SAYA MENULIS DAN MENCATAT
APA YANG TERLINTAS
DAN TERBUKU DI HATI DAN FIKIRAN...
KERANA PERKARA SEPERTI INI
MAMPU MENENANGKAN HATI SAYA...
SESUNGGUHNYA KETENANGAN ITULAH
YANG MENGUATKAN SAYA UNTUK MENERUSKAN KEHIDUPAN...

Tuesday, March 16, 2010

Sungguh sahabat, saya tidak mahu air matamu mengalir lagi...

Entri yang sekian lama berada di dalam draft..

Salam...
         
            Masa semakin pantas berlalu. Namun mata saya masih tidak mampu untuk dipejamkan. Masih terbayang di mata melihat sahabat yang tulus hatinya itu menangis. Saat itu semangat dan badan ini turut seperti mahu jatuh. Berat derita yang ditanggung kamu. Sehinggakan derita yang dipikulnya itu terasa turut berada di bahu saya. Sungguh hebat takdir dan dugaan yang diterimanya. Mungkin saya pernah menghadapi situasi yang sama sepertinya suatu masa dahulu sehinggakan setiap kepedihan yang bersarang di hatinya seperti turut tersimpan di hati saya. Siapa mereka yang sanggup mengadili sahabat saya itu sedemikian rupa. Bersabar dan berdoa wahai sahabatku. Saya setia menyokong dan mempercayai kamu.

Coretan ini untukmu sahabat,

          Mungkin kita tidak serapat mana. Namun bekerja dan menghabis masa bersama kamu sejak akhir-akhir ini telah mendekatkan kita. Tidak sedekat mana tapi saya percaya dan terasa diri ini sangat mengenali kamu. Kamu mungkin mudah 'panas' tetapi hati kamu tidak seperti zahir yang kelihatan itu. Dalaman kamu sangat lembut sehingga saya dapat merasai ketulusan hati kamu itu. Tidak mengapa wahai sahabat 'dia' bertindak sebegitu kepada kamu. Kerana suatu masa nanti si 'dia' pasti akan mendapat balasan yang setimpal dengan apa yang telah 'dia' lakukan terhadap kamu. Saya tahu hati bonda kamu pasti sayu dan tidak mustahil akan terguris. Saya sangat pasti si 'dia' tidak akan pernah bahagia suatu masa nanti kerana telah membuatkan kamu sebegitu sekali. Sama-sama kita berdoa semoga 'kebaikan si dia' itu akan diketahui oleh semua orang. Supaya semua orang tahu siapa dirinya yang sebenar. Saya mendoakan kamu sentiasa baik-baik sahaja di sana dan sentiasa diberikan ketabahan serta kekuatan untuk meneruskan hidup. Teruskan kehidupan dan semoga kebahagiaan akan sentiasa bersama kamu...


         

No comments:

Post a Comment

teguran anda menjadi panduan untuk saya. terima kasih...