SAYA MENULIS DAN MENCATAT
APA YANG TERLINTAS
DAN TERBUKU DI HATI DAN FIKIRAN...
KERANA PERKARA SEPERTI INI
MAMPU MENENANGKAN HATI SAYA...
SESUNGGUHNYA KETENANGAN ITULAH
YANG MENGUATKAN SAYA UNTUK MENERUSKAN KEHIDUPAN...

Thursday, March 29, 2012

TEGUHNYA KASIH AYAH PART 9


Esoknya belum sempat ayah membetulkan salah faham yang berlaku, beberapa orang jiran termasuk Pak Cik Abu datang ke rumah kami. Menurut salah seorang daripada mereka, pencuri sebenar telah dapat ditangkap. Ternyata orang yang mengambil duit Pak Cik Abu merupakan anaknya sendiri, Kak Jijah. Kata Pak Cik Abu perbuatan Kak Jijah terbongkar di hadapan matanya sendiri apabila dia terlihat Kak Jijah sedang cuba mengambil wang isterinya. Hancur luluh hati Pak Cik Abu ketika mendapat tahu perbuatan anaknya itu. Kak Jijah mengaku dia juga telah mengambil duit Pak Cik Abu dan bukannya kakak sulungku seperti yang diperkatakan orang. Pak Cik Abu dan jiran- jiran yang lain menyatakan kekesalannya dan memohon maaf kepada ayah dan keluarga kami atas segala fitnah dan tuduhan yang telah mereka lemparkan kepada kami selama ini. Kata Pak Cik Abu, dia berasa cemburu dengan ayah. Walaupun ayah susah dan miskin tetapi ayah mempunyai anak- anak yang baik dan pandai dalam pelajaran. Keluarga ayah juga bahagia, tidak seperti keluarganya yang semakin porak peranda dengan pelbagai masalah walaupun hidup dalam kemewahan. Seperti yang kujangka, ayah dengan mudah memaafkan Pak Cik Abu dan jiran- jiran yang pernah memperlekehkan keluarga kami. Ayah memandang kami adik- beradik dari jauh. Kami nampak ayah tersenyum dengan perasaan yang sukar aku gambarkan. Ya tuhanku, kau teruskanlah kegembiraan ayahku seperti hari itu. Itulah doaku buat ayah ketika itu. 

No comments:

Post a Comment

teguran anda menjadi panduan untuk saya. terima kasih...