SAYA MENULIS DAN MENCATAT
APA YANG TERLINTAS
DAN TERBUKU DI HATI DAN FIKIRAN...
KERANA PERKARA SEPERTI INI
MAMPU MENENANGKAN HATI SAYA...
SESUNGGUHNYA KETENANGAN ITULAH
YANG MENGUATKAN SAYA UNTUK MENERUSKAN KEHIDUPAN...

Monday, April 25, 2011

Di sana..

Assalamualaikum w.b.t


Di sana...


 Di sana aku berguru
Semata-mata untuk menuntut ilmu
Tekadang aku juga mudah jemu
Namun semangatku kembali bertamu
Tatkala mengenang ayah ibu



Di sana aku diseru
Supaya tidak berjiwa kaku
Dididik supaya berganding bahu
Diasuh menjadi insan yang serba tahu
Tanpa mengenal erti jemu



Di sana tercipta kenanganku
Bertemu sahabat dan juga seteru
Setelah kulalui jauh beribu batu
Kini ianya berubah menjadi seperti isi dengan kuku
Kenangan ini pasti tersemat di kalbu


Di sana itulah
Fakultiku...



# Fakulti Pengajian Pendidikan




2 comments:

  1. fuyy0..time exam week smpat tulis sajak ea zati..hehe

    ReplyDelete
  2. ni sbnrnye sajak yg kene htr kt tn.haji. ha3
    saje je publish kt sini.
    klu x t'pilih utk buku cenderamata upm boleh bt kenangan utk diri sendiri. =)
    syida kongsi la sajak syida pulak..

    ReplyDelete

teguran anda menjadi panduan untuk saya. terima kasih...