SAYA MENULIS DAN MENCATAT
APA YANG TERLINTAS
DAN TERBUKU DI HATI DAN FIKIRAN...
KERANA PERKARA SEPERTI INI
MAMPU MENENANGKAN HATI SAYA...
SESUNGGUHNYA KETENANGAN ITULAH
YANG MENGUATKAN SAYA UNTUK MENERUSKAN KEHIDUPAN...

Thursday, March 29, 2012

TEGUHNYA KASIH AYAH PART 1


Petang itu aku duduk di pangkin yang terletak di hadapan rumah bersama ibu dan ayahku. Inilah rutin harianku di rumah apabila cuti semester tiba. Aku akan pulang ke kampung halamanku di sebuah tanah rancangan Felda di Pahang. Dari sudut tepi kolam, aku lihat emak dan ayah mesra bergurau senda sambil melontarkan makanan ikan ke dalam kolam kecil hasil buatan ayah di tepi pangkin. Rumah kami sudah banyak berubah. Dulu suasana, persekitaran, kedaan rumah dan kawasannya tidaklah seperti hari ini. Boleh aku katakan hampir seratus peratusnya berubah kecuali tapak rumah ini. Terlalu banyak suka dan duka yang telah kami lalui serta kongsi di rumah ini. Semua kenangan tersebut aku percaya menjadikan kami sekeluarga semakin kuat dan erat. Kupandang sayu kedua mereka yang kusayangi itu. Rasa sendu terbit diperdu hati. Timbul pertanyaan dibenak fikiranku sempatkah aku membahagiakan mereka dengan berita kejayaanku nanti. Sungguh, aku terlalu ingin membalas segala jasa yang telah mereka curahkan kepadaku. Betapa besarnya pengorbanan dan kasih sayang yang telah mereka luahkan kepada kami lapan beradik ini. Ya, keluarga kami terdiri daripada keluarga yang besar. Aku mempunyai lima orang abang yang sangat melindungi dan dua orang kakak yang sangat menyayangi keluarganya. Manakala aku, si bongsu yang agak manja dalam keluarga besar ini. Namun kata emak, aku anak bongsunya yang sangat berdikari. Mungkin hasil didikan ayah dan emak yang agak tegas sepanjang aku hidup bersama mereka ini telah mendidik aku untuk melakukan segala urusan harianku sendiri sekiranya mampu tanpa meminta bantuan orang lain.

No comments:

Post a Comment

teguran anda menjadi panduan untuk saya. terima kasih...