Salam...
Saya pulang dari kelas amali teater tadi dengan perut yang lapar. Biasanya malam-malam begini sudah tentulah biskut yang dicicah dengan air milo menjadi santapan saya sejak saya tinggal di kolej. Apabila difikirkan semula saya hanya mampu tersenyun. Jika ketika ini saya masih di rumah sudah tentulah nasi dan lauk yang dimasak oleh emak menjadi habuan saya. Jangan haraplah saya akan menyentuh memandang biskut-biskut yang biasanya sentiasa ada di dalam bekas dan diletakkan di atas meja makan di rumah. Oh, saya semakin ingin terbang pulang ke rumah pada saat-saat seperti ini. He3. Boleh bermanja-manja dengan emak dan mengenyangkan perut membantu emak menyiapkan makanan untuk keluarga. Rindunya untuk masuk ke dapur...
Tadi untuk pertama kalinya dalam hidup saya kena menjalani screen test utk memilih watak dalam Teater Puteri Santubong yang akan kami kendalikan pada 20 Mac 2010 nanti. Tiada tekanan kepada diri saya kerana saya sendiri sudah maklum bahawa diri ini sama sekali tidak mempunyai bakat untuk berlakon. Maka, ucapan tahniah kepada diri saya kerana tidak terpilih untuk menjadi pelakon dalam teater kali ini. Ha3. Namun begitu, peluang untuk mengikuti screen test ini merupakan satu peluang keemasan kepada saya kerana walaupun tidak berjaya menjadi pelakon namun saya tetap merasai bahang pemilihannya. Sekurang-kurangnya pengalaman dan ilmu tetap dapat saya timba ketika mengikuti kursus Kesusasteraan Rakyat Melayu di Universiti Putra Malaysia ini.
Masa yang berlalu begitu pantas berlalu. Sehinggakan saya sendiri tidak percaya bahawa saya mampu juga berdikari dan tinggal berjauhan daripada keluarga dalam proses untuk menuntut ilmu. Seingat saya, saya bermula dengan pengalaman yang kosong hidup sendiri tanpa keluarga pada awal kemunculan saya di UPM. Namun, keberanian dan keyakinan yang sering dibina di dalam diri saya ini mampu menguatkan semangat saya untuk terus meneruskan kehidupan di kampus sebagai seorang mahasiswa di bumi Serdang ini.
Dugaan dan cabaran sentiasa berlaku di mana-mana dan kepada sesiapa sahaja di dunia ini. Saya juga tidak terkecuali daripada menempuhinya. Namun begitu, sekiranya kita sentiasa memikirkan dan menerima sesuatu perkara itu dengan rasional dan positif sudah pasti kita akan dapat mendapat kemanisan daripada kesulitan yang berlaku. Sudah kerap kita mendengar dan membaca bahawa setiap yang berlaku itu mempunyai hikmahnya sendiri. Maka, sebagai khalifah Allah di muka bumi ini hakikat dan kebenaran ini kita haruslah mengakuinya. Tuhan menduga kita kerana DIA menyayangi kita dan apa yang paling penting setiap dugaan yang diberikan kepada kita merupakan ujian yang kita sendiri mampu menghadapinya. Allah itu maha mengetahui segala-galanya. DIA tidak akan menguji kita dengan ujian yang kita sendiri tidak mampu memikulnya. Oleh yang demikian, sekiranya kita ditimpa kesulitan dan kepayahan sepatutnya kita semakin bersyukur kepadaNYA. Kerana pada waktu tersebut kita semakin hampir denganNYA.
Entri ini sepatutnya saya terbitkan pada hari semalam tetapi saya memilih untuk menerbitkannya hari ini kerana keterbatasan waktu. Namun saya tidak menyalahkan sesiapa kerana hal ini merupakan kesilapan daripada saya kerana tidak mampupandai menguruskan masa dengan baik. Selamat berkuliah dalam minggu kedua untuk sahabat-sahabat di UPM. Tingkatkan usaha kita untuk mencapai kejayaan di dunia dan akhirat di samping terus memperbaiki kekurangan diri...
Dugaan dan cabaran sentiasa berlaku di mana-mana dan kepada sesiapa sahaja di dunia ini. Saya juga tidak terkecuali daripada menempuhinya. Namun begitu, sekiranya kita sentiasa memikirkan dan menerima sesuatu perkara itu dengan rasional dan positif sudah pasti kita akan dapat mendapat kemanisan daripada kesulitan yang berlaku. Sudah kerap kita mendengar dan membaca bahawa setiap yang berlaku itu mempunyai hikmahnya sendiri. Maka, sebagai khalifah Allah di muka bumi ini hakikat dan kebenaran ini kita haruslah mengakuinya. Tuhan menduga kita kerana DIA menyayangi kita dan apa yang paling penting setiap dugaan yang diberikan kepada kita merupakan ujian yang kita sendiri mampu menghadapinya. Allah itu maha mengetahui segala-galanya. DIA tidak akan menguji kita dengan ujian yang kita sendiri tidak mampu memikulnya. Oleh yang demikian, sekiranya kita ditimpa kesulitan dan kepayahan sepatutnya kita semakin bersyukur kepadaNYA. Kerana pada waktu tersebut kita semakin hampir denganNYA.
Entri ini sepatutnya saya terbitkan pada hari semalam tetapi saya memilih untuk menerbitkannya hari ini kerana keterbatasan waktu. Namun saya tidak menyalahkan sesiapa kerana hal ini merupakan kesilapan daripada saya kerana tidak mampu
No comments:
Post a Comment
teguran anda menjadi panduan untuk saya. terima kasih...