SAYA MENULIS DAN MENCATAT
APA YANG TERLINTAS
DAN TERBUKU DI HATI DAN FIKIRAN...
KERANA PERKARA SEPERTI INI
MAMPU MENENANGKAN HATI SAYA...
SESUNGGUHNYA KETENANGAN ITULAH
YANG MENGUATKAN SAYA UNTUK MENERUSKAN KEHIDUPAN...

Wednesday, February 23, 2011

Pilihan raya kampus

Assalamualaikum w.b.t

          Sekarang ada isu hangat melanda di kc. Lagi-lagi baru lepas pilihan raya kampus. Kalau boleh tak nak ulas hal tu. Agak kecewa dengan situasi yang berlaku. Sepanjang hampir tiga tahun berkampus di ladang hijau ni dan tiga kali mengundi, seperti tiada perubahan yang berlaku. Terus terang saya katakan, tiada semangat pilihan raya pun pernah ada di kampus ini. Pengundi tidak mengenali calon yang bertanding dan tiada hebahan yang sepatutnya dibuat tentang pilihan raya ini antara sebab semangat itu tiada. Banyak lagi perkara yang berbangkit daripada teman yang merupakan calon yang bertanding dan teman-teman yang turun mengundi. Saya dapat rasakan suasana ini amat berlainan dengan situasi di kampus lain. Hati sangat bimbang jika perkara ini terus berlaku di kampus hijau ini. Mahasiswa jenis apa yang akan lahir dari kampus ini? Terus dibelenggu kebimbangan? Terus memilih orang yang tidak dikenali sebagai pemimpin???... Saya tersangat pasti peristiwa yang berlaku ini, akan memberi kesan yang hebat kepada masyarakat dan negara suatu masa nanti. Jangan salahkan generasi akan datang sekiranya mereka tidak mampu bertindak secara rasional dan tidak mampu mempertahankan tanah air sendiri, kerana ianya bermula dari kesilapan sekarang. Janganlah melahirkan mahasiswa yang tidak boleh berfikir dan hanya menerima sahaja apa yang diberi. Jangan salah sangka. Saya bersifat neutral. Tidak menyebelahi mana-mana pihak dengan ada sebab tertentu. Saya hanya mewakili warga kampus yang mahu hak kami dibela. Kami mahu diberi hak kami sebagai warga kampus ini. Hati ini berharap akan ada sinar yang baru pada pilihan raya kampus pada tahun hadapan kerana ia pilihan raya kampus terakhir saya di ladang ini. Semoga suara ini dapat didengari. =)

No comments:

Post a Comment

teguran anda menjadi panduan untuk saya. terima kasih...