan dan sebagainya. Saya memilih En.M diesebabkan kesederhanaannya. Apa yang membuatkan saya bertambah yakin dengannya, En.M selalu berkata yang die bercinta bukan untuk berseronok-seronok tetapi die bercinta untuk berkahwin.
Bagi saya kita tidak perlu mementingkan kesempurnaan dalam memilih pasangan hidup kerana kita juga mempunyai banyak kelemahan yang menjadikan kita sendiri tidak sempurna. Kepercayaan, keikhlasan, kejujuran dan kerjasama adalah tiang untuk kita membina sesuatu kebahagiaan. Adatlah jika hati kita kadangkala tercuit dengan perasaan curiga sepanjang tempoh perhubungan dan perkenalan bersama pasangan. Namun sebagai hamba Allah yang mempunyai akal fikiran kita mestilah mengawal situasi itu dengan baik agar kita dapat bertindak secara rasional…
” KIRANYA TIADA CINTA UNTUKMU, CUKUPLAH CINTA ALLAH PENYULUH HIDUPMU! KELAK AKAN ADA CINTA UNTUKMU DARI INSAN YANG MENCINTAI ALLAH SEBAGAIMANA CINTAMU TERHADAP ALLAH”…
SYURGA DI HATI SAYA SELAIN ALLAH, RASUL DAN
FAMILY. HE3
Assalamualaikum W.B.T..
ReplyDeleteWah, indahnya entri kali ini. Semoga bahagia kekal menghuni percintaan kalian. Rasional dalam membuat keputusan dan perasaan, ok? Gambate des!!
salam...mcm dalam novel plak..bolah buat cerpen kisah kalian ber2 ni..boleh x sy pinjam kisah kalian ber2 untuk dijadikan cerpen???
ReplyDeletewarkah cinta= tahnks my friend... insyaallah sy igt pesanan dina...
ReplyDeletecik v.i=salam... err salam perkenalan.. jdkan cerpen??
ReplyDeletewow wow wow~
ReplyDeletesemoga happilu ever after.
btw, klise tu ape?
ekekeke
miss siv= thanks.. ho3
ReplyDeleteklise 2 mcm ko la mal...
err ak pn x tahu. ha3