SAYA MENULIS DAN MENCATAT
APA YANG TERLINTAS
DAN TERBUKU DI HATI DAN FIKIRAN...
KERANA PERKARA SEPERTI INI
MAMPU MENENANGKAN HATI SAYA...
SESUNGGUHNYA KETENANGAN ITULAH
YANG MENGUATKAN SAYA UNTUK MENERUSKAN KEHIDUPAN...

Thursday, March 29, 2012

IBU


Ibu
Tersentuh hatiku melihat wajah tuamu
Menjengah ruang dalam hidupmu
Kutahu sudah banyak derita yang telah bertamu
Jalanan yang beribu batu
Telah mampu kau lalu
Tanpa pernah kulihat kau tersungkur kaku

Ibu
Pabila kumenghadapi kesukaran
Selain berdoa kepada tuhan
Wajah sucimu kutatap dalam- dalam
Kerna itu mampu menghadirkan segala ketenangan
Dan juga ilham
Supaya aku mendapatkan kekuatan
Untuk meneruskan kehidupan

Ibu
Tidak betah aku di sini
Jika tidak mampu berbakti
Kepada dirimu yang aku sanjungi dan sayangi
Kaulah sumber inspirasi
Yang akan aku contohi serta kagumi

No comments:

Post a Comment

teguran anda menjadi panduan untuk saya. terima kasih...