Aku tahu ilmuku tidak seberapa,
Aku juga tidak mempunyai sesuatu untuk dibangga,
Namun aku masih punya hati dan rasa,
Sebab itu aku mampu terluka.
Kata-kataku tidak memberi makna,
Apatah lagi untuk dicatat pena,
Aku tahu kau memandang hina,
Kerana aku tidak sepertimu yang bijaksana.
Kau datang kala kau memerlukan apa-apa,
Ku masih berbaik sangka,
Tapi hatimu masih tega,
Terus membiarkan aku tersiksa.
Terima kasih insan disana,
Telah menyemai amarah di jiwa,
Kudoakan kau mampu berjaya,
Atas kejerihan insan terluka....
No comments:
Post a Comment
teguran anda menjadi panduan untuk saya. terima kasih...