SAYA MENULIS DAN MENCATAT
APA YANG TERLINTAS
DAN TERBUKU DI HATI DAN FIKIRAN...
KERANA PERKARA SEPERTI INI
MAMPU MENENANGKAN HATI SAYA...
SESUNGGUHNYA KETENANGAN ITULAH
YANG MENGUATKAN SAYA UNTUK MENERUSKAN KEHIDUPAN...

Tuesday, November 9, 2010

Final Exam kembali lagi!!!!!!!!!!


  • Hari ini kertas kedua yang saya ambil untuk peperiksaan akhir semester 5 di UPM. Alhamdulillah masih boleh bernafas lagi semasa melihat soalan isu-isu tadi. =p..
  • Peperiksaan pertama yang saya duduki tanpa mendengar suara mak. Saya cuba untuk menghubungi mak tetapi tidak mendapat maklum balas daripada mak di sana. Mungkin dia sedang sibuk... Hati merasa sebak ketika melangkah ke bilik peperiksaan.. Saya tahu mak tetap mendoakan kejayaan saya...
  • Hati masih meronta-ronta agar dapat mendengar suara mak walaupun seketika sebelum peperiksaan akhir semester ini habis. Aaaaahhhh sedihhhhhhhh.... macam manalah kehidupan orang yang kehilangan ibu dan bapanya..=(
  • Lepas ini mesti jadi anak yang paling taat dalam dunia... Kosong je dunia rasa bila tak nampak kelibat mereka kalau balik kampung.
  • Minggu depan Hari Raya Qurban. Macam mana agaknya suasana di rumah tanpa mereka..=( .. Siapa yang akan bacakan tahlil? Siapa yang mampu mengimamkan doa sehinggakan anak-anaknya merasa sebak? Siapa orang pertama yang akan kami serbu untuk bersalaman dan cium pipi mereka?...Sabar Izzati. Ada hikmahnya semua yang berlaku ini...
  • Cerita dah lari daripada tajuk..

SELAMAT BERJAYA UNTUK KAWAN-KAWAN YANG SEDANG MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR TERUTAMANYA PELAJAR SEMESTER 5 BACELOR PENDIDIKAN (PBMP), UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA.
SEMOGA KEJAYAAN SENTIASA MENGIRINGI KEHIDUPAN KITA DI DUNIA INI.=)

No comments:

Post a Comment

teguran anda menjadi panduan untuk saya. terima kasih...