Salam...
Sudah lama rasanya tidak menulis sesuatu yang baru di dalam blog ini. Entri-entri sebelum ini pun saya ambil dari blog lama saya. Banyak yang ingin dikongsikan bersama, namun ada saja yang menghalang niat murni saya ni. Ditambah pula dengan penyakit malas yang semakin menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini niat untuk menambahkan entri di dalam blog ini semakin terbantut. He3.
Hari ini merupakan hari jumaat bersamaan 1 Januari 2010 dan bersamaan juga dengan 15 Muharram 1431. Maknanya hari ini merupakan hari pertama dalam tahun baru ini. Apa agaknya azam tahun baru anda ya?. Pada tahun 2010 ini saya mula maemasang beberapa impian yang mungkin boleh saya jadikan sebagai azam antaranya adalah:
Saya mengharapkan lebih banyak kejayaan yang akan dapat saya capai terutamanya di dalam kehidupan dan pelajaran saya.
Saya juga harap keluarga saya akan sentiasa bahagia sampai bila-bila dan ayah serta emak saya gembira dan sihat selalu.
Azam saya tahun ini jugak mahu mendapatkan segera lesen P kereta sebelum pertengahan tahun ini dan saya juga berazam supaya tidak lagi ditipu ataudiambil kesempatanoleh institut memandu yang tidak bertanggungjawab itu lagi...
Saya mahu cipta banyak lagi kenangan manis bersama En.M. he3. Tahun ni kita nak pergi mana pulak? X sabar nak menghabiskanduitdan masa awak. He3
Semakin rajin menulis di blog ni. Ha3. Kalau boleh mahu menggunakan sepenuhnya Bahasa Malaysia yang sempurna. Maklumlah saya bakal guru Bahasa Malaysia ( InsyaALLAH. Doakan kejayaan saya)... Saya juga mahu memartabatkan bahasa yang sangat saya banggakan ini. Bahasakan jiwa bangsa....
Azam-azam lain belum lagi difikirkan....
Sebagai penutup untuk entri kali ini, saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 2010 kepada anda semua dan saya doakan tahun 2010 ini bakal memberi rahmat dan kejayaan yang besar kepada anda semua...
No comments:
Post a Comment
teguran anda menjadi panduan untuk saya. terima kasih...