SAYA MENULIS DAN MENCATAT
APA YANG TERLINTAS
DAN TERBUKU DI HATI DAN FIKIRAN...
KERANA PERKARA SEPERTI INI
MAMPU MENENANGKAN HATI SAYA...
SESUNGGUHNYA KETENANGAN ITULAH
YANG MENGUATKAN SAYA UNTUK MENERUSKAN KEHIDUPAN...

Thursday, March 29, 2012

AYAH


Ayah
Ada kerusuhan yang berbungkal di hati
Melihat dikau masih terus berbakti
Untuk kami semua di sini

Ayah
Ada keharuan yang melambai didadaku
Melihat kau gigih sebegitu
Tanpa mengenal penat dan jemu
Untuk kebahagiaan kami anak- anakmu

Ayah
Kau masih lagi mampu tersenyum
Walau dirundung pelbagai liku
Tidak pernah sekalipun kau mengadu
Sedang kutahu ianya perlu
Ingin sekali aku mencontohimu
Sungguh aku kagum dengan dirimu

Ayah
Kulihat ada riak keletihan pada wajahmu
Membuatkan hatiku bertambah sayu
Sehinggakan ada manik putih menempiasi pipiku
Aku berjanji untuk gigih menuntut ilmu
Kerna kutahu
Itulah harapan yang tersemat dikalbumu

No comments:

Post a Comment

teguran anda menjadi panduan untuk saya. terima kasih...