SAYA MENULIS DAN MENCATAT
APA YANG TERLINTAS
DAN TERBUKU DI HATI DAN FIKIRAN...
KERANA PERKARA SEPERTI INI
MAMPU MENENANGKAN HATI SAYA...
SESUNGGUHNYA KETENANGAN ITULAH
YANG MENGUATKAN SAYA UNTUK MENERUSKAN KEHIDUPAN...

Wednesday, March 3, 2010

Sekadar Catatan Hati...

Hati terlalu meronta-ronta,
Ingin berkongsi rasa,
Namun semuanya bukan semudah kata,
Kerana aku sendiri mudah terasa,
Maka biarkan sahaja,
Walaupun hati terluka,
Tidak perlulah aku bersuara,
Apatah lagi mendabik dada,
Kebenaran itu pasti akan terbuka,
Mungkin tidak kini tetapi suatu masa,
Teruskan berdoa,
Supaya tidak menjadi sebahagian daripada mereka,
Yang selalu tega,
Berburuk sangka di tambah juga sambil lewa,
Biarpun sentiasa dinista,
Aku tidak akan kecewa,
Dan membiarkan diri terleka,
Kerana aku bukanlah insan yang suka,
Membuat kerja seperti melepaskan batuk di tangga.

Sebagai pesanan untuk diri sendiri:
Pegang amanah yang diberikan kepada anda sebaik mungkin apatah lagi apabila melibatkan ramai orang. Jalankan tugas tersebut dan buatlah seikhlas mungkin. Cuba untuk mendapatkan yang terbaik. Biarlah orang lain menumpang hasil usaha anda. Biarlah usaha anda tidak dihargai kerana suatu masa nanti mereka akan dapat merasakan situasi yang sama seperti apa yang anda rasakan kini. Jangan mudah mengalah. Mereka bukanlah yang terbaik untuk kamu kerana sudah dipermudahkan urusan mereka tetapi masih menista dan berkata-kata.
NUR IZZATI = CAHAYA KEKUATANKU/ KEAGUNGANKU
Semoga mampu menjadi seorang cahaya mata yang menjadi kekuatan dan keagungan mak dan bapak.



No comments:

Post a Comment

teguran anda menjadi panduan untuk saya. terima kasih...