Salam...
Malam ini saya pulang ke teratak ayahanda dan bonda. Mungkin boleh disimpulkan untuk lari seketika dari suasana hiruk-pikuk di 'ladang hijau'. Semoga apa yang diharapkan ini dapatlah mencapai objektifnya. he3...
Saya ingin berkongsi suatu pengalaman yang indah kepada anda semua. Mungkin indah hanya pada pandangan mata hati saya, tetapi bukan pada anda semua.Tanggal 14Oktober2010 pasti akan menjadi satu kenangan yang paling tidak akan saya lupakan untuk sepanjang hidup saya ini. Pada tarikh inilah saya dan rakan-rakan semester 5 Bacelor Pendidikan PBMP telah merasai pengalaman sebenar menjadi seorang guru di SMK Yaacob Latif, Kuala Lumpur. Terima kasih kepada pensyarah bagi subjek Pemulihan dan Pengayaan, Dr Roslan Baki yang mengizinkan kami merasai peluang ini, begitu juga kepada teman-teman sekumpulan yang membantu menjayakan proses pengajaran dan pembelajaran selama tempoh tiga jam dan tidak lupa juga kepada ALLAH yang telah memanjangkan umur dan memberikan saya nafas untuk menghirup udara nyaman dan membenarkan saya untuk menabur bakti kepada insan-insan di muka bumi ini.
Subhanallah besarnya ciptaan tuhan. Hati saya sangat terusik sebaik berada di SMKYL. Dengan waktu yang diberikan agak terhad untuk mengenali warganya, saya amat bersyukur kerana ditempatkan di kelas keenam kerana di dalam kelas inilah perasaan dan rasa bersyukur dengan segala nikmat yang diberi oleh tuhan semakin menggunung tingginya di dalam diri saya. Berhadapan dengan adik-adik yang mempunyai masalah dalam pembelajaran, autisme, sindrom down dan sebagainya membuatkan hati kecil ini berbisik sendirian. "Aku mesti kuat, supaya adik-adik ini dapat dibimbing untuk menjadi lebih kuat". Betapa indahnya variasi yang telah diciptakaan oleh MU Ya Allah. Apa yang pasti mereka mempunyai pelbagai kelebihan yang saya sendiri tidak menjangkanya.
Berhadapan dengan mereka telah membukakan hati dan mata saya seluas-luasnya. Ya Allah sayunya hati saya ketika ini. Semoga kehidupan Suraya, Nabila, Mustafa, Zhi Hwei dan Wei Koon serta adik-adik istimewa yang ada di kelas lain akan selalu di rahmati oeh tuhan. Berbual dengan mereka merupakan suatu moment yang indah bagi saya. Mana tidaknya jika hati saya sentiasa terhibur dengan luahan hati tentang harapan dan cita-cita mereka. Bertemu dengan mereka juga membuatkan saya untuk lebih bersedia pada masa hadapan. Mereka juga berjaya mengingatkan saya bahawa mereka juga mempunyai keinginan. Semoga saya mampu mempelbagaikan aktiviti dalam pengajaran dan bersedia dengan sesuatu aktiviti dan bahan bantu mengajar yang pelbagai supaya ianya seiring, selari tetapi bersesuaian dengan objektif pembelajaran.
Teringat peristiwa lucu apabila saya diminta untuk menyanyikan sebuah lagu untuk mereka. Hilang perasaan malu pada ketika itu. Permintaan adik-adik supaya saya menghiburkan mereka telah saya tunaikan. Walaupun bukan menyanyi secara bersendirian tetapi dibantu oleh teman-teman seperjuangan kakak harap adik-adik tehibur dengan lagu 'Bukit yang Cantik' itu. =).Biarpun saya hanya mengajar mereka untuk tempoh yang amat seketika,
tetapi percayalah mereka telah mengajar saya untuk mensyukuri
nikmat kesempurnaan seorang manusia.
(meminjam kata-kata seorang teman)
No comments:
Post a Comment
teguran anda menjadi panduan untuk saya. terima kasih...