SAYA MENULIS DAN MENCATAT
APA YANG TERLINTAS
DAN TERBUKU DI HATI DAN FIKIRAN...
KERANA PERKARA SEPERTI INI
MAMPU MENENANGKAN HATI SAYA...
SESUNGGUHNYA KETENANGAN ITULAH
YANG MENGUATKAN SAYA UNTUK MENERUSKAN KEHIDUPAN...

Saturday, October 8, 2011

Terima kasih 'sahabat'

Assalamualaikum..

          Saya perasan entri saya sejak akhir-akhir ni sedih je. Bukan tak ada cerita yang menggembirakan, cuma saya tak rasa semuanya patut dikongsikan. Hari ni mungkin antara hari sedih saya di UPM. Sedih apabila kepercayaan saya kepada 'sahabat' di khianati. Pengajaran untuk kesekian kalinya untuk saya. Jangan terlalu percayakan orang. Jangan pinjamkan barang penting kepada orang (KAD MATRIK). Setiap orang tak punya hati dan perasaan yang sama. Mungkin sesetengah orang akan rasa gelisah selagi tidak memulangkan barang yang digunakan atau dipinjamkan daripada orang lain. Mungkin sesetengah orang tak rasa apa. Ingatlah, tak semua akan ada perasan yang baik pada kita. Minta maaf kepada sahabat yang ingin membantu kerana tidak memberi respon yang tidak sepatutnya. Apabila anda berasa dalam situasi yang sama, bagai mana pula perasaan anda??? Diasak soalan bertalu-talu ketika hati anda sedang sedih, tertekan dan runsing. Kesal kerana kerana terpaksa memberi tindak balas yang sebegitu.


terima kasih pakcik google...


*tolonglah pulangkan buku tu pada saya. Ringankan la beban saya nak bayar denda tu.
*kalau tak de sape yang mengaku anggap je la duit yang digunakan tu untuk membersihkan diri dan harta yang ada.
*Allah maha adil dan berkuasa. Alhamdulillah kerana datangkan saya dengan ujian ini. Kerana saya tahu DIA sayangkan saya. =)

2 comments:

  1. 'Jangan terlalu percayakan orang',nilah pengalamn zaty yg plg berharga.org lain mgkn x merasa, tp zati dh laluinya. bersyukurlah kerana Dia beri zati peluang utk merasa dan beringat utk ms akn dtg. Ye dak? :)

    ReplyDelete
  2. yup pengalaman ni sgt b'harga.
    baru la kite sedar tentang org yg slalu brada dlm kesusahan..
    ape2 pn b'syukur sgt dgn segala apa yg berlaku.. =)

    ReplyDelete

teguran anda menjadi panduan untuk saya. terima kasih...